January 4, 2010

: catatan panjang weekend lalu

Malam Tahun Baru, lepak2 sama budak praktikal (b). Kena titik 2 frame ngan Ah Beng. Giler la ko Beng tak bagi can kan brader ko ni. Pastu lepak makan kat Taipan sambil layan shisha. Terasa muda lak lepak ngan adik2.

Balik rumah, sambung layang gitar. Nanti aku intro gitar baru aku ek. Praktis lagu Yesterday sampai jam 3 pagi. Oh susahnya mau main sebijik macam Beatles. Takpe, motivasi tu kalau susah.

Sabtu pagi bangun awal. Dalam jam 7 pagi aku dah bangun. Gila rabak la mata. Takpe, semangat nak anta Anis punya pasal. Pasni takde la sape nak masak sambal pedas2 lagi. Yang Anis masak je sesuai dengan selera aku setakat ni.

Sampai di Sri Iskandar jam 12 lebih. Makan2 dulu, perut dah lapar sangat. Nasib baik tak masuk angin, kalau tak makin kembung la aku.

Lepas Sri Iskandar, kami ke Teluk Intan. Ziarah Mak Long yang kena potong jarinya sebab kencing manis. Kesian tengok dia, makin kurus. Dah slim macam zaman dia ratu kebaya dulu. Moral, masa muda jangan tak jaga makan dan kena selalu bersenam.

Malam kami tidur rumah Opah. Tengok rumah Pakcik dan makin besar. Barulah sesuai dengan statusnya sebagai jutawan kelapa Sabak Bernam. Bangga gak aku sebab ada dalam keluarga aku jutawan.

Ahad, kami bertolak ke arah jalan pulang. nanti mau singgah rumah Bob Adi, ambil kad kahwin dan juga pergi kenduri Hasanol Hadi dan Ellina.

OTW dari rumah Bob, ada la satu Wira ni cuba potong aku kat lorong sempit. Dah la jalan tu depan rumah orang kenduri kahwin. Bila RELA tu suruh dia reverse, Wira sengal ni reverse sampai ciom kereta aku. Habis bumper aku. Takmau borak banyak (sebab mamat tu macam masuk air je) aku buat report polis lepas kenduri Hasanol. Padan muka driver Wira tu. Report pun dia kena saman. Tapi masalah pulak aku nak pergi amik salinan report tu. Tunggu next week la cuti panjang.

Dalam jam 2, sampai rumah Angah kat Pandan. Baring, baca komik dan terlelap. Sampai la jam 5, aku bertolak balik.

Dah sampai Seremban ingatkan dapat rehat. Ayah suggest kami lepak Pak Asan Sup Power (nanti aku intro kedai ni yek). Tapau makanan baru kami sampai rumah.

Home sweet home, finally i'm bad back. Macam mana letihnya aku menulis ni macam tu la badan aku. Oh me, i'm so old. Kena kahwin cepat la nampaknya. Huhu.

Malam sambung praktis gitar lagi. Juga sampai pagi.

4 comments: