March 2, 2009

+ aku yang jumpa pot rosin fka radiostar ex innuendo +

27hb nan lalu, aku telah menghadiri Malam Amal Akustika bertempat di UKM KL. Antara artis yang hadir pada malam itu ialah Bunkface, News@11, Influx dan my faveret Rosin f.k.a Radiostar. Ternyata harga tiket sebanyak RM10 yang dibeli tersangat berbaloi kerana aku berasa sangat terhibur malam itu. Tambahan pula aku dapat bercampur-gaul dengan adik-adik UKM yang berpenampilan menarik malam itu. Terima kasih diucapkan kepada gadis-gadis yang sudi berpakaian seksi untuk tatapan mataku.

Persembahan dimulakan oleh Bunkface yang menyampaikan 3 lagu termasuk hit mereka 'Situasi'. Anak-anak yatim kemudian mencuri tumpuan dengan gelagat mereka ketika menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta. Persembahan diteruskan oleh News@11, persembahan piano oleh pelajar UKM dan Influx. Ternyata kumpulan indie yang terdiri dari pelajar IPT berbakat dan boleh pergi jauh lagi dalam bidang muzik. Akhir sekali persembahan yang paling aku tunggu-tunggu malam itu. Walaupun dengan menggunakan khidmat drummer bidan terjun kerana drummer asal terlibat dalam kemalangan, ternyata persembahan mereka jauh dari mengecewakan. Rosin menyampaikan 4 lagu termasuk lagu kegemaranku bertajuk 'Pada Senyummu' dan 'Gula Gila'.

Persembahan yang terbaik malam itu dijuarai oleh Rosin. Pot bijak bermain dengan emosi penonton membuatkan penonton tak henti-henti tersenyum dengan gelagatnya. Cuma Pot agak kecewa kerana anak-anak yatim yang diraikan telah pulang awal, dan dia tidak dapat menyanyikan lagu yang ditujukan khas untuk mereka.

Tamat sahaja persembahan aku terus naik ke pentas bersama Apad untuk sesi bergambar bersama Pot. Aku sempat berbual dengan Pot yang tidak sombong dan rajin menjawab soalan kami. Untuk pengetahuan semua, Rosin akan menerbitkan album kedua mereka tidak lama lagi. Selain itu Rosin juga akan menjadi urusetia aktiviti Layar Tanchap bersama dengan kumpulan penggiat yang lain. Kami juga sempat bertanyakan mengenai perubahan nama Radiostar kepada Rosin. Rupanya Rosin ialah huruf Ro dan huruf Sin dalam tulisan Jawi dan mewakili Radiostar.

Bunkface.....
Persembahan anak-anak yatim.....Boleh pulak korang gaduh atas pentas ye.....
Influx.....
Rosin.....
Aku dan Pot....Stylo helmet bro.....
**********************************************************************************
Pada Senyummu - Rosin fka Radiostar

Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat, tenungi mataku
Terungkap beribu lagu hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Pada senyummu
Pada tawamu kasih
Ada kebahagiaanku, warna hidup ini
Andai wajahmu takku sua kembali
Khabarkan oh angin
Hidupku tiada bererti

Berikan resahmu, kan kubawa nun jauh
Dapat kau lihat pemandangan itu
Tersimpan seribu satu
Rahsia tiada lagi
Berputar-putar berguling riang ketawa bernyanyi merdu sungguh..

Pada senyummu...
Lirik : Pot Amir
Lagu : Pot Amir/Pacai/Aji
Published by Innate Publishing for Pot Amir,
Principal Connection (M) Sdn Bhd for Pacai and Aji. From SATU EP and "Buli Balik" OST

4 comments:

  1. Do you have a video of them performing on stage?

    ReplyDelete
  2. :-(...dont have la Gyee Jong...that day i only record Rosin's performance...my memory card was full of junk...

    ;-)...tell u what...bunkface will be performed at Rock The World this 19th Dec at Sunway Lagoon...c u there...

    ReplyDelete