May 11, 2010

: pengorbanan itu

pengorbanan itu
tak perlu diungkapkan
cukup dengan apa yang kau dapat
apa yang kau rasa
apa yang kau terima

pengorbanan itu
tak perlu dipinta
kerana apabila diminta
bukan apa kau mahu beri
bukan apa kau rela beri

pengorbanan itu
tak perlu tanda nilai
cukup dengan ikhlas
semua diterima
semua berharga

mungkin egomu
mungkin masamu
mungkin tidurmu
mungkin marahmu
atau mungkin dirimu

dan apabila kau lakukan pengorbanan itu
kau bisa dapat sesuatu
biar tak dibalas
asal kau puas
kau berhak berhenti
jika tiada apa pun kau dapat
melainkan penat.
sacrifice
gambar hiasan..*ehsan google

No comments:

Post a Comment