November 3, 2009

+ capo is going 7 +

Di satu petang yang dingin, tiba2 aku telah membuat keputusan untuk menukar OS aku kepada Windows 7. Lantas aku pun membackup data2 dalam C: drive aku ke tempat yg lebih selamat. Sementara copy tu aku pun membuat countdown bermula 1/2 jam sebelum aku tukar OS.

Sebenarnya, aku dah try install kat laptop Anis awal bulan tu, then kat pc opis yang mempunyai spek yang rendah. yakin dengan kemampuan Windows 7 yang beroperasi dengan baik walaupun dipasang di PC yang lama akupun try la kat PC aku yang agak power ni.

Spek laptop Anis:
Prosesor:Intel Pentium 4 1.7
RAM:256mb DDR
Hard Disk:80Gb

Spek PC Opis:
Prosesor:Intel xxxx
RAM:512mb SDRAM
Hard Disk:xxxGb

Spek PC aku:
Prosesor:AMD Phenom 2.1Ghz
RAM:2Gb DDR2
Hard Disk:250Gb

Install pun tak lama tau. Hanya mengambil masa dalam +-20 minit je. Lepas sejam aku dah install macam2 program kegemaran aku.

1st thing yang aku suka Windows 7 ni sebab ada 'Snipping Tools'. Gunanya adalah untuk snapshot skrin seperti di bawah ni.

Siap2 je aku terus install KIS 2010 dulu meminjam kata2 hikmat Kassim Baba, "untuk perlindungan". Lagipun sia2 je la aku beli lesen untuk setahun kan kalau tak guna. Then terus je aku buat performance rating untuk tengok berapa score aku dapat. 4.9, ok la tu. 2 installation yang aku buat tu dapat rating 1.0 je, based on lowest subscore. Yang ni aku tak paham lagi kenapa amik lowest subscore, apsal tak amik purata ke.

Yang paling best bagi aku, takyah susah2 install driver. Semua dah siap. Aku rasa ini bergantung kepada PC anda sendiri. Kalau PC lama macam 2 installation yang aku buat sebelum ni, memang kena install driver. Maybe sebab Windows 7 tak recognise hardware yang lama2.

Tak sah kalau aku tak mempergunakan personalization secara maksima. Rugi je amik CS224 dulu kan. Ini lah themepack zune yang aku download. Baru sesuai dengan jiwa rock bawah tanah aku ni. Sesape yang familiar dengan Vista pasti kenal gadgets kat belah kanan tu kan.

Lagi 1 features yang aku suka dalam Windows 7 ni ialah 'Live Taskbar Preview'. Contoh ialah seperti di bawah. Bukan setakat preview je tapi ada juga disediakan beberapa kawalan untuk tetingkap itu.

Kat bawah ni snapshot untuk Paint ye. Improved from the previous version.

Lain aku belum explore lagi ye. Nanti ada masa aku try semua. Kalau y'all mau tengok apa yang baru boleh la klik link di bawah:
- Windows 7: What is Windows 7?
- Features new to Windows 7

Antara list program yang aku dah install dan so far takde masalah dijumpai. Cuma aku agak keciwa bilamana aku tak dapat install K-Lite Mega Codec 1.47 (versi tahun 2006) yang paling aku suka. Terpaksa la install 5.53 punya version yang tak bape best bagi aku (sebab tak boleh main RMVB file):

Yang lain macam Tweak UI, File Unlocker dan Ares aku tak sempat install lagi. Buat masa ni takde isu ataupun masalah bagi aku. Interface Windows Aero pun cantik dipandang mata. Ada sesapa dah guna Windows 7 ni tak?? Mari la share pengalaman anda di sini.

p/s:ini website yang aku selalu browse sebelum format pc filehippo.com, software latest2 semua boleh didownload di sini.

6 comments:

  1. yayyy!!! win7 rawkkk

    (dude,ym me for the catcheye thingy) ;)

    ReplyDelete
  2. ahah..jgn lupa bgtaw kat reader bro yg wallpaper bole ubah2...tu yg masyuk gak tuh.. hihi

    ReplyDelete
  3. Alinx>>Yeaay sgt rowksss..

    namiedagreat>>ok xlupa...sedang menulis utk best features win7 nih...nantikan ye....

    ReplyDelete
  4. ak ske dia ada screen capture tuh. penat2 ak donlod software kt intenet, last2 aku tgk ada kt win7.. wakaka

    ReplyDelete
  5. fiffy, nama rasmi nya ialah Windows Snipping Tools...sgt berguna...huhu...

    ReplyDelete