November 5, 2009

+ hari persandingan alang +

Well, follow up dari acara akad nikah minggu lepas tentulah ada acara bersanding kan kalau ikut adat Melayu. Macam biasa buat la kat belah perempuan dulu. Orang cakap jangan bagi hilang seri.

Kebetulan orang rumah Alang berasal dari Kelantan, macam tau2 pulak N.Sembilan vs Kelantan nanti kat final Piala Malaysia. FYI, tempat bersanding belah perempuan ni kat area Kok Lanas. Kalau nak tanya arah kat area sini dan Kota Bharu, insyallah aku blh tunjukkan. Puas dah pusing2.

Kali ni rombongan menghantar pengantin hanya 3 buah kereta je (betul ke penjodoh bilangan aku tu??). Pak Ngah dan Pakcik tak dapat join sebab masalah negara. Tapi sebagai ganti jiran aku, Abang Atan dan Kak Fiza join. Kalau tak, alamatnya pok mok aku kelik sembe naik bah je (ayah dan mak aku balik Seremban naik bas je). Rajin kan aku translate untuk korang.


singgah makan nasi air....sorang 3 mangkuk...lauk 2x tambah...makan ke mencekik diorang nih??

alang kelihatan gugup diandam oleh 'pak andam'....kalau tengok dari side ni memang macam pompuan...awwww....

barisan kepimpinan yang teguh berdiri di belakang pengantin....pengapit instant tu...single, ada berminat???

kek pengantin....yang pasti pengantin sket pun tak jamah....makan kek lain kot....hehehe...

shopping2 di Wakaf Che Yeh, siang g Pasar Siti khadijah pulak

atuk cakap kereta ni dia guna as a prop masa shooting filem Detektif Zain dulu....untuk kepastian sila tanya beliau sendiri....



Sempat gak aku rakam aksi silat cekak pada hari bersejarah itu. Ada 1 part di mana yang perform adalah pasangan suami isteri OKU. Si suami mengalami kecacatan pada kaki kiri manakala si isteri mengalami sedikit masalah mental. Tapi orang kampung cakap diorang ni dah sampai tahap Mahaguru a.k.a Wira Tempur. Hebat kan???


No comments:

Post a Comment