April 18, 2009

+ kehilangan 'uncle black' +

Malam tadi ketika kami sekeluarga ingin keluar untuk mendapatkan Limau Madu, kami dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham 'Uncle Black' ke rahmatullah. Secara kebetulan jiran sebelah rumah merupakan sepupu kepada arwah. Kecil kan dunia ini?

'Uncle Black' atau nama sebenar Mohd Ali Napiah a.k.a Mohdalina aku kenali ketika masih di sekolah menengah ketika aku melibatkan diri dalam perniagaan tembikai secara kecil-kecilan. Daripada arwah aku telah belajar cara menggunakan sempoa dan cara memotong tembikai yang menarik.

Arwah yang bersahabat dengan ayahku ketika bujang, merupakan seorang businessman yang tidak terlalu berkira dan selalu bermurah hati. Dari berniaga makanan hinggalah menjadi pembekal buah-buahan bergerak. Sifat arwah yang suka bergurau juga membuatkan diri beliau senang didekati. 

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment