March 18, 2010

: budak, tiba-tiba ko jadi baik kan???

Gambar ni aku snap masa ke Royale Bintang tengahari tadi. Tujuan asal ialah untuk survey site sempena Seminar ICT 5 April ini. Sedang menunggu orang hotel aku duduk lepak sambil test skill DSLR aku. Habis keliling aku pusing snap2, poyo macam Apad lak aku rasa.

Then, tiba-tiba budak ni datang dengan famili dia. Baru nak check-out kot. Dari mula aku tengok budak ni main-main beg tu sambil pusing-pusing. Penat lak mak dan nenek budak ni marahkan, budak ni memang degil ikut pakcik dia.
budakLastly, aku amik keputusan untuk snap aksi budak ni. Kebetulan 4 keping yang penuh makna. Mari aku story satu persatu :-

1. Budak sedang asyik berpusing dengan beg sambil menyanyikan lagu Coba Coba Jangan Coba dendangan Faizal Tahir.
2. Tiba-tiba dia stop, mak dia cakap ada orang tengah snap gambar dia. “Abang hensem tu tengah amik gambar ko Leman”, dalam sayup-sayup aku terdengar ayat itu. Dalam kemaluan aku tersenyum.
3. Dia usha ketat kat aku sambil cakap “Wartawan hiburan semua tak guna. Kau jaga-jaga, aku tau mana kau kerja”. Demit budak, tau la aku pakai baju batik. Terangan gomen bak kata Encik Adda Ashar.
4. Dia menyorokkan diri dari aku di celah rimbunan bunga. Mungkin dia malu dan insaf dengan perbuatannya yang lampau.

Aha, tau kau takut kan. Setelah si ayahya settle nak check-out, budak ni slow-slow serahkan beg kepada ayahnya. Walhal sebelum tu ko punya la nak pegang kan, ko tamak kan budak kecik??? _MG_6165

Apapun perubahan sikap budak itu adalah positif. Berkat gaya snap-like-Apad aku tu, dia berubah menjadi insan yang lebih mulia. Sebenarnya, bukanlah tindakan aku yang mampu mengubah budak ini menjadi lebih baik. Ini semua bergantung kepada usaha budak itu sendiri untuk mengubah dirinya.

Untuk budak itu, kau cemerlang.

5 comments:

  1. cik EPAL, saya_arief:
    budak cute tu mmg baik...huhu...

    ReplyDelete
  2. capo, sila ambik award di blog saya okeh :)

    ReplyDelete
  3. hahaha... poyo cam apad... hahaha...

    ReplyDelete