August 12, 2010

: jangan pergi ini karaoke. ini karaoke tipu. kalau mau kena tipu. baru pergi ini karaoke

Tajuk entry paling panjang pernah aku buat. Tak tahu la boleh jadi rekod ke tak. Kejadian ini benar2 berlaku dan melibatkan 2 orang makhluk tuhan yang masih hidup. Harus diingatkan kisah ini tidak melibatkan sebarang unsur racist seperti apa yang  satu puak bangang lain ni cuba highlightkan, ketuanan melayu my sh*t.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah bermula apabila aku dan Wildcutecat menunggu untuk waktu tayangan Last Airbender pada jam 10.30 malam kat MBO. Sementara menunggu aku mengajak Wildcutecat pergi karaoke dulu.

Takde pilihan, lagipun itulah satu2nya pusat karaoke yang paling dekat dengan Terminal 2. Nak pergi tempat faveret kami jauh pulak di Senawang. Sebelum2 ni aku pernah gak masuk dengan Sheila dan Sharmilla bancey rasa macam ok je tempat ni.

Tanpa syak wasangka kami pun masuk la satu bilik. Sebelum start apa2, tiba2 staff kat situ masuk dan letakkan sepiring keropok. Aku tanya la free ke apa kan. Dia cakap la kena caj RM4. Aku cakap la aku tak nak, datang nak nyanyi je membunuh masa. Kang sia2 lak ada orang lak kena bunuh. Huhu.

Lama gak la adegan tolak menolak berlaku. Sampai nak nangis cina tu berkeras cakap "Ini semua olang mau juga". Sampai 10 kali dia ulang dialog yang sama. Mungkin itu je bahasa Malaysia yang dia tau kot. Waklu aku cakap. Aku tak nak, kalau dia paksa gak aku cakap aku nak report. Lepas tu dia keluar sebab nak panggil manager dia.

Masa dia keluar tu Wildcutecat suruh aku amik je keropok tu. Takut2 kena serang dengan cina2 Young & Dangerous kat bawah. So aku pun slow down la sket mengenangkan dia dah tak boleh jadi Power Ranger warna kelabu taik anjing lagi disebabkan buatan orang. Dia tak tau aku la Chan Hor Ny dalam citer tu. Huhuhu.

Manager dia masuk pun sama, paksa kami amik keropok tu. Sekali lagi aku cakap kat dia, aku nak report gak. Last2 dia bagi pilihan nak amik keropok atau nak order air. So, aku cakap la amik je la keropok tu nanti aku buat report.resitLepas habis sejam, aku pun keluar dengan membawa bahan bukti, resit bayaran. Selalu la Wildcucat tanya aku ok ke tak sepanjang karaoke. Aku jawab tak je. Bukan aku marah kat dia tapi marah kat diri sendiri sebab takde power sumpah pusat karaoke tu jadi tepung custard.

Baru la Selasa lepas aku ada kesempatan nak buat report. Itupun aku cuti selepas hantar Wildcutecat check it out kat GH. Aku buat report kat portal aduan National Consumer Complaint Centre (NCCC) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Kalau ada sesape tau mana nak buat report lagi, bagitau aku. Aku tak puas mengadu domba lagi. Huhuhu. Hopefully diorang akan buat siasatan dan ambil tindakan di atas ketidakadilan ini.
reportKesimpulannya pembaca yang dikasihi, silalah lakukan promosi ini ye. Pastikan semua kawan mahupun lawan, saudara dekat ataupun saudari jauh mendapat info ini. Ramai2 boikot kasi diorang bungkus dia punya pusat karaoke. Mari2 jangan malu2.

Ingat, jangan pergi ini karaoke!!! Namanya EV Box Family Karaoke di Era Square, Terminal 2. Selain itu ada lagi sebab kenapa jangan pergi sini. Di antaranya ialah:-
  • Sound system tak best, microfon tak berapa elok
  • Environment tak menarik, macam kat rumah urut je plus bau yang kurang menyenangkan
  • TV dalam kotak yang tak cantik
  • Susah nak pilih lagu, tak sort ikut nama penyanyi dan ada nama penyanyi yang lagunya kosong je
  • Pekerja tak ramah dan tak fasih berbasaha Malaysia
Sebenarnya takde benda sangat pun kalau diorang tak buat macam2. Tapi sebab dah kena pau aku higlightkan segala kekurangan ko. Barulah betul2 komplen kan.

7 comments:

  1. pembetulan. saya power rangers kaler hitam ok. bukan kelabu taik hanjing. huhu. dush!

    ReplyDelete
  2. tak la, ramai org konfius kaler tu...bukan itam la, memang kelabu taik anjing...huhuhu

    ReplyDelete
  3. pernah gak pegi karaoke yang sampah.nak order air kena order ais panas jer pasal xde ais.wakakaka.

    ReplyDelete
  4. gua rasa cam tak patut jek lu mengadu kat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan dengan tempat kejadian tu di PUSAT KARAOKE... mesti pegawai diorang akan terdetik, yang hangpa melagho pergi pusat karaoke tu buat benda!

    entah2 keropok tu tak halal/ada ubat senyonyong sbb tu staff tu beriya suruh kau amik, nak pekene manderam! AHIYAAOOAKKKKKK

    hahahhahahhahaah. tapi tak salah kalau mencuba! kalau aduan kau berjaya, dan dapat pulangan balik RM6.40 tu, kau cerita balik kat sini!

    ReplyDelete
  5. salah kesimpulan ko tu.. kesimpulan nya... tak yah la pegi karok.. membunuh masa & duit jugak..

    ReplyDelete
  6. Mohd Fakhrurazi Jamaludin:
    Ini bukan sampah lagi, tapi samph sarap..huhu..

    dcharmed:
    oit, aku g ngan binik aku da...dulu2 kan kita karok2 sama gak...huhu...

    mekchu:
    mestilah karok, xkan suara sedap xmau nyanyi...

    ReplyDelete
  7. ni nape lak komen kat atas ni guna id wildcutecat ni? sedangkan wildcutecat yang sebenar sedang leka membuat kejenye. sila edit ye encik capo grande.

    ReplyDelete