June 7, 2009

+ tips kekal jelita - cara membasuh gaya bebas +

Bahan-bahan:-
  1. Downy (pelbagai perisa)
  2. Vanish
  3. Berus sabut
  4. Besen
  5. Penyangkut baju (warna ikut suka)
  6. Pakaian kotor (pakaian pejabat adalah digalakkan)
Cara-cara:-
  1. Campurkan 3 penutup Vanish dan 1 penutup penuh Downy ke dalam besen
  2. Gaul hingga sebati. Untuk impak yang lebih maksima pastikan air paip sedang mengalir untuk menambah buih.
  3. Masukkan pakaian kotor anda. Pastikan semua entiti baju diliputi air.
  4. Biarkan selama sejam atau sejam setengah. Lebih dari itu amatlah tidak digalakkan.
  5. Selepas sejam, keluarkan pakaian yang berwarna cerah terlebih dahulu. Gunakan berus sabut untuk memberus bahagian yang mempunyai kesan daki seperti di tengkuk dan di lengan. Gunakan kuasa yang secukupnya berdasarkan kedegilan daki anda.
  6. Masukkan pakaian yang sudah diberus kedalam besen lain untuk tujuan pembilasan.
  7. Keluarkan pakaian yang berwarna gelap pula. Kalau anda berdaki sudah tentu ianya berdaki juga. Tetapi jangan risau, kerana kebanyakan daki akan terlindung kerana warna baju itu. Sental guna tangan ala-ala gadis di zaman Jepun yang membasuh di tebing sungai.
  8. Masukkan ke dalam besen.
  9. Mulakan proses pembilasan dengan mencelupkan pakaian anda kedalam besen baru itu. Perah hingga buih mula berkurangan dengan setiap perahan. Untuk memastikan pakaian anda halal untuk dibawa sembahyang, lalukan air paip ke seluruh pakaian anda untuk bilasan terakhir.
  10. Perah buat kali terakhir.
  11. Pegang kolar/bahagian pinggang pakaian anda dan kibaskan sebanyak 3 kali.
  12. Gantung pakaian tadi dengan menggunakan penyangkut baju.
  13. Ulang semula proses 9 hingga 12 sehingga selesai semua pakaian anda.
  14. Kemas semua peralatan yang anda gunakan. Bilas besen dan takung air bersih sekiranya perlu. Pastikan Downy, Vanish, berus baju disimpan di tempat yang selamat. Ini adalah tips keselamatan untuk mengelakkan anda dimarah oleh Mak/Isteri/Kakak tiri anda.
Peringatan:
Cara ini sesuai digunakan sekiranya anda seorang yang pemalas macam saya tetapi ingin kekal jelita di pejabat. Sesuai digunakan sekiranya anda ingin menjaga pakaian untuk jangka masa lama.

*Kredit to Gjan kerana ajarin aku mengenai cara membasuh ini.

No comments:

Post a Comment