June 24, 2009

+ tandas hikmah untuk gadis yang ayu +

Isnin lalu aku bergerak ke Melaka kerana mengurusetiakan satu program rasmi untuk Zon Selatan. Program apa? Anjuran siapa? Aku tak mau bagitau, kerana bukan itu yang ingi aku highlight di sini.

Bosan saje programnya. Kebetulan perutku merengek untuk dibuang isinya. Aku pun secara spontan menuju ke tandas berhampiran. Tapi aku tersilap besar, aku termasuk ke tandas perempuan. Nasib baik tiada sesiapa berhampiran. Phew.

Cantik tau tandas perempuan, sempat la aku snap sana sini. Kalau tak percaya sila lihat gambar yang sempat aku snap sebelum ada perempuan menjerit melihat aku di situ.

Bunga-bunga cinta di sinki hatiku.

Kerusi menunggu.Poutpuri (betul ke eja tu??)

Kata-kata hikmah yang boleh dihayati semasa melepaskan batuk di tangga.

Kedudukan kata-kata hikmah untuk rujukan di masa hadapan.
Sebenarnya banyak lagi aku nak snap. Tetapi jeritan gadis itu menyedarkan aku. Sebelum berlari keluar sambil menutup muka dengan kertas, aku sempat menoleh ke belakang. Wah, ada tempat kencing berdiri ek kat tandas perempuan? Misteri.

p/s: Mama, mama kita cari rumah yang ada toilet macam ni ek. Style kan???

2 comments:

  1. mama?
    papa?
    siapakah mama itu?
    di manakah papa?
    ahaksss

    ReplyDelete
  2. mama belum lahir...
    papa tunggu mama lahir...

    ReplyDelete