October 30, 2009

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : 26th Oct, the crowning day +

Tak dan nak copy macam Churailiya, mau info lanjut klik sini : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Semangat aku menunggu hari ini. Bukan semangat sebab penaung negeriku ini akan ditabalkan, tapi sebab nak pakai #1 dress yang 1st time aku pakai. Maybe yang last kot, sebab aku bukan 'Pegawai Takde Duit' yang banyak peluang nak pakai baju ni lagi.

Semangat punya pasal, kul 6.30 aku dah terpacak kat istana. Antara orang yang terawal la sampai. Kalah orang naik bas SUK tu. Niat di hati nak register kan untuk rombongan diraja Perlis. Senang la diorang nanti terus masuk dan duduk je. Tapi ada problem lak, seating diorang takde pulak. Penat la aku nak cari seat untuk diorang.

Mula-mula somebody bagitau aku, seating untuk rombongan diraja adalah free seating. Maka dengan tangkasnya, aku dan partner tagging seat untuk diorang ni. Kemudian dengan senang hati kami tunggu rombongan sampai dan usher mereka ke kerusi. Oh lupa, mereka ini ialah Dato' SUK Perlis dan Prof. Madya KUKUM.

Then, timbul problem lak ada orang claim itu seat dia. Nasib baik ada bantuan dari Perlis yang menyelamatkan keadaan. Phew, lega sket. Boleh la amik gambar puas2.

pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : 26th Oct
tolong jaga pintu dengan keris belum terhunus....

pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : 26th Oct
terpaksa dengan partner lagi, cemera dia la katakan....

pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : 26th Oct
hensem tak kami?? ada macam space cop gaban tak??
Serius letih hari ni. Dah la pakai baju ni, sangat panas wo. Peluh yang mengalir dari tubuh aku dah boleh buat goreng keropok lekor dah. Melimpah ruah macam hujan. Nasib baik la aku dapat tajaan wangian dari Mont Blanc. Kekal ayu gitu sampai ke petang, kalah Churailiya yang jaga banquet tu.

No comments:

Post a Comment