August 13, 2010

: fantasi kini bermula

EPL musim 2010/2011 akan bermula esok. Kehangatan memburu kejuaraan telahpun bermula. Bagi kaki2  bola, isteri kaki bola dan suami kaki bola, anda semua tentu tahu masanya telah tiba untuk kita bermain Fantasy Premier League. Sebagai seorang pemain tegar, aku telah mendaftarkan diri dengan cemerlang malam tadi.

Selaku bekas juara bulanan musim lepas aku mungkin dilihat sebagai orang yang mesti dikalahkan. Bangganya aku jadi benchmark untuk orang lain. Huhu.

team stat Takde team lain, Capo Grande United tetap di hati

Selection makin memeningkan sebab ramai pemain baru yang bagus2. Akhirnya aku memilih line up yang cukup2 dengan duit yang dibekalkan.

line up 2
Sila klik untuk tumbesaran…

Sebenarnya line up setiap pemain adalah dirahsiakan setiap sebelum sepak mula. Tapi dengan keyakinan kendiri yang tinggi aku dedahkan nama pemain dan formasi aku untuk Gameweek 1 ini. Tapi kalau aku tukar malam kang jangan marah ek. Sekarang ni aku tengah join Liga Taman yang disertai oleh kakitangan SUKNS. Kalau ada sesape nak invite aku silalah ye, jangan malu2.

Untuk pemain2 lain, selamat bersaing dengan adil dan enjoy the game!!!

p/s: cek forum balik, rupanya ada hutang dengan Liga. Sorry En. Botak, saya akan bayar dengan kadar segera.

2 comments:

  1. thn ni Capo Grande United tidak segagah mana.. ko tgk la 8 tiang kena tinggal ngan syahputra squad..

    ReplyDelete
  2. walaupun tak gagah, tapi tetap 1 takuk dari Jimmy Team...huhu...

    ReplyDelete