January 7, 2010

: semalam ialah semalam

Semalam ialah esok bagi sehari sebelum semalam. Apa yang di fikiran saat membuka mata?

Ada yang bangun dengan semangat. Memikir sesuatu dengan senyuman.
Ada yang bermalas-malasan. Mengulang rutin yang takkan selesai.

Apa di fikiran saat memejam mata?

Ada yang mengenang kisah lalu. Penuh kekesalan dan penafian mungkin juga kemanisan.
Ada yang mencongak masa depan. Hitam putih kehidupan sendiri menentukan.

Semalam ialah semalam. Tiada kuasa yang mampu mengubah apa yang terjadi semalam. Kebodohan, keterlanjuran, kenaifan dijadikan iktibar dan pengajaran. Itu yang terbaik mengenai semalam. Supaya esok tidak diulang semula.

Esok mungkin semalam bagi lusa. Asal hayat ada, esok juga masih ada.

Apa yang menarik mengenai esok ialah ia penuh dengan kemungkinan. Perancangan rapi boleh dibuat tapi hasilnya mungkin tidak seperti dijangka.

Semalam, esok, lusa corak yang diatur tuhan untuk sesuatu.

Bertindak seperti dirancang. Terima kasih pada semalam, keranamu aku menemukan erti esok dan lusa.

1 comment: