December 31, 2009
December 30, 2009
+ training@taipan 2 +
Sambungan dari entry lepas…
Lepas je training untuk hari Isnin, kami bertolak ke Summit untuk check-in. Lama menunggu membuatkan naluri modelling kami semua meningkat. Banyak sesi snap kami di sini.![]()
Sebelah malam takde training. Maka aku terpaksa la pergi bersiar2 (terpaksa la sangat) bersama anggota Operasi yang lain. Sampai di Pyramid, aku beli tiket wayang. Aku, Churalliya dan VP tengok Sherlock Holmes. Fauzie, Awie, Apiz dan Sal tengok Avatar 3D. Kebetulan waktu tanyangan sama.
Sementara menuggu waktu tayangan, para ibu2 mengambil kesempatan untuk windows shopping manakala kami bujang senang sekalian menghabiskan masa dengan riadah di pusat snuker.
Gaya champion kan?? 2 frame tu aku titik diorang. Selamat duit aku takyah bayar table. Huhu.
Lepas menonoton wayang, aku terjumpa kiosk ni. tempat charge bateri. Wah, canggihnya!!! Aku pun snap la kiosk tersebut untuk kenang2an.
Esok training bersambung lagi. Dengan rajinnnya kami semua bangun awal untuk sarapan. Tak sangka En. Adam akan buat kuiz di akhir kelas. Siap hadiah yang lumayan tau.
Nasib la aku memang cemerlang orangnya. 2 tugasan En. Adam berjaya aku siapkan dengan tepat dan pantas. Itu syarat untuk menang tau. Senyap2 je aku menang. Tak perlu bising2. Huhuhu..
Hadiah pertama…….Parker pen
Hadiah kedua….aik aku lagi…Bit Defender 2009..Huhu…
Begitulah aku berjaya sekali menamatkan training terakhir aku untuk 2009 dengan warna berterbangan. Kalau keperluan minima setahun training ialah 7 hari aku berjaya lebih 27 hari je. Lebih sasaran, aku memang mantop…
December 28, 2009
+ training@taipan +
Plan asal nak g KL semalam, tapi aktiviti mengecutkan telur di A' Famosa Resort semalam tamat lewat. Badan pun letih, so aku decide gerak pagi ni je la.
Sampai awal, kami semua breakfast kat mapley (pilihan gadis2) USJ17. Oh ye, kami 9 orang (minus Apit) dari Operasi menghadiri training ni. Kesian kat Apit, last minit tak dapat pergi. Nanti aku suh budak2 ni makankan untuk ko ye. Huhuhu
Lunch kami di bawah tempat training je. BBQ Chicken dengan resipi Korea. Lazat, bakal menjadi antara restoran favorite aku. Hot Hot Chicken ye pada sesape yang nak try.
Atas setiap meja kami dibekalkan dengan sebuah kotak yg cantik. Sebab cantik sayang lak rasanya nak bukak walaupun dah tau isinya.
Ok lah mau sambung training. Nanti korang tuduh aku tak serius lak dalam pekerjaan. Meh sini tengok bukti yang aku serius.
December 24, 2009
+ penambahbaikan blog ini +
1. Floating Shoutmix
Nampak tak gambar yang bertulis ‘PESAN’ kat belah kanan atas? Rujuk gambar di bawah
Aku amik code dia kat Blogger Tune-Up.
2. Floating Back To Top & Home icon
Kedua2 icon ni berfungsi untuk membantu anda dalam navigasi blog ini.
Sila ke blog ini Mari-Bina-Blog untuk tengok coding nya ye.
3. Floating Nuffnang Ad
Code ini juga aku ambil dari Mari-Bina-Blog. Terletak di bawah kiri jadi bila anda scroll tu anda tetap boleh nampak iklan ni mengikut jugak ke bawah. Jangan risau, tiada paksaan untuk klik ;-).
Blogger-Tune-Up
Mari-Bina-Blog
Buat masa ni, aku tak sempat lagi nak godek2. So, aku just amik apa yg ada je. Nanti kalau ada masa, baru aku tukar versi aku pulak ye.
December 23, 2009
+ hey jude +
Take a sad song and make it better
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better
You were made to go out and get her
The minute you let her under your skin
Then you begin to make it better
And any time you feel the pain, Hey Jude, refrain
Don't carry the world upon your shoulders
For well you know that it's a fool who plays it cool
By making his world a little colder
Na na na na na
na na na na
Hey Jude don't let me down
You have found her now go and get her
Remember to let her into your heart
Then you can start to make it better
So let it out and let it in
Hey Jude begin
You're waiting for someone to perform with
And don't you know that it's just you
Hey Jude you'll do
The movement you need is on your shoulder
Na na na na na
na na na na Yeah
Hey Jude don't make it bad
Take a sad song and make it better
Remember to let her under your skin
Then you'll begin to make it better
Better, better, better, better, better, Yeah,Yeah,Yeah
Na Na Na Na Na Na Na
Na Na Na Na, Hey Jude!
( 16 times till fade out)
December 22, 2009
+ lenakan aku seketika +
aku letih melihat manusia
yang suka menyeksa
saudara sebangsa
saudara seugama
Kekadang
aku letih membuat dosa
seharian di depan peti kaca
boleh membawa
jalan ke neraka
Kekadang
aku letih mendengar cerca
bercampur fitnah dan adu domba
salahkah aku untuk gembira
masing-masing kan punya cara
Kekadang
aku letih dengan mereka
bila tidak diberi, dipinta
bila diberi, tak cukup pula
bila senyap semua meneka
Selalu
aku letih meminta
bukan untuk kaya
aku cuma ingin bahagia
bukankah itu mahu kau juga?
Cuma
sekali ini aku pinta
lenakan aku seketika
aku dah letih dengan dunia
dengan dosa dan manusia
Namun
Jika takdirMu untuk selamanya
aku rela
aku redha
aku sedia
December 20, 2009
+ south crossing journey +
Sekali kami sampai awal da. Konon2 mau tunggu sanding kami try la untuk lepak di Kluang Rail Coffe ni kat stesyen KTM Kluang. Nampak tak kerusi kosong belakang gambar adik aku tu?? Itu tandanya kedai tutup.
”Boleeeey la”, kedengaran suara komen Churalliya di situ.
Jemput Anis di Mid Valley dulu, sebelum meneruskan perjalanan untuk agenda ketiga.
December 18, 2009
+ sihatnya ke genting +
Bertolak pada 15hb Dis sepatutnya pada jam 10 pagi, tapi terlajak hingga ke jam 11.30. Panas pulak tu tapi masih sempat untuk pose.
Sebelum sampai ke Genting kami singgah lunch di Restoran Berputar, Menara KL. Alhamdulillah, kenyang perut kami di situ. Sempat la menikmati pemandangan Kuala Lumpur secara keseluruhan memandangkan 1 jam kami di sana.
Mangai sayup je KL. Terasa macam Superman pulak bila kat atas ni. (Sila rujuk Hikayat Sang Superman 1 dan 2 ye).
Malam pula dipenuhi acara karaoke beramai2.
Mesti korang tertanya2, taklimat apakah ini?? Asyik liburan sahaja. Sengaja aku tak masukkan agenda2 ilmiah untuk mengelakkan aku kebosanan menulisnya.
Sekian, jumpa lagi di bahagian kedua ye!!!
p/s : gambar ditaja oleh Viruspadu dan Churalliya.
December 13, 2009
+ esok ku ke genting +
akan menginap di First World. Macam ni kot rupanya. Huhuhu….
p/s : entry lepas modem aku ok. 2 ari tu tak dpt online..
December 10, 2009
+ amateur make (love) over +
December 6, 2009
+ panggilan (rindu ek?) +
| Masa | : | 05.21 petang |
| Tarikh | : | 06/12/2009 (Ahad) |
| Dari | : | Azira |
| Nombor HP | : | No mak dia da… |
| Motif | : | Tiada |
| Catatan | : | Tiada |
December 5, 2009
+ the 'alang's wedding' saga +
Bermula dengan pertunangan, akad nikah di Pandan Indah, persandingan di Kok Lanas dan berakhir dengan majlis walimatul urus di rumah aku, Taman Dusun Setia.
Beberapa bulan sebelum majlis mak dah sibuk2. Aku baru je start sibuk 2 minggu lepas, mengemas rumah, jadi driver, tolong makan. Sebab tu aku tak update blog ni.
Khamis malam ada kenduri doa selamat kat rumah aku. Seingat aku inilah kenduri pertama yang famili aku anjurkan. Memecah rekod kebangsaan betul. Thanx pada tetamu yang datang, especially budak2 opis dan praktikal aku.
Wedding day kira kenduri kedua famili kami. Nasib baik la aku pun menjemput orang gak. Kalau tak, lagi sikit orang datang. Nanti majlis aku, taknak la sub kat ayah aku handle jemputan. Biar aku buat sendiri, baru feel kan. Thanx kepada sayangku Mimi-kun yang bawak parents datang. Makin kurus ayah kau, sama dengan ayah aku. kau je makin subur. Hehehe.
Antara perkara menarik (korang tak jumpa kat majlis lain kot) adalah sound system dan pakaian tuan rumah.
p/s: Pada yang tak sempat dijemput aku minta maaf. Juga mohon maaf sekiranya layanan kurang memuaskan.
