August 27, 2010

: bila chef capo ke dapo

Khamis, 26hb Ogos tarikh aku menjadi pekerja multipurpose walaupun aku bercuti rehat. Akulah supir ,rescue 999, pekerja awam yang biasa2 dan juga chef di dapur masak.

Lepas je hantar Wildcutecat g opis, aku ke pasar untuk mencari bahan2 mentah. Sementara tunggu time nak jemput ayah aku dari hospital, aku prepare kan bahan2 untuk perap ayam, udang dan sotong.

Selesai jemput ayah dan emak aku, aku dan emak melancarkan operasi menyelamat Johny dulu, kucing kesayangan Wildcutecat yang jatuh dalam parit belakang rumah.
Hampir setengah jam kami bertungkus-lumus, akhirnya berjaya juga hasil produk rekaan aku sendiri.
Jam12.30 aku bergegas ke pejabat sebab nak jemput Wildcutecat g klinik buat medical check-it-out. Lama betul kat klinik tu sampai nak tertidur aku dibuatnya. Kejap2 aku nervous bila memikirkan jadi ke tak aku masak nanti. Nasib baik la dah kahwin, kalau tak jadi pun kami tetap suami isteri. Kalau belum mungkin aku kena masuk que lagi kot. Berani ko!!!

Jam 5.30 aku pun mula la misi memasak aku itu. Walaupun tidak mustahil, tapi memang la sukar untuk aku menunjuk2 skill ni. Maggi goreng Wildcutecat pun aku tak buat2 lagi. Next week ek sayang, baekkkk punya. Tapi bila dah start memasak, aku nampak natural disaster je. Cool and steady, cewah puji diri sendiri lak.

Kat sebelah, chef import Wildcutecat bertungkus-lumus menyediakan coselaw (sebutan ko slow).
Sebenarnya juadah berbuka kali ini memang aku dan Wildcutacat dah plan awal2 nak buat. Style western sket la sebab takde nasi. Aku handle panggang2, Wildcutecat dengan coselawnya dan encik emak, Normah tailor 'swift' buat mihun goreng.

Setel semua panggang2 aku beralih untuk membuat milkshake pula. Memang western abis dah ni. Ayah aku siap speaking London dengan adik aku lepas makan semua tu. Nasib baik Wildcutecat tak join, kalau tak pening aku nak translate. Huhu...

Oklah sebelum berundur aku nak promote sape2 nak amik khidmat kami nanti boleh la contact ye. Saya juga bermurah hati untuk berkongsi resipi2 masakan saya. Selamat mencobaan!!!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Resipi ayam, udang dan sotong panggang
Bahan-bahan
4 ulas serai
1 ulas halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

kisar bahan2 ni dan gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula pada ayam, udang dan sotong. 

Perap selama mana anda mau, dan panggang.

Resipi milkshake
Bahan-bahan
Aiskrim (perasa pilihan sendiri)
Susu HL (pun perasa pilihan sendiri jugak)

Sukatan ikut suka sendiri dan blenderkan je campuran aiskrim dengan susu. Berhati2 jika menggunakan blender yang kongsi dengan blender lada. Takut terpedas pula milkshake anda.

Resipi Coselaw
Bahan-bahan
Kobis (sukatan ikut suka)
Lobak (ikut suka)
Lady's Choice Coselaw dressing 

Sagat kobis dan lobak. Gaulkan dengan dressing sehingga sebati.

Macam tak best je bagi resipi macam ni kan. Apapun, sekian saje!!!!

August 24, 2010

: site survey oh site survey

Leteynya arini kena buat site survey. Pusing2 jalan kaki area Seremban, Seremban 2 dan Senawang buat aku rasa macam nak singgah beli makan kat tepi jalan je. Kalau tengah jalan maut pulak aku kena langgar kan.

Yang membuat aku lebih letih ialah bila aku rasa khidmat aku tak diperlukan pun sebenarnya. Peranan Hang Kebun lagi banyak dari aku dalam ini filem.

Minggu ni ada 2 site survey lak tu. Nasib baik satu dah sub kat opismate.Patutnya xpayah pun. Tapi apa boleh buat, "Saya yang menurut perintah" je la.

Skang aku tertanya2 sape la introduce perkataan site survey. Dem Nit yuuuu....

Oh ye, tahun depan mungkin ada pilihanraya umum. Agak2 ada bonus tak tahun ni??? Macam takde je.

August 20, 2010

: tutorial minicom

Hye, sambungan dari Tutorial enable USB-Serial adapter (RS-232) dalam Ubuntu, mari kita sambung tutorial Minicom pulak. Nak tau lebih lanjut lagi pasal Minicom ni, mari baca sama2 dekat Abang Wiki. Ringkasnya Minicom ialah aplikasi yang sama macam HyperTerminal dalam Windows.

Untuk tidak membuang masa lagi jom terus kita tengok macam mana nak guna Minicom ni.
1. Mula2 sekali kita kena install Minicom ni. Ada 2 cara dalam Ubuntu 10 ni untuk install. Satu boleh guna "Ubuntu Software Center" dan cari Minicom. Lagi satu ialah menggunakan command di terminal seperti berikut :
       #apt-get install minicom
2. Check serial port yang aktif (dalam kes ni, USB port ye)
      #dmesg | grep tty
dan akan nampak ttyUSB0
3. Kemudian check read and write permission ttyUSB0 ini
      #ls -la /dev | grep ttyUSB0
kita boleh nampak bahawa group “dialout” dah ada permission yang diperlukan
      crw-rw---- 1 root dialout 4, 64 2007-02-26 22:55 ttyUSB0
4. Kalau permission tiada kita boleh gunakan command di bawah untuk setkan
     #chown root /dev/ttyS0
     #chgrp dialout /dev/ttyS0
     #chmod 660 /dev/ttyS0
5. Sekarang tambah username anda untuk dimasukkan ke dalam group “dialout”
                   #adduser your_user dialout
kalau nak semak siapa yang dah ada dalam group ni gunakan command di bawah             
      #cat /etc/group | grep dialout
dan anda akan nampak nama yang telah dimasukkan tadi.
6. Sekarang dan boleh mula guna Minicom. Gunakan command di bawah untuk configure Minicom.

      #minicom -s

7. Pergi ke Serial port setup dan set seperti di bawah
12
8. Save setup as dfl. Default file ialah di /etc/minicom/minirc.dfl3
9. exit4
10. command key untuk Minicom
      Ctrl + A → Z → O – Configure
      Ctrl + A → Z → M – Initialize modem
      Ctrl + A → Z → X – Exit
11. Untuk mennggunakan Minicom pada lain masa just taip Minicom dan tekan enter
12. Anda juga  boleh memilih untuk save setup sebagai nama lain. Sebagai contoh saya save sebagai nama capogrande. Anda boleh load configuration tersebut menggunakan command ini:
      #minicom -s config1
Sekian saja tutorial yang tak seberapa dari saya ini. Kalau saya dah teroris setup switch saya buat tutorial pasal tu pulak ek. Adios

August 17, 2010

: tutorial enable USB-Serial adapter (RS-232) dalam Ubuntu

2 minggu lepas, habis je bengkel 1GovMail kat Nilai tu aku ada 1 lagi training di The Garden, Mid Valley. “Training 3com switch installation and configuration” namanya. Semangat la aku nak belajar sebab aku memang tak tau langsung pasal setting2 switch ni. Boleh la tambah pengetahuan di samping lepak2 hotel 5 stars yang mahal tuh. Bila lagi kan??

Aku tambah semangat sebab baru je install Ubuntu 10.04 LTS so aku decide untuk training nanti aku nak guna Ubuntu je. Dengan ilmu yang tak seberapa ada ni aku pun google2 la untuk explore option aku untuk install USB-Serial port adapater (RS232). Kalau kita guna Windows boleh je download driver dan terus install. Tapi kat linux ada step2 sket korang kena buat. FYI, RS-232 ni kita gunakan sebagai adapter untuk sambungkan console cable ke USB port. Laptop2 skang kan canggih, mana ada comm port lagi.

Lagi satu aku kena cari software yang sama fungsi dengan Hyper Terminal dalam Windows. Akhirnya aku jumpa juga Minicom. Sebelum tu aku ada try Microcom tapi macam susah je. Insyallah kalau ada masa aku akan try Microcom lagi sekali dan sediakan tutorial di sini yek. 

Jadi mari kita mulakan tutorial kita sekarang. Mula2nya kita mesti mendetectkan RS-232 cable kita dulu. Caranya2 macam ni :-
1. Pasangkan RS-232 cable ke USB Port dan tunggu beberapa saat.
2. Open terminal (kalau nak senang lagi, bukak Root Terminal terus) → taip “dmesg” dan anda akan melihat paparan seperti di bawahdmesg1 3. Cabutkan cable tersebut dan taip “lsusb” dan anda akan melihat paparan seperti di bawahlsusb1 4. Pasangkan cable kembali dan taip “lsusb” semula. Anda akan melihat paparan tambahan seperti di bawah.
lsusb2 5. Sekarang kita dah tau vendor id dan product id untuk cable RS-232 kita tu. Jadi kita akan loadkan info tersebut ke dalam linux kernel mode “usbserial” untuk tujuan pengaktifan. Taip :
                  #sudo modprobe usbserial vendor=0x0557 product=0x2008
6. Run “dmesg” sekali lagi dan anda akan melihat paparan seperti di bawah.dmesg27. Sebagaimana yang anda nampak, cable itu telah di mapkan kepada /dev/ttyUSB0. Untuk memastikan Ubuntu akan load kernel ini secara auto taip :
                #gedit /etc/modules
dan tambahkan “usbserial vendor=0×0557 product=0×2008″ ke dalamnya.gedit-etc-module
8. Sekian untuk detect cable RS-232. Mari sambung macam mana nak guna Minicom next time pulak ye.

p/s : tutorial ini boleh digunakan untuk enabled sebarang USB device anda. Just follow step2 dan jangan malu nak google. Saya lagi tak pandai dari anda semua.

August 13, 2010

: fantasi kini bermula

EPL musim 2010/2011 akan bermula esok. Kehangatan memburu kejuaraan telahpun bermula. Bagi kaki2  bola, isteri kaki bola dan suami kaki bola, anda semua tentu tahu masanya telah tiba untuk kita bermain Fantasy Premier League. Sebagai seorang pemain tegar, aku telah mendaftarkan diri dengan cemerlang malam tadi.

Selaku bekas juara bulanan musim lepas aku mungkin dilihat sebagai orang yang mesti dikalahkan. Bangganya aku jadi benchmark untuk orang lain. Huhu.

team stat Takde team lain, Capo Grande United tetap di hati

Selection makin memeningkan sebab ramai pemain baru yang bagus2. Akhirnya aku memilih line up yang cukup2 dengan duit yang dibekalkan.

line up 2
Sila klik untuk tumbesaran…

Sebenarnya line up setiap pemain adalah dirahsiakan setiap sebelum sepak mula. Tapi dengan keyakinan kendiri yang tinggi aku dedahkan nama pemain dan formasi aku untuk Gameweek 1 ini. Tapi kalau aku tukar malam kang jangan marah ek. Sekarang ni aku tengah join Liga Taman yang disertai oleh kakitangan SUKNS. Kalau ada sesape nak invite aku silalah ye, jangan malu2.

Untuk pemain2 lain, selamat bersaing dengan adil dan enjoy the game!!!

p/s: cek forum balik, rupanya ada hutang dengan Liga. Sorry En. Botak, saya akan bayar dengan kadar segera.

August 12, 2010

: jangan pergi ini karaoke. ini karaoke tipu. kalau mau kena tipu. baru pergi ini karaoke

Tajuk entry paling panjang pernah aku buat. Tak tahu la boleh jadi rekod ke tak. Kejadian ini benar2 berlaku dan melibatkan 2 orang makhluk tuhan yang masih hidup. Harus diingatkan kisah ini tidak melibatkan sebarang unsur racist seperti apa yang  satu puak bangang lain ni cuba highlightkan, ketuanan melayu my sh*t.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah bermula apabila aku dan Wildcutecat menunggu untuk waktu tayangan Last Airbender pada jam 10.30 malam kat MBO. Sementara menunggu aku mengajak Wildcutecat pergi karaoke dulu.

Takde pilihan, lagipun itulah satu2nya pusat karaoke yang paling dekat dengan Terminal 2. Nak pergi tempat faveret kami jauh pulak di Senawang. Sebelum2 ni aku pernah gak masuk dengan Sheila dan Sharmilla bancey rasa macam ok je tempat ni.

Tanpa syak wasangka kami pun masuk la satu bilik. Sebelum start apa2, tiba2 staff kat situ masuk dan letakkan sepiring keropok. Aku tanya la free ke apa kan. Dia cakap la kena caj RM4. Aku cakap la aku tak nak, datang nak nyanyi je membunuh masa. Kang sia2 lak ada orang lak kena bunuh. Huhu.

Lama gak la adegan tolak menolak berlaku. Sampai nak nangis cina tu berkeras cakap "Ini semua olang mau juga". Sampai 10 kali dia ulang dialog yang sama. Mungkin itu je bahasa Malaysia yang dia tau kot. Waklu aku cakap. Aku tak nak, kalau dia paksa gak aku cakap aku nak report. Lepas tu dia keluar sebab nak panggil manager dia.

Masa dia keluar tu Wildcutecat suruh aku amik je keropok tu. Takut2 kena serang dengan cina2 Young & Dangerous kat bawah. So aku pun slow down la sket mengenangkan dia dah tak boleh jadi Power Ranger warna kelabu taik anjing lagi disebabkan buatan orang. Dia tak tau aku la Chan Hor Ny dalam citer tu. Huhuhu.

Manager dia masuk pun sama, paksa kami amik keropok tu. Sekali lagi aku cakap kat dia, aku nak report gak. Last2 dia bagi pilihan nak amik keropok atau nak order air. So, aku cakap la amik je la keropok tu nanti aku buat report.resitLepas habis sejam, aku pun keluar dengan membawa bahan bukti, resit bayaran. Selalu la Wildcucat tanya aku ok ke tak sepanjang karaoke. Aku jawab tak je. Bukan aku marah kat dia tapi marah kat diri sendiri sebab takde power sumpah pusat karaoke tu jadi tepung custard.

Baru la Selasa lepas aku ada kesempatan nak buat report. Itupun aku cuti selepas hantar Wildcutecat check it out kat GH. Aku buat report kat portal aduan National Consumer Complaint Centre (NCCC) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Kalau ada sesape tau mana nak buat report lagi, bagitau aku. Aku tak puas mengadu domba lagi. Huhuhu. Hopefully diorang akan buat siasatan dan ambil tindakan di atas ketidakadilan ini.
reportKesimpulannya pembaca yang dikasihi, silalah lakukan promosi ini ye. Pastikan semua kawan mahupun lawan, saudara dekat ataupun saudari jauh mendapat info ini. Ramai2 boikot kasi diorang bungkus dia punya pusat karaoke. Mari2 jangan malu2.

Ingat, jangan pergi ini karaoke!!! Namanya EV Box Family Karaoke di Era Square, Terminal 2. Selain itu ada lagi sebab kenapa jangan pergi sini. Di antaranya ialah:-
  • Sound system tak best, microfon tak berapa elok
  • Environment tak menarik, macam kat rumah urut je plus bau yang kurang menyenangkan
  • TV dalam kotak yang tak cantik
  • Susah nak pilih lagu, tak sort ikut nama penyanyi dan ada nama penyanyi yang lagunya kosong je
  • Pekerja tak ramah dan tak fasih berbasaha Malaysia
Sebenarnya takde benda sangat pun kalau diorang tak buat macam2. Tapi sebab dah kena pau aku higlightkan segala kekurangan ko. Barulah betul2 komplen kan.

August 11, 2010

: salam ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua. Semoga ramadhan tahun ini membawa lebih banyak pengertian dalam hidup kita berbanding tahun2 sebelumnya. Selamat menambah pahala dan mengurangkan dosa. Sebab aku suka lagu ni, aku tepek sekali lagi kat sini untuk tatapan kita semua.

Tompi - Ramadhan Datang

Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hoo… hati yang gembira
hoo… penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa
melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hoo… hati yang gembira
hoo… penuh suka cita

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH

p/s : apsal lagu raya dah pasang sejak semalam nih??? Buat aku angin je, puasa pun belum dah heboh nak raya…

August 10, 2010

: wajah kesayangan hamba

Godek2 hard disk aku jumpa video lama ni. Dulu hari2 aku main gitar.(walaupun takde bakat), plus main dram dengan Sepul Aliran, layan teater, pergi live show dengan apad, layan jazz..Banyak lak aktiviti seni time tu...uwaaa nak main dram lagi...huhuhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Inginku milik kasih... ayu jelita
wajah cantik berseri
sinar cahaya
sopan santun berbudi
bergaya sederhana
halus tutur bahasa
sungguh mulia

Rambut panjang terurai... bagai sutera
hias bunga sekuntum
tambah jelita
bibir merah delima
merdu alun suara
penambat jiwa nan lara
rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
alis matanya lentik
sekali mataku memandang
hati tertawan

Wajahnya mempersona
tiada lagi tandingan
bagai dewi menjelma
jadi temanku
datanglah wahai pujaan
datang padaku
lukisan wajah kasih
di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
dengan cinta nan mesra
wajah kesayangan hamba
kini ku jumpa


Petikan gitar dari aku pada satu malam 12 April 2007 yang dingin. Masa tu main takde tujukan untuk sesape. So sekarang aku tujukan untuk isteriku, Puan Wildcutecat dengan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aldilfitri, kenang daku dalam doamu. Huhuhu

p/s: Suara sedap ke?? Siyes miming..huhu...

August 6, 2010

: manga that i read – liar game

liar game mangaApa akan jadi jika seorang yang jujur terlampau (tahap tak boleh ubah punya) kena paksa masuk pertandingan menipu?? Tentulah dia akan membawa kejujurannya ke dalam permainan itu.

Boleh menang ke macam tu??


Ikuti pengembaraan Kanzaki Nao, pelajar yang jujur dan kuat menangis. Secara tidak sengaja dia telah menyertai satu pertandingan yang dinamakan Liar Game. 1st round of the game dia kena lawan dengan bekas gurunya. Kompom la senang2 dia kalah kan. Tapi tidak, setelah mendapat bantuan Shinichi Akiyama, bekas penipu yang baru keluar penjara Kanzaki menang 1st round. Nasib baik dia menang. Kalau tak dia akan berhutang 10juta yen. Banyak la kot kan.

So Kanzaki proceed main sampai ke round 4 sekarang ni. Kalau nak tau lebih lanjut baca je kat One Manga Cloud Manga yek…

Untuk makluman, citer Liar Game ni dah dibuat dalam bentuk drama. Dibintangi oleh Toda Erika dan Matsuda Shota.
liar game drama

August 5, 2010

: who are you???

Situasi ini adalah di dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu mengandung dan pekerja cemerlang.
.....................................................

Nafas Leman berdegup kencang. Sambil tangannya laju menyodok tanah untuk menanam mayat isterinya. Setelah setengah jam menggali, dia berhenti setelah berpuas hati dengan kedalamannya. Lantas tanggannya mengeluarkan pisau pemotong daging yang baru dibelinya minggu lepas.

Leman berjalan ke arah mayat isterinya. Dipandangnya dari atas ke bawah. Buat kali terakhir. Perlahan dia menggangkat kain pada mayat sehingga ke paras lutut. Sasaran ditetapkan, lalu Leman menetak pisau itu dan memotong kaki isterinya.

Kemudian Leman mengangkat mayat isterinya yang tidak berkaki dan memasukkan ke dalam lubang yang baru digalinya itu. Kerja-kerja menimbus mayat pun bermula.

Tak berapa lama kemudian, Leman siap menimbus mayat. Sambil berjalan ke arah kereta, Leman menyanyikan lagu “Your leg is my inspiration”.

Selang 2 tahun kemudian.

Leman hidup tidak tenang. Sangkanya selepas membunuh isterinya masalahnya akan selesai. Tapi itu tidak berlaku. Sejak malam dia membunuh isterinya 2 tahun lepas, hidup Leman sering diganggu bayangan lembaga tidak berkaki.

Dia takut. Tidurnya tak lena. Kemana saje dia pergi, dia akan melihat bayangan seseorang memakai jubah coklat menutup kepala dan tidak berkaki. Selalu Leman mengelak dari melihat ke arah muka bayangan lembaga itu. Takut-takut itu roh isterinya.

Satu hari Leman nekad, dia mahu lari dari rumahnya dan pulang ke kampung untuk mencari ubat penawar. Ketika memandu memasuki jalan kampungnya yang gelap dan sunyi. Leman ternampak lagi bayangan itu. Leman tidak mempedulikannya dan terus memecut dan meninggalkan bayangan itu. Selang tak jauh pemanduan, sekali lagi Leman terserempak lagi dengan bayangan itu. Mengangkat tangan seolah minta ditumpangkan.


Kejadian ini berulang beberapa kali dan setiap kali itulah Leman memecut keretanya dengan lebih laju. Tiba-tiba kereta Leman berhenti. Puas dihidupkan tapi gagal. Dia memandang ke depan. Dari jauh kelihatan bayangan yang sering mengganggunya merangkak menghampiri. Semakin lama semakin hampir dan akhirnya berhenti betul-betul di depan Leman.

Leman yang ketakutan tidak dapat bergerak. Matanya tepat memandang muka lembaga itu. Tetapi tiada apa kelihatan. Tiada wajah, tiada hidung, tiada mata dan tiada mulut. Leman merasakan bayangan ini bukan roh isterinya yang mahu membalas dendam. Lalu Leman menjerit.

”Who are you???”
”Who are you???”
”Who are you???”

Bayangan itu mendekatkan kepalanya ke muka Leman. Cukup dekat untuk Leman merasa nafasnya itu. Perlahan bayangan itu membuka tudung kepala yang dipakainya.

Sekali lagi Leman menjerit setelah melihat wajah itu.

”Who are youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu???”

………………………………………………

”Bang, bang nape ni???

Terasa pipiku seperti ditampar, lembut.

”Bang nape?? Ngigau ke??

”Aah, sorry” kataku sambil meneruskan peniduran. Sambil berharap ada mimpi dalam English lagi sekali.

~ Tamat da ~

p/s: Your leg is my inspiration?? WTF...

August 4, 2010

: my belated birthday

Orang dapat kad time birthday..aku dapat lepas 7 bulan…dari bujang, tunang, kahwin dan dah nak jadi bapak ni baru dapat kad…apapun thanks kepada opis aku yang memang bagi kad kat sape2 yang celebrate birthday…

muka-kad Oh, aku cuti masa birthday aku…memang tiap2 tahun pun macam tu…tanpa kompromi…huhu…

isi-kad

August 3, 2010

: cc2Gov

Apa itu cc2Gov??

Bagi yang tak tau xpe, sebab istilah ini baru semalam diberikan. cc2Gov itu membawa maksud Government Collaborative Communication. Stylo kan bunyinya?

Citernya macam ni, aku ngan bos kena join bengkel 1GovMail kat Allson Klana Nilai. Start semalam sampai arini. Dalam bengkel ni kitorang kena discuss apa ciri2 emel bersepadu yang akan digunakan oleh semua staff kerajaan. Arahan dari 1PM kita, 1Najib Tun Razak sendiri nih, bukan sesuka je tau.

So discuss punya discuss group aku decide nak gunakan nama ni untuk  menggambarkan komunikasi antara staff kerajaan yang menyeluruh. Bukan setakat emel je, tapi ada IM, video conferencing dan macam2 ciri2 lain la. Takdelah guna nama asal lagi, yang hanya melambangkan penggunaan emel. Sebab email is so yesterday. Hoho, i speak malay when i sound stupid...

Walaupun belum dilaksanakan lagi, tak dapat kelulusan pun lagi sebenarnya tapi aku ternanti2 bila la nak dapat guna cc2Gov ni. Agaknya sebelum pencen dapat tak ek??

Dalam bengkel tu ada presentation dari Microsoft, Lotus, Zimbra dan Oracle tentang cadangan diorang untuk projek ni. Macam best je Zimbra, Microsoft Exchange 2010 pun macam best. Mana yang terpilih pun tak tau lagi. Yang penting aku dapat goodies dari Microsoft ni.

Oh, takde watermark lak. Sebabnya aku update guna Ubuntu. Long live open source!!!

Tapi walau secanggih manapun teknologi ianya tidak bererti tanpa penggunaan. Tambah pulak budaya fikiran negatif staff kerajaan ni. Macam mana la kita nak promote penggunaan cc2Gov ni setaraf dengan facebook, twitter ataupun gmail. Agaknya kena setkan emel kerajaan tu sebagai benda yang lagho kot baru boleh.

p/s: isnin, selasa g bengkel...sok g usha wireless kat pd...lusa n tulat training kat midvalley...chu, ko tlg tgk2 kan karspersky tu ek...aku xdpt tlg...