November 15, 2009

+ ole ole dari poco poco +

Wah, semangat betul aku pagi ni nak update blog. Maklumlah dah la bangun awal tunggu azan (weekend tu), siap2 untuk ke poco2 lagi. Plan lepas poco2 mau tennis satu lagi sessi dengan Apad.

Sampai2 je di Kompeks Paroi, acara dah start. Maka bersenam aerobik la aku. Ingat kena kencing dengan Nuyui, nasib dia cakap poco2 last sekali. Huhu.

Sedang asyik menari, aku pun tak lepaskan peluang untuk scan gadis2. Yeah, jumpa. Berbaju putih seluar yankee berjambul di depan. Menarik. Makin lama aku makin rapat. Bukan apa, aku nak mengelakkan sinaran mentari pagi yang membekalkan vitamin D. Panas dowh, berpeluh2 aku.

crowd yang hadir

Selesai acara, Apad call cakap court penuh.Dang, keciwa. Adik nak main buaian lak. Teman kan dia sambil tengok gadis tadi. Tak balik lagi.

Pastu adik nak tukar main alat2 senaman kat area futsal. Kebetulan lalu, aku singgah jap kat tempat gadis tu berborak.

"Assalamualaikum. Hai, saya Azlan", intro beb. 1st impression always important, remember gays, eh guys.

Pastu aku tak ingat ayat pe lagi. Yang penting aku menyatakan objektif untuk berkenalan. Ya sangat penting, jangan meleret2 ye untuk introduksi diri dan objektif.

Kak Zira tiba2 menyampuk, "Ha, baik la tu. Terus la tanya mak dia". Adoi la, datang ngan mak ke. Aku ingat akak dia. Kalau la aku tahu, mesti aku melakukan pembatalan sesi di situ. Sambil borak aku tanya nama gadis, Az*r* (rahsia buat masa ini).

Borak2 dulu ngan mak dia. Si gadis bertanya, "Kerja MPS ke?". Pastu terus sambung borak2 ngan mak dia tanya orang itu ini di MPS.

Last2 sebelum diorang balik, aku tanya lagi sekali. Mak dia bagi hint, "Nak tanya apa2, tanya la tuan punya badan".

Yeah dah dapat restu apa lagi. 1st tanya facebook dan emel. Takde?? Duduk gua ke?? dalam hati je la aku cakap kan. Terpaksa la aku mintak nombor tepon dia. Agak2 korang dapat tak?? Hehe..

Lepas je anta diorang kat kereta. Aku patah balik untuk tengok adik. Kak Zira tanya aku dapat ke tak? Aku senyum je sambil cakap tutup mulut, "Sekali emak dia da". Haha, dia pun gelak semacam sambil bagi tips2 untuk aku. Terbaek la kak, minggu depan kita jumpa lagi ;-).

Oh, tak sabar nak tunggu minggu depan. Mau jumpa Az*r* lagi. Sambil aku tulis, sambil aku senyum miang.

Petang mau ke Summit USJ, Rosin bakal membuat special appearance di situ. Jumpa di sana.

11 comments:

  1. den suka poco poco. b4 ni, hah..ape bende. macam sarkis je g poco2. sekali join time btn, nak tido pun poco2 dlu.

    ReplyDelete
  2. haha..mak pon ok ape.. bukan snang.. kol mak dlu, pastu mintak ank pulak.. ape susah..

    ReplyDelete
  3. Semangatnya orang Paroi dok aerobic pagi². Syabas!

    Jom Promote Your Blog Here: IMCurtain.com

    ReplyDelete
  4. cubaan yg berani bro!! aku ada kat situ.. hahahaha....

    ReplyDelete
  5. hmmm..da tgk da ayam lemon tuh..sos nk pekat, kn letak tpg jagung..nk tau lagik tang resepi tu, g http://hanamemories.blogspot.com/ cari under label ayam yek..kos xsampai $100pon aku wat..k gud laks!!! cik nab ko titon lah!!

    ReplyDelete
  6. hbz>>aha jgn main2 penangan poco2...hehe..utk kecergasan je kan...

    MIZZNISS>>sedang diuruskan..hihi..

    IMCurtain>>Org Paroi mmg concern pasal kesihatan ni...haih...

    churalliya>>xnampak pun ko, ko nyorok celah mana da??

    fmina08>>TQ TQ...akan dipertingkatkan lagi skill itu...bahan banyak lagi nih...huhu..

    ReplyDelete
  7. Banyak ko punya scan bro.. ada dapat x.

    "aku pun tak lepaskan peluang untuk scan gadis2www.pengeRindu.com"

    ReplyDelete
  8. Syalili, just a simple person>> TQ TQ

    Mr J>>xde la banya sgt ;-)...resources xcukup la...makcik2 je penuh...tapi hasilnya, memberangsangkan...huhu...

    ReplyDelete