November 6, 2009

+ tuhan, biar aku lihat bulan lagi esok +

Di luar apartment 14 tingkat, kelihatan Halim tegak memerhati bulan. Sambil menghirup udara segar ibu kota dan asap maut Kent, sesekali matanya menjeling kedalam bilik. Di atas katilnya, di balik selimut itu, ada tubuh mungil yang pasti tanpa pakaian.

Halim kembali menatap bulan. Malam itu bulan penuh mengambang.

"Oh tuhan, biar aku lihat bulan lagi esok".

"Kalau aku masih bisa menatap bulan, aku sumpah aku akan mengubah hidupku menjadi insan lebih yang baik untukMu".

Halim berpaling ke dalam apabila mendengar desah nafas gadis itu. Terasa dirinya seperti dipanggil.

Halim kembali menatap bulan.

"Oh bulan, jangan kau biar aku lihat Tuhan lagi esok".

Halim membuang puntung Kent lalu masuk ke dalam bilik perlahan-lahan.

2 comments:

  1. encik capo..
    ni la blog br sy...

    ReplyDelete
  2. thanx chenta...

    biar aku lihat kamu lg ye ;-)....

    ReplyDelete