June 10, 2009

+ weekend nan lalu +

Sementara menunggu hujung minggu ini aku nak kongsi mengenai hujung minggu yang lalu.

Aku telah menghadiri 3 majlis perkahwinan.

1. Ayen Bancey a.k.a jiran setaman
2. Dilla, rakan sejak sekolah rendah merangkap bekas guru adik aku
3. Awe, kawan Alang. Alang jadi pengapit yang gabra lebih.

Sebab aku tak sempat jumpa Dilla kerana kononnya mengejar kenduri Awe di KL aku load la gambar ni sebagai bukti aku dah datang. Jangan jadi macam Mimi lak, sampai sekarang dia cakap aku tak datang tau. Padahal kita datang sama kan Dilla kan???


Nasib baik la ayah call Alang sebelum gerak ke KL. Kalau tak, penat je padahal kendurinya Ahad. So, Kami sekeluarga membeli-belah di Giant sahaja

Selepas kenduri Awe keesokkan harinya, kami telah singgah di Buy.Sell.Trade di Taman Melawati. Aku share gambar ni, manalah tau ada sesiapa pernah shop kat sini. Murah tak barang-barang kat sini???

Boleh tahan la barang yang ada. Aku berkenan 1 gitar ni, harga RM80 je. Kalau ada rezeki aku pergi lagi la. Mari lihat antara barang yang ada di sini.

Pintu masuk

Golf Set. Cabuk dah, tapi ada 1 titanium blade.

Gitar. Amp pun ada dijual di sini.

Laptop

Selain itu, ada lagi barang-barang macam set pinggan mangkuk, set memasak, barang plastik, handphone dan lain-lain lagi.

Ini pula, price list laptop yang sempat aku telek:-
- Lenovo S10 (RM1222)
- ASUS f6V (RM2888)
- ASUS x51RL (RM1499)
- Fujitsu V Series (RM1499)

Murah tak??? Kalau tak, sila lah jangan promote ye. Hehe...

1 comment:

  1. sila lah beli gitar yg hensem ye *wink wink*

    ReplyDelete