March 30, 2010

: you’re beautiful blogger, it’s true

beautiful blogger award

1. Thank & link the person that gave you the award.

Award ini ialah anugerah dari Puan Barine yang kacak bestari…”Cantik itu subjektif”, kata beliau. Benar, saya seorang yang subjektif.

2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

- churalliya – viruspadu – syasya – nuyin2u - yan@alia - cik sembang – anora - Adda Ashar – lin musik hatiku – zaliz - fatiha zainal – redbloodsnow - qaseh laura – ghimau – wildcutecat

3. Contact said blogs and let them know they've won the award.

xmau…sape yang baca sila amik sendiri ek…lagipun diorang sume dah dapat award ni (agaknya la)…huhu…

4. State 7 thing about yourself.

  • suka warna hitam
  • suka orang suka warna hitam
  • memiliki sebuah kompressor hitam yang sudah habis dibayar
  • seorang yang tidak peramah, suka marah2 dan selalu menangis dan bersedih (tipu je)
  • saya ada 3 blog (1 je la yang aku edit)
  • saya bakal dapat cek nuffnang bernilai RMxXxx.xx (xbanyak, tapi cukup la duit hantaran..huhu)
  • saya tak suka makan sardin dengan nasi n benda masam2 kecuali ‘dia’ yang masam di kala petang hari…huhu..


    p/s: ghimau, sila amik award ni ek…walaupun ko sorang je lelaki…

  • March 28, 2010

    : manga that i read - toriko

    toriko
    Toriko hasil kerja manga-ka Mitsutoshi Shimabukuro, memulakan kemunculan pertama di majalan Shonen Jump edisi Febuari 2010. Berkisar pada zaman yang dipenuhi dengan keinginan memenuhi nikmat makan, manga ini mengisahkan mengenai seorang bishoku-ya (pengumpul bahan makanan) bernama Toriko yang selalu ditugaskan untuk mencari bahan-bahan yang sukar ditemui kerana dia mempunyai keupayaan untuk memenuhi sebarang permintaan. Di samping itu dia juga sedang berusaha untuk memenuhkan menu lengkap (full course menu) sendiri berdasarkan kegemarannya. Sepanjang pengembaraannya, Toriko sering ditemani oleh Komatsu seorang chef yang lemah tapi bersemangat tinggi.

    Ini ialah senarai menu yang perlu Toriko lengkapkan.
    Hors-D'oeuvre: BB Corn
    Soup: Blank
    Fish Dish: Blank
    Meat Dish: Blank
    Main: GOD (Has yet to acquire it)
    Salad: Blank
    Dessert: Fruit of Rainbow
    Drink: Blank
    Aku cuma review sket je ek, kalau mau baca lagi lanjut sila layari Toriko@One Manga. Kat Malaysia, majalah yang ala-ala Shonen Jump, Kreko juga ada menyiarkan Toriko di dalamnya.

    Bagi yang tertanya apa itu Hors d'œuvre sini aku paste dari Wikipedia.

    ”Hors d'œuvre (pronounced /ɔrˈdɜrv/; French: [ɔʁˈdœvʁ] ( listen), literally "apart from the main work"[1]) or appetizers are food items served before the main courses of a meal.”

    Selamat berhibur!!!

    March 24, 2010

    : hidup ini bagaimana kamu memandangnya

    Sepanjang kehidupan ini, tentu banyak yang telah kita tempuhi. Sedih, gembira, benci, sayang, marah ataupun suka pasti kita akan rasai hasil dari sebarang kejadian yang berlaku. Jika umur panjang, banyak lagi perasaan yang akan kita nikmati dalam hidup ini.

    Kita sedih lalu menangis, kerana ada yang buat kita kecewa.
    Kita gembira lalu tersenyum, ada aksi lucu di situ ataupun hadirnya penghibur hati.
    Kita benci lalu mencebik, mungkin tak serasi dengan pemikiran kita.

    Tidak pernah ada kejadian baik ataupun kejadian buruk. Yang ada hanyalah kejadian. Apa yang berlaku menjadi sesuatu yang berbeza jika dipandang dari sudut yang lain.

    Kita sedih, anggap itu ujian penguat diri di masa hadapan.
    Kita gembira, untuk jadi kenangan yang dihargai bila kehilangan.
    Kita benci, mungkin jadi inspirasi atau sempadan diri.

    Semua yang kita alami atau rasa itu dipengaruhi atau disebabkan oleh faktor luaran yang berada di luar kawalan kita. Sebagai manusia yang lemah, terlalu banyak yang terjadi berada di luar kawalan. Bencana alam, kematian, kelahiran dan lain-lain. Apa yang dapat kita kawal ialah penerimaan mental kita di atas sesuatu kejadian itu.

    Kita mampu kawal fikiran sendiri.
    Kita mampu kawal bagaimana untuk bertindak dengan pilihan yang ada.

    Ini bukan mengenai situasi, tetapi reaksi.

    Kita sentiasa ada pilihan dalam hidup. Selalu apa yang kita fikir, mampu jadi kenyataan. Minda separa sedar kita akan menerima apa sahaja yang kita pilih untuk percaya. Sebab itu orang kata penipuan yang berulang akan jadi kenyataan. Bezanya, adakah kita mahu terus ditipu atau jadi bijak dan mula mencari kebenaran. Itupun sudah jadi pilihan untuk kita.
    Untuk menjalani kehidupan yang menggembirakan atau menyedihkan bergantung kepada cara kita melihat atau berfikir. Tiada sesiapa pernah rela memilih untuk susah, sedih ataupun sengsara. Tapi bagaimana jika kehidupan kita ditentukan sebegitu? Yang tinggal hanya cara kita memandang dunia. Redha mungkin sepertimana tuntutan agama, tapi bukan dengan redha yang buta tanpa pengertian. Usaha tetap perlu ada untuk mengubah sesuatu itu.

    Hari ini kau pandang ia benih yang tiada apa,
    esok mungkin jadi pohon tempat kau berteduh.

    Dua orang yang berjalan di taman yang sama dan memandang objek yang sama tak semestinya berfikir sesuatu yang sama. Seorang mungkin berjalan dengan riang, memikirkan yang indah. Seorang mungkin hanya memandang kosong tanpa perasaan. Begitulah hidup ini, jika dibiarkan apa yang terjadi samada baik atau buruk berlalu tanpa ada sebarang pengajaran diperolehi pasti ia akan menjadi sia-sia.

    Sia-sia menghabiskan usia,
    Sia-sia hidup derita.

    Orang yang paling beruntung ialah orang yang menjadikan setiap pengalaman menjadi lebih bermakna. Menjadikan buruk kepada lebih baik, menukar racun menjadi penawar.
    Cara kita memandang sesuatu itu juga mampu mempengaruhi emosi dan hidup orang lain. Tiada siapa mampu hidup sendirian, begitu juga kita yang banyak (jika tidak,pasti tetap ada) memerlukan kehadiran atau pertolongan orang lain. Pandanglah pengertian hidup itu sendiri dengan maksud yang lebih luas. Hidup bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain.

    Sebagaimana haiwan menjadi sumber makanan,
    dan tumbuhan menjadi sumber oksigen.

    Hidup ini singkat tapi jangan singkatkan pemikiran kita.

    Bergembiralah, semua itu pilihanmu.

    March 18, 2010

    : budak, tiba-tiba ko jadi baik kan???

    Gambar ni aku snap masa ke Royale Bintang tengahari tadi. Tujuan asal ialah untuk survey site sempena Seminar ICT 5 April ini. Sedang menunggu orang hotel aku duduk lepak sambil test skill DSLR aku. Habis keliling aku pusing snap2, poyo macam Apad lak aku rasa.

    Then, tiba-tiba budak ni datang dengan famili dia. Baru nak check-out kot. Dari mula aku tengok budak ni main-main beg tu sambil pusing-pusing. Penat lak mak dan nenek budak ni marahkan, budak ni memang degil ikut pakcik dia.
    budakLastly, aku amik keputusan untuk snap aksi budak ni. Kebetulan 4 keping yang penuh makna. Mari aku story satu persatu :-

    1. Budak sedang asyik berpusing dengan beg sambil menyanyikan lagu Coba Coba Jangan Coba dendangan Faizal Tahir.
    2. Tiba-tiba dia stop, mak dia cakap ada orang tengah snap gambar dia. “Abang hensem tu tengah amik gambar ko Leman”, dalam sayup-sayup aku terdengar ayat itu. Dalam kemaluan aku tersenyum.
    3. Dia usha ketat kat aku sambil cakap “Wartawan hiburan semua tak guna. Kau jaga-jaga, aku tau mana kau kerja”. Demit budak, tau la aku pakai baju batik. Terangan gomen bak kata Encik Adda Ashar.
    4. Dia menyorokkan diri dari aku di celah rimbunan bunga. Mungkin dia malu dan insaf dengan perbuatannya yang lampau.

    Aha, tau kau takut kan. Setelah si ayahya settle nak check-out, budak ni slow-slow serahkan beg kepada ayahnya. Walhal sebelum tu ko punya la nak pegang kan, ko tamak kan budak kecik??? _MG_6165

    Apapun perubahan sikap budak itu adalah positif. Berkat gaya snap-like-Apad aku tu, dia berubah menjadi insan yang lebih mulia. Sebenarnya, bukanlah tindakan aku yang mampu mengubah budak ini menjadi lebih baik. Ini semua bergantung kepada usaha budak itu sendiri untuk mengubah dirinya.

    Untuk budak itu, kau cemerlang.

    March 15, 2010

    : pengalaman ngeri di lorong motor

    Pernahkah anda menggunakan lorong motor??
    Ketika hujan lebat dan keadaan jalan yang licin???

    Lorong motor tersebut muat2 je kereta anda.
    Apa??
    KERETA????

    Sabtu lepas, dengan mulut yang masih berbius aku telah memfollowkan diri ke Putrajaya. Tujuan untuk mendapatkan sign Wali Band. Apapun ini semua bukan salah aku, walaupun aku awal2 dah perasan itu lorong motor. Tapi sebab aku tak tau jalan ke sana aku terpaksa la ikut gak la. Memandai kang, sesat lak aku kan.

    Ini semua salah Viva Putih itu!!!

    Ni aku nak story macam mana ngerinya drive kereta kat lorong motor tu. Dah la jalan sempit, muat2 je kereta aku tau. Sempit tu 1 hal, lagi jalan basah licin membuatkan aku terpaksa drive dengan extra hati2. Silap sikit, habis la sport rim baru aku tu langgar divider. Aku ulang, sport rim baru ye.

    Tapi itu tak cukup ngeri. Sebenarnya bagi aku yang paling mengerikan ialah….

    ketika….

    aku nak keluar dari lorong motor itu….

    Dandan je lak kereta banyak lalu masa tu. Tak dapat la aku bayangkan macam mana la diorang gelak tengok kereta aku. Dang, kata hatiku. Nasib baik aku sempat tutup muka, kalau tak sempat malu lagi la aku.

    Oh, sungguh ngeri….

    Ini semua salah Viva Putih itu!!!

    p/s: bukan pemandu nya ye…..huhu….

    March 12, 2010

    : capo is going retro

    Lama dah rasanya tak tukar template ni. Last sekali tukar tahun lepas theme biru gambar matahari tu. Sampaikan ada orang gelak aku la. Ini pun aku tukar lepas baca entry dari Mari Bina Blog dan Farenova. Kredit untuk diorang yang bukak topik pasal theme yang mesra SEO ni. Kalau nak baca lebih lanjut sila layari blog diorg k.

    Sebenarnya aku dan kopius nak memilih theme yang mana 1. Satu lagi theme telah aku park kan di blog trial aku di capotrial.blogspot.com. Rasa macam nak buat poll, theme mana lagi sesuai. Tapi takde hadiah, ada ke yang sudi jawab. So, sape2 yang nak bagi pendapatan ke atau pemandangan ke pasal theme baru aku ni dengan theme lagi 1 boleh la komen ye. TQ banyak2.

    March 10, 2010

    : bowling itu bowling chenta

    IMG_5043
    Ini bukan aksi strike ye, spare je pun time ni. Tapi celebration haruslah over gitu. Awww, tak rela I tau…

    Malam jumaat lepas, pejabat aku meneruskan aktiviti sukan UPTM 2010 dengan acara bowling. Hajat hati memanglah besar nak menang acara ni. Tapi nak buat macam mana, aku yang tak teror ni pun dapat point paling highest dalam kumpulan *blushing*. Malunya puji diri sendiri. Huhuhu.

    Resultnya, team aku ‘Print Screen’ berjaya mendapat tempat kedua dan aku tempat keenam individu.

    p/s : Nama2 kumpulan tu aku yang cadangkan. Print Screen, Num Lock, Page Up dan Backspace. Tapi nama Backspace digantikan dengan Caps Lock.