February 26, 2010

: mengapa dirindu - saloma

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu


**************************************

Entah kenapa lagu ni asyik bermain2 di kepala aku sejak 2 3 minggu ni. Sampaikan masa sesi perkenalan diri Kursus Semangat Kerja Berpasukan pun aku nyanyi lagu ni. Satu-satunya orang muda yang nyanyi lagu lama. Apapun layaaaaan siot lagu ni….

February 22, 2010

: i’m your light

I am your light
light of joy
light of life
light of forgiveness
light of hope
light of the future

And because I am your light
I cast you shadow
shadow of sorrow
shadow of regret
shadow of sorry
shadow of doubt
shadow of your past

I am Azlan Jackson : The Lighter Thief

: mari bina semangat kerja berpasukan

Aku akan ke kursus Semangat Kerja Berpasukan kat Rumah Peranginan Kerajaan Negeri di Port Dickson mulai hari ini hingga Rabu.

Semangat Kerja Berpasukan??
Rumah Peranginan??

Demmit.

February 14, 2010

: sekitar pertunangan aku

13hb Februari 2010, genap setahun selepas menjalani valentine yang hangat, aku secara rasmi menjadi tunangan orang. Tak tahu la nak taip apa, aku tepek je la gambar ek?? Zaimah dah post awal2 cerita aku tunang ni mengalahkan tuan punya badan lak.

Hantaran akuhantaran l
Hantaran ‘dia
hantaran p

cioman pipi dari seorang uwan…jgn lebey2…hehe..
DSC_6376

ha, nampak tu cincin…jangan berani2 sound budak opis aku kat dalam lif ye…kalau brani sound la depan2..ahaksDSC_6406DSC_6460 DSC_6509DSC_6488 DSC_6494 DSC_6486 DSC_6511 DSC_6512

DSC_6518

antara fellow bloggers yang hadir, Churalliya dan Viruspadu
DSC_6525DSC_6524
Bakal saya punya ‘kepit’, Nurazizan Karimi
DSC_6562

Macam tu la sket2 gambarnya, agak mengejutkan bagi semua officemate kami memandangkan kami berjaya cover line dengan amat cemerlang.

Ini pose yang paling aku suka, tak tahu la 'dia' suka ke tak. Betul2 pengaruh Wonderpets la. Yunk, sila respond suka ke tak??

I want nobody, nobody…
DSC_6482

But you..
DSC_6478

Sebelum terlewat biar la aku intro tunang aku ye. Nama 'dia' Hadibah Harun. 1 daerah, 1 negeri, 1 Malaysia dan paling secret 1 pejabat. Huhuhu. Ada sesape F41 nak transfer suka suki dengan aku??

p.s : credit to Apad (or Ah Pat according to emak 'dia' ) for lovely pic and lovely price....

February 10, 2010

: unlike others

When I first met them
They’re all filled with sorrow
Swim in the sea of tears
Laugh while crying heavily inside
The same goes to you

They always said
About how much they want to die
Yet they try so hard to live
After they met me
The same goes to you

I’m not neither their heroes nor their saviour
I’m just a perfect stranger
Who happen to meet them and fell for them
And then leave me behind
Will the same goes to you?

Unlike others
I want you to stay
With me
Forever
Or else
just stay a little bit longer.

February 7, 2010

: dulu dan semalam

Semalam aku lihat tubuh kau kaku
pucat dan lesu
najismu orang bersih dan sapu
tak pernah dulu
terbaring mandimu

Dulu kau bangga wajahmu
penuh emosi, memujuk rayu
padahal semua tipu

Dulu kau bangga kekuatanmu
otot kekar sandaran gadis bertamu
itu aset dan modal katamu

Dulu kau bangga dengan ayatmu
aku dan kau sama pemburu
jenis yang sama menghidu bau

Semalam aku lihat tubuh kau kaku
aku tahu kau tunggu aku
akhir kita sama walau matimu dulu
kita kan sekutu
hidup berkalang noda dan nafsu

February 4, 2010

: projek pertanian aku

Mana je la aku pergi lama tak update blog ni kan? Bukannya apa, sekarang ni aku sedang sibuk mengusahakan projek pertanian aku. Jadi banyak la persediaan yang aku kena prepare sebelum boleh memulakan projek aku tu. Sebab itulah aku dah jarang update blog ni. Pada sesiapa yang biasa tengok aku 24jam online macam takde keje lain, sekarang korang dah boleh start merindui aku.

Aku taknak la citer panjang2 pasal projek aku tu, nanti korang bosan pulak. Aku cuma nak tepek gambar2 apa yang telah diusahakan setakat ini.

for him
Ini untuk bakal pengusaha ladang yang berjaya

for her

Ini untuk bakal ladang yang subur.


Korang jangan risau, hari perasmian ladang itu nanti aku jemput korang datang ye. Insyallah ada makan2. Huhu.

Ja ne!!