May 20, 2009

+ aku yang meluahkan perasaan +

Biasa je bagi aku, menjadi tong sampah ( bak kata cik yan) masalah kepada kawan-kawan. Dan biasa jugalah aku memberikan pendapat, buah fikiran, idea dan sebangainya. Normal la kan, kalau nak bagi pendapat ni seeloknya pendapat yang sejujurnya. Tak semestinya 100% betul apa yang kita rasa. Tapi peluang untuk berbicara dan membuka minda itu akan sentiasa ada.

Keep your environment nice and clean
Gambar hiasan...takde kena mengena dengan entry...
Tapi ada juga kes yang bila aku bagi pendapat dengan jujur (pasti) dan ikhlas (maybe), aku disalahanggap tak menyebelahi si pengadu. Tak banyak la kes macam ni, tapi still aku sakit hati. Bukan kena bayar pun kalau angkat tangan kan. Dah la kau mengadu kat aku. Aku mengaku la aku suka je nak dengar walaupun kadang-kadang aku takde idea pun nak tolong kau macam mana. Kaki sibuk kan, ala-ala makcik-makcik.

Kau tau tak, setiap kali ada orang luahkan masalah kat aku, aku terpaksa meyelami perasaan kau sedalam-dalamnya. Susah tau walaupun aku rasa tak menyusahkan aku. Let's say ambil contoh kau ada masalah dengan kawan kau. Aku kena selami dua-dua sekali. Kalau kau dah bagi alasan kau berdua sama-sama keras kepala, degil, aku nak buat camne lagi. Aku bagi suggestion suruh kau slow talk, kau tak nak. Itu asas penyelesaian konflik tau tak? Tak, kau tak tau. Bagi aku orang macam ni sengaja nak lari dari menyelesaikan masalah.

Sedangkan aku dan kawan-kawan lelaki aku ada sesi luahan dari hati ke hati. Berbincang baik-baik. Sepak terajang boleh je tapi dah selalu amat, kami bosan. Hasilnya kami rapat, bolehlah dikatakan sehidup semati. Tak macam kau dengan so called boyfriend kau, takde bukti konkrit langsung.

Lepas tu, kau tuduh aku meyebelahi kawan kau pulak. Apa aku dapat pun, bukan dia nak bagi harta dia kat aku. Aku tau dia pun tak berharta sangat. Kau ingat kau cantik, aku nak backing kau je la. Aku bukan macam lelaki lain la nak lap bontot kau je. Diorang tu semua nak ngorat kau je tu, bodek. Kalau tak diorang pun malas nak layan kau punya selfish, childish act tu. Hey, kalau aku nak ngorat kau pun aku tak perlu jadi macam tu OK. Aku bangga menjadi lelaki seperti aku walaupun serba kekurangan.

Kau boleh nak marah-marah aku suruh aku blah dengan kawan kau tu. Aku bukan kenal pun, kalau kenal pun aku tak nak blah dengan dia kalau based on your story la kan. Aku boleh je blah sorang-sorang, takde masalah besar pun bagi aku. Honestly, for me you are too expendable. Damn, I hate that word.

Aku tak kata la kau kena ambil pendapat aku bulat-bulat. At least, aku dapat bukak minda kau tu. Kalau kau asyik tertutup dalam zon selesa kau tu je, macam mana kau nak maju. Banyak lagi cabaran menanti. Ramai dah aku jumpa orang macam kau, tak ramai yang sedar. Tau-tau dah lost je.

Lagi satu bila aku tegur kau buat salah, kau pun tau kau salah. Sebab kau ego tak nak ngaku kau tuduh aku perli or pangkah kau. Aku suka buat tu kat orang lain la dengan sengaja lagi, bukan kau OK. Dah aku cakap aku tak suka perbuatan mengutuk fizikal orang lain, aku tak suka la. Kau tau tak beza kutuk fizikal dan kutuk fesyen?? Kutuk fesyen aku boleh terima, join sekaki pun boleh. Banyak lagi la aku tegur kau, tapi tu paling major la bagi aku.

Phew, lega dapat meluahkan perasaan. Aku tak nak pasal kau aku takleh tidur malam. Banyak sebab lagi untuk aku takleh tidur taww. Just not you.

6 comments:

  1. lega kan jika dpt meluahkan even tak dpt meluahkan pd org yg sepatutnya ^_^

    ReplyDelete
  2. it is gud to burst it out .. at least now we hv blog to put in..

    ReplyDelete
  3. bB sYasYa>> xluah pun sudah lega sebenarnya...cuma mau kongsi sama kamu, kamu dan kamu...jgn jadi kwn mcm ni ye...

    Zaidah Zul>>Thanx to En. Khairul Blog Bin Supardi for his wonderful invention, The Blog...huhu...

    ReplyDelete
  4. biasalah, kengkadang sikap jujur disalah tafsir..yang penting jadi diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. baek fazleen comel...sabotaj sabotaj....hehehe...

    ReplyDelete