May 19, 2009

+ aku yang karaoke +

Petang semalam aku karaoke lagi. Nampak sangat aku kaki karok. Walaupun memiliki suara yang agak sumbang, tapi itu tidak sedikit menjejaskan semangatku untuk menyanyi. Bukan mau buat album pun kan. Bersama darah manis Ghimau, Faizal, Nurul dan Mas kami menuju ke Seremban Parade untuk melakukan aktiviti sumbang.

Semalam banyak lagu yang 1st time aku nyanyi. Maka kesumbangan itu terlampau jelas pada beberapa lagu pilihanku. Lihatlah senarai lagu-lagu pilihanku semalam.

  1. Stay The Same - Joey McIntyre
  2. Cintaku ke Ethiopia - Ria Resty Fauzy
  3. With You - Chris Brown
  4. I'll Be Missing You - Puff Daddy
  5. Ghazal Untuk Rabiah - Jamal Abdillah & M. Nasir
  6. Kita Insan Biasa - Jay Jay & Dayangku Intan
  7. Sandarkan Pada Kenangan - Jamal Abdillah & Siti Sarah
Tumpukan pandangan anda kepada pilihan no. 2. Aku sungguh gembira mendengar dan menyanyi lagu ini. Siap menari taww. Kalah Chris Brown, kalau dia tengok kompom la nangis. Sungguh ENJOY!!!!

No comments:

Post a Comment