July 27, 2009

+ resipi ayam dengan sos lemon butter +

Mau kongsi sama kamu-kamu apa yang aku masak weekend aritu. Kalau rajin boleh cuba ye. Perlu diingat, bahan-bahan sangat mahal. Aku kira kos ada la dekat RM100.....

Bahan-bahan
Perap
Ayam ( Peha / dada) x 10
Tarragorn
Paprica
Ground Mustard
Garam
Ajinomoto

Celup
Tepung jagung
Telur x 1

Sos
Butter
Perahan lemon
Kulit lemon yang disagat
Bawang putih
Susu UHT
Bay leaf x 1

Cara-cara
1. Perap ayam bersama dengan segala bahan-bahan perap (sekurang2nya 4 jam sebelum dimasak)
2. Bancuh air dengan tepung jagung dan telur.
3. Celup ayam dengan campuran tepung jagung itu dan anda ada pilihan samada untuk goreng ataupun grill
4. Untuk penyediaan sos, panaskan butter dan tumis bawang putih hingga berbau harum
5. Campurkan susu UHT dengan lebihan campuran perap dan masukkan ke dalam kuali.
6. Apabila sudah mendidih, masukkan perahan lemon dan bay leaf.
7. Buang bay leaf apabila sudah masak.
Sorry, gambar tak fotogenik. Disnap ketika perut lapar. Lagipun aku kan tak rajin sangat ke dapur ni.

2 comments:

  1. wahhh~macam menarik... huhu... pos la mai sini sikit :P

    ReplyDelete
  2. xbley xbley....kena pos org nya skali..huhu...

    ReplyDelete