October 29, 2009

+ pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar : the days before the big day +

Be careful of what you wishing for! Adoi la, selalu je aku bagi nasihat tu kat orang lain. Kali ni aku lak pakai balik. OK la kan. Sejak dilantik jadi Pegawai Perhubungan/Pegawai Pengiring/Balaci/Kuli dan ntah apa jawatan lagi la sempena pertabalan DYMM nanti, aku dah pasang angan2 nak jadi pengiring Raja2 masa pertabalan nanti. Semua gara-gara tayangan video pertabalan agong la ni, nampak stylo je brother pakai #1 dress tu. Aku pun nak stylo macam tu la.

Tapi realiti tak seindah mimpi, selepas berjaya menjadi LO untuk DYTM Raja Muda Perlis barulah aku tahu tugas aku hanya sampai di pintu luar sahaja. Cis, tak dapat la Discovery Channel menayangkan wajah cute aku nih. Kecewa diorang tau. Aku pun kecewa gak. Tak dapat keluar TV.

Sejak hari pertama rehearsal 2 minggu lepas, aku dah nampak suasana kelam kabut yang menyelebungi persiapan majlis ini. Bapak serabut, semua orang nak jadi ketua. Asykar, Istana dan Seketariat sendiri. Jadi la kami ni (LO2) bahan pelepas nafsu amarah beberapa pihak. Nasib baik la tak melampau sangat, so aku boleh tahan lagi la. Kalau tak, keluar la bahasa sopan aku di khalayak umum. Kantoi kuat melawan. Hahaha.

Maka berkampung lah aku di sana. Katanya buat meeting, tapi chatting je. Katanya nak rehearsal, tapi buat tayangan umum or buat kena marah je tengah panas. Tak kuasa aku nak layan orang macam ni.

Sebab suasana dah cukup memeningkan, aku buat keputusan tak mau ikut pening sekali. Baik aku enjoy buat keje aku sambil kenal2 kawan baru. Nasib la partner aku OK, kalau skema mampus aku.

Banyak gambar aku snap tau, sebagai kenangan (takkan nak cakap gayat lak kan). Marilah tengok, jangan malu-malu ye nak puji. Ni sebahagian je yang ada kat aku, nanti aku copy kat camera orang lain lak. Barulah meriah kehidupan.

makan2 sebelum kena marah

tempat DYTM bakal bersemayam

fitting #1 dress kat umah K, dayang istana sedang masak cekodok kangkung


partner aku...mantapp...


Azlan the impostor: Mempergunakan nama aku untuk mencuri partner aku....Terangan kantoi....hehe....


Barisan LO kaki pukul berhaluan kiri diketuai oleh Miza....




No comments:

Post a Comment