November 20, 2009

+ bukan angka itu yang ku mahu +

#Kes1 - Nilai Ringgit & Pasaran saham
Kalau kita baca paper or dengar berita di tv, selalu kita dengar statement macam ni:

'Nilai ringgit didapati kukuh berbanding dengan US Dollar'

ataupun macam ni:

'Indeks papan utama menunjukkan kenaikan xXXxx dan ditutup bercampur-campur'

lebih kurang macam tu la kan.

Tapi, apa gunanya berita seperti ini untuk rakyat biasa macam aku? Mungkin orang akan kata aku kira ok la kalau dengar. Mungkin ada guna, nak invest ke, beli saham ke kan. Betul, tapi macam mana lak dengan orang2 kampung. Agak2 korang diorang ni tahu tak apa maksudnya berita macam tu? Takpun korang sendiri tau ke maksudnya?

Sejak aku install Win7 ni, aku letakkan widget currency converter kat desktop aku. Bukan apa, aku just nak tengok ada berlaku perubahan ataupun tidak. Yes ada, dah 2minggu aku pantau, ringgit Malaysia ada menunjukkan peningkatan nilai kalau dibandingkan dengan USD. Tapi hari ni turun balik nilainya (rujuk gambar). Perubahan pun tak banyak, just ±0.01 je daily.


Ermmm, aku masih confuse kenapa kita masih dihidangkan berita nilai matawang ringgit ni. Aku rasa berita2 yang dihidangkan just untuk menipu rakyat je bahawa ekonomi bertambah baik. Sedangkan bagi rakyat kebanyakan macam aku, nilai kesusahan hidup seharian itu yang dirasa.

Harga barang makin mahal. Nak makan pun susah. Atuk aku orang felda, dah tua. Sekarang dah tak larat nak kerjakan ladang terpaksa upah orang. Berapa sangat la diorang dapat sebulan. Kadang2 teman atuk lepak kedai kopi, takde topik lain. Asyik pasal kewangan je. Anak nak sekolah, nak kahwin, makan, semua guna duit yang banyak. Yang mereka tahu nilai duit mereka semakin tak laku. Nasib baik la lepak tak kena caj banyak2. Korang jangan la salahkan mereka asyik lepak je, takde usaha nak majukan diri, takde simpanan. Bagi mereka ini cara mereka untuk release. Korang boleh la clubbing ke, shopping ke, tengok wayang ke kan.

Kalau kita perasan, semakin lama cukai2 yang dikenakan semakin naik. Ini lagilah menambah beban kepada golongan pertengahan ke bawah. Mungkin ini salah satu cara kerajaan untuk menambah pendapatan. Tapi kalau selalu je nak naikkan cukai, budak darjah 1 pun boleh buat. Takde idea lagi kreatif ke nak tambah pendapatan negara?

Monopoli kat Malaysia ni pun dah bertambah parah. Bukan game monopoli tu tau, tapi monopoli servis. Rakyat takde pilihan yang luas. Minda pun tertutup. Memang dasar penjajahan bentuk baru la. Contoh kita ambil Astro. Makin lama makin mahal dia caj. Kalau dah tahu tak mampu takyah la langgan. Tapi kalau tak subscribe, tak dapat siaran elok sebab orang kiri kanan dah pasang dish tu. TM tu, ada ke patut monopoli infra. Sah2 la competitor dia kena ayam2 je. Fair usage policy my a**.

Adoi la, membebel lak aku. Ini dah kira luahan perasaan ni. Nak tulis detail2, fakta2 yang berstatistik aku malas (plus tak rajin, ilmu tak cukup). Cukup la apa yang kamu semua rasa dengan keadaan ekonomi masing2.

Cukuplah, aku mahu jerit.

"WAKE UP, BIG GUYS!!!"
"BUKAN ANGKA ITU YANG KU MAHU!!!"

p/s : ramai2 jerit, barulah kedengaran.

7 comments:

  1. sbb tu aku tak pasang astro...adik aku bising suh pasang aku kata..pi letak kuali kat atas bunmbung...lebih dari astro leh dpt..he.he..

    ReplyDelete
  2. penting untuk org main forex kot. ataupun para usahawan.

    www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  3. sebab bank negara main forex
    boleh katekan semua bank kat malaysia ni terlibat ngan forex

    ReplyDelete
  4. alia>>yang penting dpt tgk nur kasih kan?? hehehe...

    Mr J, muyaqq>>Mungkin la...kena byk belajar lg nih...korang main ke forex ni???

    ReplyDelete
  5. hihihi.. aku main dulu pastu stop pastu start pastu stop .. dah Rm200 aku habis .. sebab main main terjah je. sekarang nak study dulu sebelum betul2.

    www.pengeRindu.com

    ReplyDelete
  6. pe barang RM200 bro...xstim la main...hahaha...pas study nih leh la invest puluh2 riban...baru masyuk...

    ReplyDelete