July 29, 2010

: emakku binti bapakku

Pelik tapi benar, tapi takde la pelik macam dalam majalah Mastika tu. Tak sangka lawatan ke hospital untuk melawat ayahku memberi kesan yang berlainan. Pelbagai kejadian misteri melanda. Mula2 jumpa najis, kemudian aku jumpa surat dari mak binti ayah aku. Pelik tapi benar2 aku jumpa. Sila klik gambar untuk gelak sama2 aku. Huhuhu…emak-binti-ayah Agak2 mak aku nak ke hantar surat macam ni???

July 28, 2010

: idamanku adalah najis

Kereta ini pernah menjadi idamanku. Sampai aku tergamak menamakan kereta sendiri sebagai kompressor untuk menjadi motivasi. Tetapi tidak selepas aku jumpa ini....
Sekarang ianya menjadi najis seperti impian suciku itu...

p/s: Sorry tuan punya kereta, saya promote kereta tuan ye ;-)...jumpa kereta ni kat parking kat GH Seremban...

July 26, 2010

: jam baru untuk capo grande

casio

Takde la baru sangat pun. Dah seminggu pakai dah. Inilah jam pertama yang dibeli menggunakan duit sendiri untuk diri sendiri. Lama cari tapi tak berkenan. Akhirnya jumpa jua satu.

Ini semua gara2 Wildcutecat yang beli jam baru. Aku takde niat pun nak beli, tengok2 je. Maklum la, aku takde duit masa tu. Sambil tunggu dia keluarkan duit, aku usha2 la jam yang aku berkenan ni. Cuba2 kat tangan terus jatuh cinta. Lantas aku pun beli dengan meminjam duit Wildcutecat.

Oh, apa?? Hadiah?? Thanx sayang. Huhuhu.

July 22, 2010

: hospitalized again

Waduh ngantuknya hari ni. Walaupun hari2 biasa aku di pejabat memang terasa kengantukan, tapi hari ni lagi baeeek punya ngantuk. Apa taknya, tidur jam 3 pagi dan then bangun jam 5 pagi. 2 jam je tu mana cukup untuk lelaki dewasa yang sedang ‘membesar’ macam aku ni kan. Bukan sebab tengok bola okeh, world cup dah lama abis dah. Aku meneman ayah aku yang masuk wad malam tadi. Dan oleh sebab takde sape kat rumah tu, so aku take over la jadi ibu mithali kejap dengan bangun awal siapkan apa yang tak patut untuk adik aku pergi sekolah.
Ayah aku masuk hospital sebab pendarahan hidung yang tak berhenti2. Sama macam kes Julai 2007 dulu. tapi dulu lagi extreme, sampai aku ingat darah yang keluar tu paru2 or limpa dia. Rasa nak tercampak je jantung aku keluar tengok darah ayah aku masa tu. Nasib baik aku takde period, kalau tak mau koma aku tiap bulan. Huhu.

Punca pendarahan hidung ayah aku tu adalah disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi. Sangat tinggi. Terkejut beruk nurse2 bila tengok bacaan BP ayah aku tu. Kalau dah nurse pun terkejut beruk, aku mestilah terkena kejutan macam unta di kutub utara.

Jam 9.30 aku dapat call dari mak aku pasal keadaan ayah aku ini. Terus aku skip Inception walaupun dah nak habis sebab aku tau memang serius punya ni. Kalau tak mak aku tak call. Dia biarkan je ayah aku dengan labunya. Sampai2 je rumah, tengok dah meleleh2 darah ayah aku. Aku terus buat keputusan hantar ke hospital terus. Kalau pergi klinik nanti pun kesudahan sama gak. Siap kena bayar RM5 lagi kat klinik. No way, tidak2 di waktu aku tengah sengkek ini.

Lepas daftar pesakit, aku g jemput Wildcutecat kat MBO lak. Lama tu mau tunggu. Sampai balik kat hospital jam 10, ayah aku baru je lepas check up. Tunggu punya tunggu menjelang midnight aku hantar adik aku dan Wildcutecat balik. Then aku patah balik lepas amik bekalan kain, towel, makanan dan air dari rumah. Akhirnya jam 2 pagi baru ayah aku dimasukkan ke dalam wad. Itupun sebab BP dia dah turun. Kalau tak doktor tak bagi sebab takde orang nak jaga. Darah pun dah takde mengalir lagi. Tapi sebelum balik jam 2.15 tu, ayah aku  muntah darah lagi. Nasib baik tak banyak, so boleh la aku pulang dengan aman sket.

Semoga ayah cepat sembuh dan bagi duit raya tahun ini.

AMINNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!

July 18, 2010

: parti liar mekchu yang najmi

Sabtu lalu, tepat jam 3 petang adalah sambutan harijadi anak Mekchu, Najmi Syahputra di KFC depan Wisma Punca Emas. Sesuai dengan tema, kontijen yang diketuai oleh aku dan Wildcutecat bergerak seiringan keorenan untuk memeriahkan suasana.

Mulanya besday boy nampak macho sebelum meniup lilin. Tapi bila kena kerumun dan jadi perhatian orang ramai terus Najmi kemaluan. Langsung takde ucapan dari besday boy. Actually besday party Najmi ini adalah dari tajaan Drypers berkat kerajinan Mekchu join contest2 nih. Pendek kata, Mekchu rajin kami yang kenyang. Huhuhu...

Ada 3 games disediakan untuk tetamu yang hadir. Yang 1st ialah musical chair. Selaku chief de mission kontijen yang paling ramai aku yakin kami akan menggondol pingat dalam acara ini. Tapi malangnya sorang2 tersingkir. Acara ini juga menyaksikan pertumpahan darah dan airmata berlaku akibat perebutan kerusi.


Acara kedua ialah acara tiup belon. Adik aku menang ni wei. Silalah tepuk tangan untuk beliau. Huhuhu...

Acara ketiga ialah acara pindah getah melalui straw. Mula2 aku tak tau acara apa. So, aku malas la nak join kan. Buatnya aku kalah, malu seyyy...Tengoklah muka aku yang terpaksa join ini.
Kejap je terpaksa, mari tengok wajah aku yang rela pulak. Huhuhuhu...takde ciri2 kontro macho langsung..

Yeay aku menang dapat hamik gambar dengan chicky. Ntah berapa ribu kanak2 kat luar sana ntah yang berhajat buat aksi ini. Aku dengan senang lenang je dapat snap. Huhu...

Sebelum pulang kami kontijen terbesar amik gambar sama2...

Oppss lupa, ini biras Mekchu, Zack Kool. Memang Kool bukan Mat Kool...

July 11, 2010

: klate, come come

Sebelum meneruskan pembacaan, tajuk di atas ialah Kla.te co.mey co.mey yek...Bukan kam kam...huhu...

Alhamdulillah saya selamat tiba di Kelantan...Negeri bekas bakal mak mertua saya...Saya datang bawak isteri  saya yang tercipta...Jangan salah sangka, dia bukan ditaja kerajaan menggunakan wang rakyat...Saya guna kad kredit saya yang tercinta okeh...So makcik2, tiada sebarang isu di sini tau...

Di sini saya bermastautin di Renaissance..Tiba2 saya terasa apa barang Seri Malaysia...Terasa riak dan sombong mesti ada walaupun saya tak bayar 1sen orang  pun untuk bilik...Takpe, macam tu la bila orang miskin jadi kaya jap....

Entry ini akan disambung lagi...Esok mau sambung dialog...Harap2 Wildcutecat tak mabuk2 laut pulak...Sebabnya saya mau bawak dia dan baby berjalan2 sekitar KB...

Happy world cupping sayang2...

July 10, 2010

: manga that i read - psyren

psyren
Kisah bermula apabila Yoshina Ageha mendapat kad telefon bertulis Psyren. Kemudian rakan sekelas beliau, Sakurako Amamiya hilang selepas menyebut perkataan tersebut. Dengan harapan untuk mencari Amamiya, Ageha menggunakan kad tersebut dan memasuki dunia Psyren.

Psyren ialah sebenarnya bumi pada masa akan datang. Mereka yang menggunakan kad tersebut akan mempunyai kekuatan unik setelah beberapa kali masuk ke dunia Psyren. Macam mana nak masuk banyak kali?? Pastikan anda hidup setiap kali masuk.

Alang2 dah keluar masuk banyak kali, Ageha dan Amamiya berjumpa dengan 3 orang lagi peserta, Asaga Hryuu, Oboro Michizuki dan Kabuto Kirisaki yang membantu dalam usaha memerangi Tavoo dan W.I.S.E.

Untuk bacaan lanjut klik One Manga.

July 8, 2010

: sejuk teramat

Tak pernah sejarah aku tido pakai baju, seluar, stokin dan selimut 3 helai. Malam tadi yang pertama kalinya. Ntah tiba2 badan aku terasa sejuk giler. Tapi dari luar sangat panas pulak kata Wildcutecat sampai dia nak peluk aku pun tak boleh. Padahal aku memang terasa sejuk.

Pagi ni masih terasa sejuknya. Badan masih panas lagi. Aircond kuat pulak tu. Kompom aku kena jadi pelakon Winter Sonata.

sejooooookkkkkDengan 2 jaket, scarf dan glove aku masih sejuk. Oh lupa, Milo panas di tangan itu.

July 1, 2010

: tunjukkan rasa cintamu

Tunjukkan rasa cintamu
Selagi dirimu masih diriku
Selagi nafas masih bersatu
kau tak mampu sesali waktu berlalu

Tunjukkan rasa cintamu
Mengapa difikir yang tidak perlu
Buktikan aku engkau mahu
Cinta yang aku beri padamu
online_dating_regular_dating
Tunjukkan rasa cintamu
Jangan dibilang engkau tak tahu
Cuba saja apa yang baru
Jangan diam dan duduk menunggu

Tunjukkan rasa cintamu
Tak perlu engkau rasa malu
Ada mahu atau tak mahu
Mengapa berkira jika itupun mahumu

Ikhlaskan hatimu
Rendahkan dirimu
Lapangkan matamu
Luahkan rasamu