September 12, 2009

+ kehilangan abang nizam +

Isnin lalu, ketika di pejabat aku menerima panggilan dari ayahku. "Along, Abang Nizam kau meninggal pagi tadi. Siap la, kita nak pergi ziarah". Tiba-tiba aku terus sedih. Sempat juga aku mengisi borang keluar dan memohon cuti untuk keesokan harinya.

Arwah ialah sepupu aku yang kedua paling tua dan merupakan sepupu aku yang paling besar saiznya. Tak banyak kenangan aku dengan dia kerana kami jarang berjumpa. Yang paling aku ingat ialah peristiwa arwah mematahkan tangga kayu di rumah Opah.

Aku sampai di Teluk Intan pada jam 3 petang, terus ke tanah perkuburan. Selepas menunggu dalam lebih kurang 20 minit jenazah sampai dari masjid. Aku hanya memerhati jenazah diangkat dan dikebumikan. Tak terdaya rasanya nak membantu, terasa lemah kaki aku ini. Tak tahu kenapa.

Pulang dari tanah perkuburan baru aku tahu punca kematian arwah. Demam campak disusuli 2 kali strok dan sehari di ICU. Agak menakutkan bagi aku.

Aku balik Seremban malam itu juga atas permintaan parent aku. Sempat tidur di rumah Pak Andak. Kalau tak tidur tu mau pengsan aku on the road.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment