August 27, 2010

: bila chef capo ke dapo

Khamis, 26hb Ogos tarikh aku menjadi pekerja multipurpose walaupun aku bercuti rehat. Akulah supir ,rescue 999, pekerja awam yang biasa2 dan juga chef di dapur masak.

Lepas je hantar Wildcutecat g opis, aku ke pasar untuk mencari bahan2 mentah. Sementara tunggu time nak jemput ayah aku dari hospital, aku prepare kan bahan2 untuk perap ayam, udang dan sotong.

Selesai jemput ayah dan emak aku, aku dan emak melancarkan operasi menyelamat Johny dulu, kucing kesayangan Wildcutecat yang jatuh dalam parit belakang rumah.
Hampir setengah jam kami bertungkus-lumus, akhirnya berjaya juga hasil produk rekaan aku sendiri.
Jam12.30 aku bergegas ke pejabat sebab nak jemput Wildcutecat g klinik buat medical check-it-out. Lama betul kat klinik tu sampai nak tertidur aku dibuatnya. Kejap2 aku nervous bila memikirkan jadi ke tak aku masak nanti. Nasib baik la dah kahwin, kalau tak jadi pun kami tetap suami isteri. Kalau belum mungkin aku kena masuk que lagi kot. Berani ko!!!

Jam 5.30 aku pun mula la misi memasak aku itu. Walaupun tidak mustahil, tapi memang la sukar untuk aku menunjuk2 skill ni. Maggi goreng Wildcutecat pun aku tak buat2 lagi. Next week ek sayang, baekkkk punya. Tapi bila dah start memasak, aku nampak natural disaster je. Cool and steady, cewah puji diri sendiri lak.

Kat sebelah, chef import Wildcutecat bertungkus-lumus menyediakan coselaw (sebutan ko slow).
Sebenarnya juadah berbuka kali ini memang aku dan Wildcutacat dah plan awal2 nak buat. Style western sket la sebab takde nasi. Aku handle panggang2, Wildcutecat dengan coselawnya dan encik emak, Normah tailor 'swift' buat mihun goreng.

Setel semua panggang2 aku beralih untuk membuat milkshake pula. Memang western abis dah ni. Ayah aku siap speaking London dengan adik aku lepas makan semua tu. Nasib baik Wildcutecat tak join, kalau tak pening aku nak translate. Huhu...

Oklah sebelum berundur aku nak promote sape2 nak amik khidmat kami nanti boleh la contact ye. Saya juga bermurah hati untuk berkongsi resipi2 masakan saya. Selamat mencobaan!!!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Resipi ayam, udang dan sotong panggang
Bahan-bahan
4 ulas serai
1 ulas halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

kisar bahan2 ni dan gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula pada ayam, udang dan sotong. 

Perap selama mana anda mau, dan panggang.

Resipi milkshake
Bahan-bahan
Aiskrim (perasa pilihan sendiri)
Susu HL (pun perasa pilihan sendiri jugak)

Sukatan ikut suka sendiri dan blenderkan je campuran aiskrim dengan susu. Berhati2 jika menggunakan blender yang kongsi dengan blender lada. Takut terpedas pula milkshake anda.

Resipi Coselaw
Bahan-bahan
Kobis (sukatan ikut suka)
Lobak (ikut suka)
Lady's Choice Coselaw dressing 

Sagat kobis dan lobak. Gaulkan dengan dressing sehingga sebati.

Macam tak best je bagi resipi macam ni kan. Apapun, sekian saje!!!!

4 comments:

  1. perghhh gua terus terliur dan berhajar nak gi drive thru mekdi jap lagi! hurrm

    ReplyDelete
  2. tu tak siap lagik.. nak tgk yg dah siap.. kalo meleleh air liur aku, sedap la tu

    ReplyDelete
  3. saya_arief:
    meh sini kalau nak ayam...hehe...

    dcharmed:
    aku pun nak gak...tapi time2 puasa ni panjang betul line dia...xsabar aku...huhu

    mekchu:
    yang dah siap xsempat snap...sume abis da...

    ReplyDelete