July 18, 2010

: parti liar mekchu yang najmi

Sabtu lalu, tepat jam 3 petang adalah sambutan harijadi anak Mekchu, Najmi Syahputra di KFC depan Wisma Punca Emas. Sesuai dengan tema, kontijen yang diketuai oleh aku dan Wildcutecat bergerak seiringan keorenan untuk memeriahkan suasana.

Mulanya besday boy nampak macho sebelum meniup lilin. Tapi bila kena kerumun dan jadi perhatian orang ramai terus Najmi kemaluan. Langsung takde ucapan dari besday boy. Actually besday party Najmi ini adalah dari tajaan Drypers berkat kerajinan Mekchu join contest2 nih. Pendek kata, Mekchu rajin kami yang kenyang. Huhuhu...

Ada 3 games disediakan untuk tetamu yang hadir. Yang 1st ialah musical chair. Selaku chief de mission kontijen yang paling ramai aku yakin kami akan menggondol pingat dalam acara ini. Tapi malangnya sorang2 tersingkir. Acara ini juga menyaksikan pertumpahan darah dan airmata berlaku akibat perebutan kerusi.


Acara kedua ialah acara tiup belon. Adik aku menang ni wei. Silalah tepuk tangan untuk beliau. Huhuhu...

Acara ketiga ialah acara pindah getah melalui straw. Mula2 aku tak tau acara apa. So, aku malas la nak join kan. Buatnya aku kalah, malu seyyy...Tengoklah muka aku yang terpaksa join ini.
Kejap je terpaksa, mari tengok wajah aku yang rela pulak. Huhuhuhu...takde ciri2 kontro macho langsung..

Yeay aku menang dapat hamik gambar dengan chicky. Ntah berapa ribu kanak2 kat luar sana ntah yang berhajat buat aksi ini. Aku dengan senang lenang je dapat snap. Huhu...

Sebelum pulang kami kontijen terbesar amik gambar sama2...

Oppss lupa, ini biras Mekchu, Zack Kool. Memang Kool bukan Mat Kool...

3 comments:

  1. rupa2nya tak join contest pun menang hadiah hahaha. lucky me haaa. :p

    ReplyDelete
  2. hahaha.. kelakar la.. part ayat kontijen terbesar tu aku akan ingat smpai bila2..

    thanks bro..

    ReplyDelete
  3. viruspadu:
    xpe, baruku tahu aku power main straw tu...huhu...

    mekchu:
    harap kontijen je besar...chief de mission gak yang dapat emas...kui kui kui...

    ReplyDelete