July 22, 2010

: hospitalized again

Waduh ngantuknya hari ni. Walaupun hari2 biasa aku di pejabat memang terasa kengantukan, tapi hari ni lagi baeeek punya ngantuk. Apa taknya, tidur jam 3 pagi dan then bangun jam 5 pagi. 2 jam je tu mana cukup untuk lelaki dewasa yang sedang ‘membesar’ macam aku ni kan. Bukan sebab tengok bola okeh, world cup dah lama abis dah. Aku meneman ayah aku yang masuk wad malam tadi. Dan oleh sebab takde sape kat rumah tu, so aku take over la jadi ibu mithali kejap dengan bangun awal siapkan apa yang tak patut untuk adik aku pergi sekolah.
Ayah aku masuk hospital sebab pendarahan hidung yang tak berhenti2. Sama macam kes Julai 2007 dulu. tapi dulu lagi extreme, sampai aku ingat darah yang keluar tu paru2 or limpa dia. Rasa nak tercampak je jantung aku keluar tengok darah ayah aku masa tu. Nasib baik aku takde period, kalau tak mau koma aku tiap bulan. Huhu.

Punca pendarahan hidung ayah aku tu adalah disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi. Sangat tinggi. Terkejut beruk nurse2 bila tengok bacaan BP ayah aku tu. Kalau dah nurse pun terkejut beruk, aku mestilah terkena kejutan macam unta di kutub utara.

Jam 9.30 aku dapat call dari mak aku pasal keadaan ayah aku ini. Terus aku skip Inception walaupun dah nak habis sebab aku tau memang serius punya ni. Kalau tak mak aku tak call. Dia biarkan je ayah aku dengan labunya. Sampai2 je rumah, tengok dah meleleh2 darah ayah aku. Aku terus buat keputusan hantar ke hospital terus. Kalau pergi klinik nanti pun kesudahan sama gak. Siap kena bayar RM5 lagi kat klinik. No way, tidak2 di waktu aku tengah sengkek ini.

Lepas daftar pesakit, aku g jemput Wildcutecat kat MBO lak. Lama tu mau tunggu. Sampai balik kat hospital jam 10, ayah aku baru je lepas check up. Tunggu punya tunggu menjelang midnight aku hantar adik aku dan Wildcutecat balik. Then aku patah balik lepas amik bekalan kain, towel, makanan dan air dari rumah. Akhirnya jam 2 pagi baru ayah aku dimasukkan ke dalam wad. Itupun sebab BP dia dah turun. Kalau tak doktor tak bagi sebab takde orang nak jaga. Darah pun dah takde mengalir lagi. Tapi sebelum balik jam 2.15 tu, ayah aku  muntah darah lagi. Nasib baik tak banyak, so boleh la aku pulang dengan aman sket.

Semoga ayah cepat sembuh dan bagi duit raya tahun ini.

AMINNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!

4 comments:

  1. uish, tatau lak ayah ko sakit.. pakcik nordin, semoga cepat sembuh ye.. kesian kat anak sulung pakcik ni.. dia kena jaga network NS.. rajin2 makan obat ye pakcik..

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh..Allahummash Fiiha.

    ReplyDelete
  3. wahhh darah tinggi punye pasal ade smpai jd mcm tu ek??? huhu.. takut ah..

    smoga ayah awk cepat sembuh k..

    ReplyDelete
  4. bagi duit raya?! Buleeeehhhh tak?! (tepuk dahi!)

    ReplyDelete