December 10, 2009

+ amateur make (love) over +

Petang tadi, time semua orang sibuk2 pasal start rating, terdengar la pasal si Faizal nak make up Nurul. Sebagai pelakon terbaek Asia Tenggara, aku pun pura2 pandai ilmu make2 up ni. Objektif, mau try touch up orang. Asyik tengok orang buat je, kali ni aku nak try sendiri buat sesuatu yang kaum hawa suka habiskan masa lama2 semata2 untuk nampak cantik.

Maka dengan segera aku mendapatkan khidmat Churalliya selaku mak tiri aku. Aku pinjam eye liner, eye shadow dan blusher dia. Bahan dah ada, tapi ilmu tak ada. Dengan kesempatan yang tak seberapa aku menuntut ilmu make up dari Churalliya. Orait pass.

Lengkap persediaan, aku mulakan proses make over aku ke atas Nurul. Mula2 si Nurul pakai foundation Safi dan bedak Silkywhite. Aku lupa lak kena belajar ni sekali. Apa nak buat, Churalliya dah lama balik. Lepas tu baru aku mulakan aksi.

Jenama Estee Lauder menjadi pilihan aku untuk eye shadow dengan penggunaan warna cerah campuran cinnamon, berry ice dan pale moon. Seterusnya aku menggunakan eye liner Silkygirl dari siri Funky Eyelights. Juga menggunakan kombinasi 2 warna iaitu Sky Blue dan Candy Pink.

Seterusnya aku menggunakan Lash Prism dari Silkycosmetic untuk melentikkan dan melebatkan bulu mata Nurul yang jarang.

Seterusnya, untuk menaikkan pipi Nurul yang agak 'naik' itu, aku menggunakan gabungan Soft Shimmer Bronzer dan Rosette dari Estee Lauder. Sebagai finishing aku menggunakan gincu IN2IT Sheer Shine dan Water Shine Gloss dari Maybelline.

Nak tengok hasilnya?? Meh jenguk.


Amacam?? Pandai tak aku?? Pasni Maura Anora takleh la cari makan lagi. Huhuhu...

Selepas ini Nurul akan di touch up oleh jurusolek UPTM, Faizal.

Hasilnya...Tadaaaa...

Beruntung sekali Nurul kerana berjaya mendapatkan khidmat 2 orang jurusolek yang hebat dalam masa 1 hari.

Anda suka solekan yang mana?? Sila AFundi.

3 comments:

  1. adehhh~~ abeh la aku..
    bungkuih ah pasnih T_T
    hahahahaha >.<

    ReplyDelete
  2. abis la ko maura...aku bukan je dah pandai buat smokey eyes, smokey ass pun aku dah pandai...hahaha...

    ReplyDelete
  3. haha.. yeay dah reti gne windows live! tq for ur suggestion! haha

    ReplyDelete