October 29, 2009

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : 25th oct, the clash of 2 kings +

Istiadat bersiram ini merupakan salah satu daripada tiga acara penting sebelum berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar. Acara pertama ialah Istiadat Pelantikan dan Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud yang berlangsungnya di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat bersiram yang bermula jam 10.35 pagi, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada sejauh kira-kira 500 meter dengan disusuli empat das tembakan meriam.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam di Panca Persada untuk penyempurnaan Istiadat Bersiram oleh orang Empat Istana dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda sebanyak tujuh kali.

Sebaik sahaja selesai pusingan ketujuh, Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram.

Tuanku Muhriz kemudiannya mencelupkan kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau berkenaan dan Datuk Seri Amar Diraja kemudiannya menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani.

Acara seterusnya diserikan lagi dengan persembahan pencal silat, tarian piring dan cak lempong lagu "Raja Bersiram'.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam semula diatas Takhta Rencana dan dihela menuju ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli buat kedua kalinya empat das tembakan meriam.

Istiadat bersiram diakhiri dengan majlis santapan tengahari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti..

(sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan)

Patutnya aku tak bertugas hari ni, sebab DYTM Raja Muda Perlis tak hadir untuk menyaksikan Adat Bersiram ni. Tapi sebab aku nak feel tengok dekat2, aku pun gerak ke istana bersama partner dan driver aku.

Kapter Nizar a.k.a roomate aku masa kursus tu minta tolong aku jadi usher untuk tetamu di khemah. Aku pun amik Farihah dan Sue jadi partner aku. Sekali lagi aku pening kepala sambil marah2 dalam hati sebab kekucar-kaciran yang berlaku. Kesian kat orang yang tagging kerusi kat khemah. Kalau nak buat free seating tak payah la suruh tagging kan. Tak logik tul la. Apa pun aku tetap buat kerja aku dengan tersenyum. Lagipun aku dah excuse, kul 10.30 aku gerak la balik Seremban. Aku jadi LO untuk Alang pulak nanti.


jam 11.30 aku sampai kat rumah. Mak aku dah gerak dulu, kunun mau cepat sampai. Tapi lambat gak, sebab nak pick up Amin dan Pakcik kat tol Sg. Besi. Dalam jam 1.30 kami sampai kat rumah Ayu, Pak Ngah aku lak sesat. Perut dah lapar, santap la dulu kan. Menu hari tu memang mantap. Masakan Kelantan la katakan. Ada kari daging, acar buah, ayam halia dan paling best kerabu kaki ayam (KKA).

Lepas santap, aku n Alang jemput Pak Ngah. Pastu terus gerak ke Masjid Pandan Indah untuk prepare Alang untuk majlis akad nanti.

Akhirnya acara akad pun dimulakan. Dengan sekali lafaz sah lah Alang jadi laki orang. Owg lupa nak mention, aku salah sorang yang sahkan tu taw. Hehehe.

Alang amik gambar tutup mata...tak sabar nak tunggu malam...

Terima Kasih diucapkan kepada YB Dato' Affendi Salleh dan keluarga kerana sudi mengikut rombongan kami...


5 comments:

  1. ini bukan sumber dari portal.. ini sumber dr churalliya aku.. aku ada tukar ayat, aku tau la..
    tahniah eh dpt cahaya mata..

    ReplyDelete
  2. hahaha...kantoi la pulak...cahaya mata apa pulak ni sue??

    ReplyDelete
  3. Tahniah dapat ipar *-*
    Tq, dari blog ini dapat ku cuci mata lihat abang kurus.

    ReplyDelete
  4. tq Syazila...berkat tq mu itu aku akan lebih paparkan gambar2 abg kurus di masa akan datang...hahaha...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete