September 12, 2009

+ in all honesty, there's always a lie +

Sham dan Niza memilih untuk shopping raya di Mid Valley tahun ini. Sambil berpimpin tangan mereka masuk dari satu kedai ke kedai yang lain. Nampak mesra sambil bergurau dan bertepuk tampar. Sekali pandang macam pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan.

Tiba-tiba mereka terserempak dengan Ayuni, skandal lama Sham. Ayuni yang masih menyimpan perasaan terhadap Sham menunjukkan muka terkejut. Sham pula kelihatan serba-salah dan bersalah.

Selepas Sham memperkenalkan Ayuni dan Niza. Ayuni memberanikan diri untuk bertanyakan status mereka berdua.

"Sham, ni girlfriend you ek??" tanya Ayuni.

Dengan serba salah Sham menjawab, "Ermmm, you nak jawapan jujur ke jawapan tipu??"

"Dua-dua I nak", balas Ayuni.

"Ok lah, secara jujurnya Niza ni kawan I", kata Sham sambil tersenyum. penuh pengertian.

Terdiam mereka sejenak.

"Secara tipunya, Niza ni kawan I", kali ini dengan wajah sedikit muram. Wajah Niza pun ikut muram.

Ayuni tak faham, semua pengunjung Mid Valley hari itu tak faham, satu dunia tak faham.

Yang faham hanya Sham, Niza dan Allah yang Maha Mengetahui.

2 comments:

  1. honesty is honesty and lie is lie, you cant combine

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..ghimau tumpang menyinggah.. ada masa ziarah la blog aku kat http://ghimau.blogspot.com..

    ReplyDelete