June 29, 2010

: akuat

Pernah dengar perkataan di atas??

Macam pernah dengar…

Adakah akuatik??
Paraquat??
Ataupun akustatik??

Bukan, itu adalah singkatan baru untuk aku iaitu aku kuat = akuat.

Ye, kekuatan aku mampu menjahanamkan tombol (??) pintu bilik mesyuarat opis aku. Selama ni tak nak pulak ko tercabut. Dandan je semalam ko berderai kan time aku pegang. Terus Churailiya senyum2 kat aku. Nasib baik otak aku cukup laju. Terus je aku cakap kat bos aku marah pasal projek ni. Tak tau la bos percaya ke tak. Nampak macam percaya je. Huhuhu.

2 Di sinilah kejadian itu berlaku, ayat Mastika…

Termalu lak aku sorang2 semalam. Nasib baik takde gadis. Kalau tak mesti aku terpaksa cakap aku dah kawin. As always, aku memang jujur. Huhu…

1 En. Capo ada bela hantu raya. Fitnah rakan2 sepejabat beliau selepas melihat kejadian itu.

Moral of the story, jangan tutup pintu bilik meeting. Adios!!!

June 27, 2010

: go England go!!!

england-three-lions1
Malam ni game England vs German.  Harap2 England menang  la yek…

June 25, 2010

: tutorial tambah top menu

Tak abis2 menggodek blog lagi aku hari ini. Setelah puas mencari sejak malam tadi akhirnya aku berjaya gak jumpa tutorial yang membolehkan aku letak link2 kegemaran aku kat bawah header macam di atas tu. Bukan apa, Pn. Wildcutecat request untuk kemudahan beliau. Sebagai suami mithali yang kacak, aku pun melakukan percubaan untuk membantu beliau.

Tutorial yang aku jumpa ialah dari blog Mari Bina Blog. Sebenarnya banyak lagi aku dah try tapi tak jadi + tak cantik. Kalau guna Add Gadget dalam blogger ni rupa blog akan jadi macam ni…

before

Tak cun kan?? So aku menggoogle la guna keyword Add tab menu at blogger. Last2 baru aku cari kat blog faveret aku ni untuk tips2 design blog. So hasilnya macam di atas tu la. Kredit pada blog ini aku link terus korang ke entry tutorial dia yek.

Tambah menu dari Mari bina blog.

Aku cuma tambah sikit je code nya untuk terus bukak page2 tersebut kat new tab.

Kalau biasa code html untuk buat link macam ni:

<a href=’http://google.com’>Google</a>.

Aku tambah target=’_blank’ untuk bukak new page macam ni

<a href=’http://google.com’ target=’_blank’>Google</a>.

Sebab open in new tab ni jugalah aku telah menggegarkan bilik Jemah@Viruspadu di pagi2 nan buta itu.

Sekian tutorial ringkas dari saya.

June 24, 2010

: kiss and kill

Amacam template baru aku??

Ada OK ka??

Tukar lagi, baru je tukar retro bulan 3 aritu. Kali ni menggatal lagi. Bukan apa, tiba2 je aku ‘ter’rajin nak buat banner sendirik. Terus je aku cari bahan dan design. Hasilnya macam kat atas tu la. Aku rasa cun la, tak tau la korang rasa cun ke tak. Apapun itu hasil dari seorang yang dilahirkan tidak kreatif dan kurang romantis.

Alang2 tukar banner, aku kena la tukar template sekali. Sebab template sebelum ni tak leh letak banner. So aku gunakan Blogger in Draft untuk design template aku. Korek sket2 je, aku bukan teroris sangat pun pasal design2 ni.

Petang semalam jugak aku upload theme dan banner baru ni. Rasa semangat lak nak buat lagi. Terus je aku buatkan untuk Pn. Wildcutecat. Ingatkan dia tak nak design aku tu. Rupanya diterima pulok dengan beberapa pindaan. Sekarang tengah buat untuk Churalliya pulak. Pembaca setia beliau diharap tunggu dengan penuh kesabaran yek. Cabaran jugak buat ni, ingatkan senang je.

Ini Pn. Wilcutecat punya… wildbanner3

Apsal Kiss & Kill Encik Capo?? Saje je letak, tak tau nak letak tagline apa. Lagipun kena dengan banner baru. Biasa orang cakap “Never kiss and tell”. Aku tukar la “Never kiss and kill. Keep on kissing me bebeh”. Nyeh nyeh nyeh.

p/s : Sedia menerima tempahan…wink wink…

June 21, 2010

: happy father’s day

1st time dapat wish happy father’s day tahun ni. Walaupun sekali haram pun aku tak pernah wish kat orang lain termasuk la kat bapak aku.

Tahun depan dapat wish lagi tak agak2 nya???

June 17, 2010

: futsal oh futsal

A picture tells a thousan word, a word tells a thousand lies. Alasan orang malas menaip. So, enjoy the pic ya...
aksi5
Jangan susah2 hati nak cari mana aku. Kalau nampak mamat pakai jersi England, main kekok2 sket itulah aku. Sesungguhnya aku bukanlah pemain futsal profesional.

Final result, JPBD 21 – UPTM 16. Kalah tipis je walaupun tak practise. Nasib baik aku mintak diorang bagi can, kalau tak maut kitorang kalah. Huhuhu..

p/s : minggu depan buat lagi yek!!!

June 14, 2010

: online school

Aha, bunyi macam menarik kan?? Tapi tak menarik pun sebenarnya. Hehe…
logoApa benda online school yang aku nak promote arini?? Ianya satu website yang memaparkan statistik2 dalambentuk grafik yang menarik. Kira mudah la untuk yang sengal2 otak macam aku ni faham dengan lebih mendalam.

Sebenarnya banyak yang menarik dah aku baca kat sini. Aku tepekkan 1 untuk tatapan kita bersama ye. Silalah klik untuk tumbesaran. Jangan malu2…
softdrinks So, kalau ada sesape yang berminat untuk tambah pengetahuan bolehlah menyusuri laman web Online School ni. Aku pun tak habis baca lagi. Tambahan info lagi boleh rujuk gambar di bawah.

about-us

June 11, 2010

: saya & WC

Terima tag dari Mekchu pasal WC. Here goes my story…..

WC2010 
Long long time ago, in the galaxy far far away, there’s an ogre named Shrek…..Wakluuu, orang suh citer pasal world cup da…

Sebenarnya takde apa pun nak citer. Aku dan world cup macam biasa2 je. Walaupun aku memang sokong England dari kecik sampai remaja ni, tapi aku takde la fanatik sangat. Selalunya aku akan sokong mana yang main cantik je.

Macam biasa aku akan angkat jersi England untuk menjadi bukti aku sokong walaupun cetak rompak je. Tapi tahun ni lain sket. Aku kena beli 2 jersi. Satu untuk aku, satu untuk Mrs. Wildcutecat. Dah dia minat Argentina kan. Jadi sebagai suami yang mithali aku pun belikan la untuk dia. Dia minat pun sebab Messi je. So, kalau Argentina main messy nanti pun dia sokong gak. Dia dah minat tu jangan dilawan. Sama la dengan kes dia minat Ruminah Sidek dan Johny Lever. Jangan sintuh, silap2 boleh gaduh. Huhuhu…

Bersatu tapi tak sebulu. Aku blonde owkey…argentina-plus-england

Dulu masa WC2002, aku hari2 tengok game. Biasa time praktikal budak2 sume bertungkus-lumus kerja. Tapi aku rilek2 je duk umah tengok bola. Tapi tahun ni takleh la buat camtu. Mengamuk bos aku nanti.

Takde pe nak citer lagi ni Chu. So aku off la. Sebelum tu aku nak tepek jadual perlawanan yang aku amik dari Berita Semasa.com. Bukan Astro je ada live, TV1 pun ada gak tau. So sape2 yang takde Astro jangan risau, nanti saya uruskan semua.

jadual-perlawanan7

 jadual-perlawanan22

 jadual-perlawanan32

So, untuk kemudahan korang, download dan print jadual di atas. Senang buat rujukan nanti.

p/s: Apa?? Tak kenal Johny Lever?? Ini gambar beliau ye. Huhuhu….
johnny-lever-wallpaper

June 10, 2010

: borang maklumbalas dengan kontactr

Pernah terfikir nak letakkan borang maklumbalas dalam blog atau web anda?? Aku pernah, malam tadi. So dengan sedikit usaha meng’google’ aku terjumpa beberapa site yang memberikan perkhidmatan ini secara percuma. Antara beberapa pilihan itu aku pilih untuk mendaftar dengan kontactr.
logo-kontactr Apa itu kontactr???

what-is-kontactr

Apa kelebihan kontactr???

 kontakr-features

Macam mana nak register???

1. Pergi ke site kontactr.com.
2. Klik ‘sign up’ dekat bahagian atas site.

sign-up

3. Isi maklumat berkaitan.

sign-up-form

4. Tekan button ‘sign up’. Anda akan dimaklumkan penghantaran emel verification ke emel anda.
5. Buka akaun emel anda, dan klik link yang diberikan.
6. Login ke akaun kontactr anda.

welcome

Macam mana nak letak dalam blog / web???

Ada 3 pilihan untuk anda gunakan iaitu:-

1. Ajax Embed Widget

option-1---ajax-embed

2. Button Embed Widget

 option-2---button-code

3. HTML Embed Widget – untuk advance user.

 option-3---html-embed    

Pilih salah satu yang anda berkenan dan letakkan dalam blog / web anda dan duduk dan tunggu maklumbalas dari pembaca.

Untuk hot preview sila ke Contact Me@All About Negeri Sembilan. Aku tak letak sini sebab takde keperluan kot.

~ Sekian.~

June 9, 2010

: the idea book by Fredrik Hansen

2 days before I get married, I spent almost 1 hour at Kinokuniya bookstore while waiting for my new phone to be delivered. I’ve picked several titles to kill off some time. One of the book i’ve read is The Idea Book by Fredrik Hansen.idea-book 
Lots of interesting quotes I found in this book. Of course I took some efforts and time to copy some of it into my own quotes list. So, today I want to share 3 of the quotes from the book for our own reminder.

”A thing is not right because you do it.
A method is not good because you used it.
An equipment is not the best because you own it.”
- (John Aldair)

“The only person who likes to change is a wet baby.” – Roy Blitzer.

”Where all think alike, no one thinks very much.” – Walter Lippmann

Before I read the book I thought that this book only tells how to get new and fresh idea. Sneaked into it, I noticed that this book focused on how to change the way we think and approach life even though this book is included in 100 Best Business Books of All Time.

Preview of the book can be download at The Idea Book preview@ Google Doc.

June 7, 2010

: all about Negeri Sembilan

Hai semua, nak mengumumkan blog terkini aku iaitu All about Negeri Sembilan. Inilah projek baru aku yang buat aku sibuk kunun2nya tu. Tapi takde la sibuk sangat sebab aku buat time aku free and easy je. Link pun aku daa letak dalam blog ni. Kalau korang perasan belah kiri atas blog ni kan ada bendera Negeri Sembilan tu. Ha, klik je kat situ insyallah akan didirectkan ke blog All about Negeri Sembilan tu.
All about Negeri Sembilan
bannernya...silalah klik ye ;-)










Ini muka banner blog aku tu. Sorry la aku tak pandai design2 kasi cun. Lagi satu nak bagitau blok ini akan ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Walaupun aku tak pandai sangat skipping in the roundabout, aku try gak tulis. Boleh la aku praktis kan Englishman aku ni. Huhuhu.

Kalau ada sape2 nak promote blog All about Negeri Sembilan ni kat blog masing2, kat sini aku sediakan cara2 macam mana nak buat macam aku tu. Caranya simple pimple je, just follow instructor kat bawah ek…

1. Login ke dashboard blogger.com anda
design page element2. Pergi ke Design –> Page Elements
add a gadget 3. Klik ‘Add a gadget’ –> pilih HTML/Java Script
html 4. Copy paste kod di bawah (warna merah tu boleh edit sendiri ye ikut kesesuaian)
<div style="position: fixed; top: 0px; left: 2px;">
<a href='http://allaboutnegerisembilan.blogspot.com/' title='all about negeri sembilan' target=’_blank’><img src="http://3.bp.blogspot.com/_FBSi6yjP1EA/TAxNlgtFfOI/AAAAAAAAA4A/WpKsbtTxmGk/s320/lugu.jpg" height="190" /></a>
</div>
5. Klik ‘Save’ dan ‘Save’ lagi sekali.
code 6. Preview / refresh blog anda. Tadaaa, berhasil bukan.
Itulah tutorial yang tak seberapa dari aku. Kira boleh guna untuk benda lain gak. Takde la paksaan untuk korang promote pun blog aku.

Ok tu je buat masa ni, kalau ada komen/cadangan/kejian./umpatan sila kemukakan ye. Jangan2 malu2.

June 4, 2010

: marey2 beli jersey

Ya ya, sempena World Cup fever yang sedang melanda seorang tokey baju telah menceburkan diri ke dalam bidang perniagaan jersi.

Mari2 ramai jengah ke blog Yincik Hashrie untuk tengok2. mana tau berkenan lak.

Siapa yang berminat boleh hubungi beliau sendiri di talian 012-6574799 atau email di ayieliana@yahoo.com.

Gred AAA, Size M dan XL sahaja, Harga RM55 (Deposit RM30). Jersi akan dihantar dalam masa 7 hingga 14 hari.


Jersi Afrika pun ada, kellas la kedai ni.

: projek baru

FYI, aku sekarang tengah bersemangat untuk buat 1 projek baru ni. Bukan projek pertanian lagi ye, tapi projek blog. Dah siap nanti aku promote ek…

June 2, 2010

: aku terima nikahnya

Alhamdulillah dengan izin Allah, aku selamat diijabkabulkan bersama Hadibah bt Harun. Tanggal 15hb Mei 2010 lalu aku sah menjadi suaminya dengan 2 kali lafaz.

Aku nikahkan dikau tuan imam dengan Hadibah binti…oopss terbalik…imam nikahkan aku da….
salam imamkelihatan dua microfon iteww terabai di kiri kanan imam…look dude, it’s not a singing competetion owkeyh…
2 mic
Terimalah mas kahwin ni, pakej dengan tuannya sekali…hamik hamik, jangan malu2… 
mas kawin
Upacara membatalkan air sembahyang…
batal air sembahyang
Salaman dengan ciuman dalam senyuman…Sila lihat itu kerawang2, sangat semak ok…
salaman
 

Berakhirlah majlis yang paling penting dalam pernikahan kami. Bukan sanding2 atau photoshoot ye yang penting. Tapi ijab dan kabul. Yang lain tu orang exaggerate lebey je.