October 20, 2009

+ lorong gelap itu +

Perlahan-lahan aku susuri lorong gelap itu. Lorong yang sudah ku kenal mana lubang tikusnya, mana lopak airnya.

Dulu aku sering ke sini, mencari teman semalaman pemuas nafsu. Masih aku ingat lagi nama-nama gadis kegemaranku. Ming dari China, Svetlana dari Russia dan siapa itu, gadis kecil molek dari Filipina.

Tapi itu dulu, masa ekonomi kukuh. Berbekalkan habuan-habuan kontrak kelas F yang mudah diperolehi, bekalan gadis-gadis tempatan dan antarabangsa bukan perkara yang susah bagiku. Selepas aku hilang jawatan sebagai ketua cawangan, kantungku makin kurang. Lambaian gadis-gadis mengantar keretaku pulang juga semakin tiada.

Kini aku menyusuri lorong gelap itu. Perlahan tapi pasti, ada lelaki jalang akan memberhentikan kereta dan menurunkan tingkapnya.

No comments:

Post a Comment