December 30, 2009

+ training@taipan 2 +

Sambungan dari entry lepas…

Lepas je training untuk hari Isnin, kami bertolak ke Summit untuk check-in. Lama menunggu membuatkan naluri modelling kami semua meningkat. Banyak sesi snap kami di sini.IMG_1605

Wah, teropong kain bunga2 Churalliya. Ye aku sungguh gayat dengan kain beliau.

Sebelah malam takde training. Maka aku terpaksa la pergi bersiar2 (terpaksa la sangat) bersama anggota Operasi yang lain. Sampai di Pyramid, aku beli tiket wayang. Aku, Churalliya dan VP tengok Sherlock Holmes. Fauzie, Awie, Apiz dan Sal tengok Avatar 3D. Kebetulan waktu tanyangan sama.

Sementara menuggu waktu tayangan, para ibu2 mengambil kesempatan untuk windows shopping manakala kami bujang senang sekalian menghabiskan masa dengan riadah di pusat snuker.

DSCN2247

Gaya champion kan?? 2 frame tu aku titik diorang. Selamat duit aku takyah bayar table. Huhu.PC290004 Lepas menonoton wayang, aku terjumpa kiosk ni. tempat charge bateri. Wah, canggihnya!!! Aku pun snap la kiosk tersebut untuk kenang2an.

Esok training bersambung lagi. Dengan rajinnnya kami semua bangun awal untuk sarapan. Tak sangka En. Adam akan buat kuiz di akhir kelas. Siap hadiah yang lumayan tau.

Nasib la aku memang cemerlang orangnya. 2 tugasan En. Adam berjaya aku siapkan dengan tepat dan pantas. Itu syarat untuk menang tau. Senyap2 je aku menang. Tak perlu bising2. Huhuhu..IMG_1619 Hadiah pertama…….Parker pen

IMG_1622Hadiah kedua….aik aku lagi…Bit Defender 2009..Huhu…

Begitulah aku berjaya sekali menamatkan training terakhir aku untuk 2009 dengan warna berterbangan. Kalau keperluan minima setahun training ialah 7 hari aku berjaya lebih 27 hari je. Lebih sasaran, aku memang mantop…

No comments:

Post a Comment