April 25, 2010

: the road i used to ride

"Each and every road i used ro ride i leave trails and marks. So when i bump into the same path again, I know what is or was been there. For all my heart to see" - Capo Grande, 2010

2 hari di weekend nan lalu aku menghabiskan masa di jalanan. Mengharungi separuh Negeri Sembilan dengan 1 tujuan dan 1 matlamat. Separuh yang aku maksudkan ialah area ulu2 kegemaran aku.

Sabtu petang aku bergerak ke arah Felda Gugusan Palong. Dulu2 famous orang panggil Poland, damn it sape la yang letak tu. Tengah2 perjalanan aku tergerak hati nak singgah rumah makcik aku kat Bahau. Sempat aku melantak di situ walaupun aku tak lapar. Nasib baik aku singgah, baru perasan tayar kompressor aku dah kempis. Kalau aku jalan je tadi mau maut aku dilanda kemalangan tidak berbau. Menjanda la bakal isteri aku nanti.

Bahau
Masa kecik2 dulu, inilah bandaraya yang sering aku kunjungi. Asal gaji je aku pergi, asal gaji je aku pergi. Bukan aku punya gaji, tapi bapak aku yang punya. Pasaraya yang terbesar kat sini dulu ialah Upwell dan Parkson. Situ je la yang meriah pun.

Tapi sekarang lagi meriah. Wayang pun dah ada kat Plaza Kiara. Lepas tu banyak kedai2 yang hidup sampai malam tak macam dulu.

Kejadian yang menimpa menyebabkan aku hilang semangat untuk meneruskan perjalanan. Lantas aku membuat keputusan untuk terus ke rumah Atuk aku di Pasoh 1.

Tapi tiba2 aku semangat balik untuk meneruskan agenda. Lantas aku meluncurkan kompressorku ke Felda Lui Muda dan Felda Lui Selatan 2. Singgah di rumah uncle Ghazali untuk minum2.

Lui Selatan 2
Tak banyak memori aku di sini. Puas ayah aku bagi nama2 kawan aku masa tadika dulu. Haram, sorang pun aku tak hengat. Apa yang aku ingat macam mana aku masa tadika dulu. Oh, aku tak nangis pun hari pertama aku di tadika. Siap balik sorang2 lagi. Kecik2 dah stylo kan, independent gitu. Masa kat tadika aku selalu curi makan sarapan awal. So untuk mengelakkan dari lapar nanti, aku tukarkan bekas aku yang dah kosong tu dengan bekas orang lain. Sampai la aku kantoi pada satu hari. Itupun sebab gadis tu nangis, rilek la orang lain pun kena tak nangis pun. Lagi satu aktiviti kegemaran aku masa tadika tu aku suka main lompat2 atas meja masa cikgu takde. Satu kelas aku pusing sambil lompat2. Nasib la aku ringan, kalau la aku berat macam Puan Hadibah nescaya patah la meja2 itu.

Selesai di Lui aku terus ke Pasoh tapi sempat aku singgah di Simpang Pertang untuk tapau makanan untuk atuk dan uwan. Aku bermalam di situ untuk menghilangkan lelah dan dahaga. Dengan menggunakan bantal Nano nenek aku, aku berjaya bermimpi indah kahwin sekali 2 serentak. Serius berhantu bantal tu, buat aku nak guna lagi je.

Pasoh 1
Tempat aku dilahirkan. Genap 20 tahun yang lalu di rumah no 355, jalan ke kuburan lahirlah seorang bayi yang agak kacak. Aku masih ingat ketika aku dilahirkan Pakngah aku la yang paling semangat untuk menyambut aku. Dia la yang pergi angkut air dari perigi, masak kan air guna kayu api dan yang pertama belikan aku baju. Sampai sekarang aku ingat pasal tu.

Pagi Ahad, aku menyambung perjalanan yang tertangguh semalam. Sebelum ke Palong aku singgah di Pasoh 4 untuk ke rumah bekas peneroka jagaan ayah aku. Juga sebelum ke Palong aku singgah di Bandar Baru Serting untuk jumpa biras aku, Encik Mazli dan akak ipar Pn. Emieharlina. Malangnya mereka tiada di kedai terpaksa aku tangguhkan rancangan untuk jumpa diorang. Diorang ni bekas classmate aku masa kat Palong dulu. Akhirnya kawin jugak diorang bila dewasa.

Sampai di Palong 10, aku ke rumah uncle Man. Masa aku tinggal kat sini dulu, dia ialah seorang tokey sayur yang berjaya, Dari bawak motor sampai la ada lori sendiri. Tapi sekarang dah tak berapa sihat. Mata pun dah tak nampak.

Palong 9, 10, 11
Hampir 6 tahun aku di sini, cuma awal darjah 1 dan akhir darjah 6 je aku tak sekolah kat sini. Di sini la kali pertama aku membuat seorang gadis dewasa menangis. Mintak maaf Cikgu Siti Esah, aku memang sengaja baling sarang tebuan tu. Tapi tak sangka pulak ada budak lain yang kena hampir mati kena gigit tebuan sebab tu. Aku ingat aku dan Fuad la yang paling lewat datang sekolah. Rupanya ada lagi otai dari kami. Bravo cikgu, ko memang teror dapat detect kitorang yang baling walaupun kami tak tinggalkan sebutir pun bukti di kawasan kejadian.

Oh ye, sebelum terlupa kat sini la aku kenal Mazli dan Emie. Mazli ialah rakan Ninja Turtle aku dulu. Aku ialah Donatello dan Mazli ialah Leonardo. Manakala Emie pula ialah rakan sepasukan pasukan penyiasat aku bersama Mimi. Sekarang Mimi pun dah berbadan 3, aku ngan Emie je maintain kurus.

Lepas tu aku terus ke rumah Atuk Manap aku di Palong 5. Kat sini pun aku sempat sekolah menengah jap. Sempat 2 minggu je, tapi dah cukup untuk menimbulkan konfrantasi dengan penolong ketua kelas aku. Badan je kecik, tapi cubit macam penyengat. Lepas tu aku selalu ereksi bila tengok perempuan berbadan kecik, bukan budak kecik ok.

Selesai urusan aku pun bertolak pulang ke Seremban. Kali ini aku memilih arah perjalanan yang berlainan dari arah aku datang tadi. Dari Palong aku ke Pasir Besar, Rompin, Bahau, Kuala Pilah dan terus ke Seremban

Pasir Besar
Terkenal kerana memiliki sebuah kilang perfume getah yang agak besar. Masa kecik2 dulu bau perfume getah inilah yang selalu buat aku terjaga dari lena. Asalkan masuk radius Pasir Besar je aku dah bau. Terus aku pening dan tak dapat sambung tidur. Makan pun jadi tak selera. Tadi sempat aku pusing2 nak cari kolam perfume getah tu sebab nak bagi adik aku bau. Damn again, semua bau sudah hilang bersama memori indah aku dibawa angin lalu. Kecewa la adik aku sebab tak dapat hidu bau perfume getah tu. Nasib kau baik budak kecik. Huhu, sia2 je kena tipu dengan aku.

Kat sini juga lah 1st time aku tengok meja snooker. Lantas aku memasang cita2 untuk menjadi pemain snuker yang terbilang. Hasilnya, aku berjaya menjadi pemain snuker yang paling buruk permainannya.

Rompin (bukan Rompin, Pahang)
Aku sangat suka Rompin dulu. Walaupun pekannya kecik, tapi ada sebuah kedai buku di sini yang menjual bermacam2 jenis komik. Kalah Bahau wei. So, aku selalu ke sini dengan ayah aku untuk beli komik. Sekurang2nya 2 minggu sekali. Masa tu komik yang aku kumpul macam Jejak Wira dan satu lagi yang ada hero kembar tu nama Puspa Wira dan Devilito tak ingat lak tajuk dia. Tapi tadi kedai tu dah takde, mungkin tokey kedai tu sedang memandu BMW di alam berzakh.

Sebelum pulang sempat lagi aku singgah di rumah makcik aku di Bahau. Sekali lagi walaupun aku tak lapar, aku melantak nasi 2 pinggan di sini sebab ayam masak kicap makcik aku merupakan favorite fruit aku dari dulu sehingga kini.

Maka tamatlah perjalanan aku yang panjang meliputi 3 daerah di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jempol, Jelebu apabila aku sampai di Seremban jam 6.10 petang, dalam keletihan aku menaip entry ini. Sila kagum.

p/s : Sempat snap di sini, sangat nostalgia. Tempat aku mengaktifkan mode "Plis Plis Plis kamu jangan nakal" aku.

2 comments:

  1. ulu nye beb.. hahaha.. dah mcm trek selebriti je aku tgk ko nih.. mana gmbr awek2 cinta monyet ko?

    ReplyDelete
  2. berat macam pn hadibah????

    mimpi kawin 2 serentak???????????

    genap 20 tahun yang lalu???????????

    ReplyDelete