March 27, 2009

+ aku yang ke kursus (ultimate canto) +

Alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Tepat 3.47 pagi aku sampai di rumah. Terus angkut barang-barang masuk. Penat, letih tapi masih tidakku mampu menidurkan diri ini. Geram pun ada, hanya sebentar di Pasar Payang. Orang lain pula yang sibuk shopping.

Golongan dibenci
Ramainya jumpa di sini. Naik pening kepala aku mengharungi 11 hari di sana. Nasib baik aku penyabar orangnya. Kalau tidak melayang kepala mereka kena fying kiss dari aku.

Gadis garang
Berani dia ajak aku gaduh. Dia tak tahu, lagu Trauma nyanyian Elite tu dicipta khas untuk aku. Hahaha, gelakku dengan kejam. Tapi baik orangnya,manis juga (cubaan aku mengambil hati kembali, mana tau dia jumpa blog aku ini).

Kerja Bank
Ada orang cakap, aku dress up macam orang kerja bank. Betul ke penyataan itu?? Cikgu Syazila, sila komen.

Haji Azraie
Tenang dan menenangkan, cool sokmo, siap malu-malu lagi bila kena interview dengan lelaki. Nasib baik part aku akak-akak yang tanya. Terima kasih kerana sudi mendengar dan membetulkan bacaan Fatihah aku. Juga kesudiannya menjawab soalan-soalan naif dariku. 

Persembahan Akhir
Mula-mula buat pantomin bertemakan Gaza. Kemudian tukar kepada nyanyian a.k.a miming Seroja dan Tiada Lagi. Cuma bacaan puisi yang masih kekal. Yang aku pelik masing-masing tidak mahu bekerjasama, gaduh rajin pula. Cuba lah kamu semua walk your talk. You never walk alone. Alone in the dark. Dark side.

Main kotor
Macam mana team aku boleh kalah. Kesian diorang terpaksa buat teori relativiti sendiri. Aku pun menjadi seorang pakar espionage dan subversive di sini. Selalu cuba menyalakan api-api perkauman terhadap individu sasaran.

Komen penilaian
Aku seorang jujur yang selalu memerhati dari menilai. Aku telah memberi 3 komen akhir mengenai kursus ini. 2 daripadanya menjadi kontoversi apabila dibacakan di khalayak umum. Final say "Aku peduli apa".

Kepok gete
Singgah sebentar minum petang di Warung No. 007. Terus shoping keropok di sini. Beli sebahagian dari bajet asal kerana ingin sambung di Pasar Payang. Manalah ku tahu itulah pembelian keropok ku yang terakhir di KT.

Wajahku yang nakal ketika makan, masakan setanding dengan matamu yang bulat itu.

Pasar Payang
Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke sini. Tapi aku sampai sudah agak lewat. Banyak kedai tutup. Tapi kira ok sebab dapat tengok gadis di sini. Memang manis. Sempat juga aku menakalkan diri sehinggakan ditegur gadis seperjalanan. Tersipu-sipu gadis ini kemaluan ketika mengetahui aku hanya ingin mengambil gambar dia, bukan kain yang dipegangnya. 

Oh ibu, tolong pinangkan dia untuk diriku. Mantop!!!

Sekali lagi aku mengambil gambar gadis itu. Secara kebetulan seorang physo-shopa-holic sedang tawar-menawar cuba interframe.

Masjid Terapung
Alang-alang sampai ke KT, aku singgah untuk bergambar kenangan di Masjid Terapung. Singgah je, maklumlah aku kan alim othman.

Lihatlah gayaku seperti seorang anggota Rabbani.

Perjalanan pulang
Hampir setengah hari@12 jam di dalam perjalanan membuatkan aku terasa sedikit mual. Mujur ada gadis di sebelah sebagai peneman bicara. Teman melalak also. Kami terfikir, kalaulah kami berduet ketika Malam Karaoke, tentu kami lebih baik daripada lelaki Pencinta Publisiti itu. Secangkir Madu Merah awal-awal dah K.O. 

Seseorang sakit perut malam itu. Sepanjang perjalanan, di dalam hujan lebat aku teringat pada dia. Moga dia sembuh dan sihat selalu, Amin. Aku ada tanggungjawab lagi besar. Menghantar gadis pulang ke pangkuan ibunya. Minta maaf makcik, bekas bakal menantumu ini terlewat hantar. Langsung anakmu menjadi labu dalam kompressorku.

Akhir kata, kursus ini telah mengubah diriku menjadi diriku yang sebenar kembali.
Terima kasih semua.

March 21, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 5) +

Hari ini ada aktiviti kembara. Sebagai seorang penulis jalanan aku memang agak suka akan aktiviti lasak seperti ini selain daripada aksi lasak di atas ranjang. Aku kecewa kerana perjalanan yang mengambil masa selama hampir 2 jam itu tidak cukup mencabar seperti yang aku bayangkan. Buktinya kalian boleh lihat di lampiran di bawah.

Pergh, masih kacak bergaya seperti baru lepas mandi. Belon yang dibungkus rapi hanya perhiasan untuk menampilkan ciri-ciri lelaki metroseksual yang romantis.

Di sebelah petang pula aku telah mewakili kumpulan untuk acara Bolasepak Pantai Seksi. Acara yang hanya boleh disertai oleh lelaki-lelaki seksi seperti aku menyaksikan kemunculan pasukan kami sebagai pemenang. Puas hati aku dapat sliding tackle pasir yang sedang berterbangan (gara-gara salah timing). Penalti pun penalti, janji kami menang. Untuk pasukan yang kalah jangan terlalu bersedih ya.

Pada waktu malam yang hangat (selepas mendapat *berita hangat), aku menghadiri pertandingan karaoke. Aku sungguh menyesal kerana tidak menyertai pertandingan ini kerana aku rasa dengan selamba aku boleh titik semua johan malam ini. Itupun berkat latihan yang tidak mengenal erti jemu aku selama ini. Nasib baik kalian aku tak masuk, kalau tidak mesti aku boleh menang semua kategori yang dipertandingkan. Dengan kategori solo perempuan pun aku sapu sekali.

Pukul 2 pagi, aku masih menulis. Madahidipsarussidemkuranan.

*Berita hangat - Tahniah ya.....

March 19, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 4) +

Mungkin ramai yang belum tahu ada beberapa golongan manusia yang aku tidak berapa suka dalam hidup aku ini. Sejak hari pertama ku di sini aku bersedia untuk memberi peluang kepada golongan-golongan ini dengan satu permulaan yang baru. 

Selama 2 hari di sini aku telah pun menerapkan diri aku ini dengan budaya pemikiran golongan-golongan ini. Ternyata aku gagal. Nasib baik belum terlambat untuk aku menyedarinya. Masuk hari ke 3 di sini aku telah membuat keputusan untuk meneruskan gaya hidup Manhattan aku seperti biasa. Tiada lagi aku yang baik hati, menjaga hati orang yang tidak tahu menjaga hati aku, hipokrit. Tetapi hanya ada aku yang nakal, skeptik, pesimistik, racist, charmed and affable (for ladies only).

Untuk golongan-golongan ini, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya dan kamu semua boleh cium punggungku (kiss my a**).

************************************************************************************

Yatta, akhirnya boleh keluar jalan-jalan di Kemaman. Menaiki kompressor ku yang berkilat kami meluncur ke pekan Chukai (Taxes). Berpusing-pusing kami mencari kedai beg untuk mencari backpack yang diperlukan untuk aktiviti riadah esok. Malangnya, aku terlupa membawa dompet-kosong-tunai aku bersama. Jadi tiada apa yang dapat dibeli untuk hari ini. Mungkin ada hikmahnya kejadian ini. Mungkin aku akan berhabis-habisan di KT nanti.

Selesai membeli beg kami ke pasaraya-entah-apa-nama di situ. Kemudian kami singah di gerai satar berhampiran lokasi kursusku untuk menikmati satar dan keropok. Agak mengecewakan kerana menurut bekas pengunjung gerai itu, kurang ikan di dalam setiap keropok dan satar yang dijual. Aku terlupa nama gerai itu tetapi ada sekeping gambar untuk tatapan kalian. Walaupun agak kurang berperisa tetapi aku masih merasa agak sedap berbanding apa yang ada di Seremban.



***********************************************************************************

Semalam aku diminta untuk membuat 1 pengucapan awam. Insyallah jika ada kesempatan aku akan menyelitkan teks pengucapan awam aku yang betajuk "No Wrong Door" di sini.

***********************************************************************************

March 17, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 3) +

Aku masih di sini untuk berkursus. Ada 9 hari lagi. Selepas 2 hari setengah di sini akhirnya aku jumpa 'ayam'. Eh silap, ayam tanpa '. Itupun selepas santapanku yang ke 11 di sini.

Hari ini aku jatuh cinta lagi. Tidak sangka aku boleh jatuh cinta lagi.

AKU JATUH CINTA DENGAN KERJA , DENGAN PEJABAT.
BOS, BAWAKU PULANG....

Di sini aku rasa seperti seekor pelajar. Seekor pelajar yang terpaksa menghadiri semua kelas. Tiada lagi beruk-beruk jalanan yang ajak aku main boling ketika kelas UIS, lepak kedai mamak jika lecturer lambat sampai.

Bencinya jadi seekor pelajar. Antara banyak kerjaya di dunia ini, menjadi pelajar adalah pilihan aku yang terakhir sejak dilahirkan. Kelemahan aku yang paling ketara ialah aku tidak mampu mendengar orang yang sama bercakap lebih dari 15 minit. Dari tadika sampailah sekarang ini. Mungkin ini balasanku di dunia kerana selalu ponteng kelas dulu.

Mujur aku masih mempunyai sepasang tangan yang cekap melukis. Sambil mendengar syarahan, aku membuat cakaran unta aku berkanvaskan kertas A4. Kadang-kadang aku akan berbual dengan sesiapa di sebelahku. Hasilnya amat memuaskan. Mukaku kekal segar seperti baru selesai membuat proses fotosintesis.

Hari ini cerah sepanjang hari. Lupa pula untuk basuh baju. Kesian pula melihatkan Vanish dan Downy yang ku bawa jika tidak digunakan.

Malamku resah dan sepi tanpa dirimu
Mungkin rasa kuat lampaunya rindu
Mimpi tambah seri dengan wajahmu
Mari kasih peluk diri dan hatiku
Mutlak cinta kita setia berpadu

Edited at 12.44 a.m:Baru lepas sidai baju.....

March 15, 2009

+ aku yang ke kursus (verse 2)+

Alhamdulillah, sempat juga aku sampai sebelum tamat tempoh pendaftaran tadi. Penatnya menempuh hujan selama 3 jam. Nasib baik jalan agak lengang, jadi aku tidak perlu memandu dengan perlahan walaupun ketika hujan panas.

Baru tamat taklimat untuk aktiviti. Aku sudah terbayang kebosanan. Walaupun begitu, sebagai seorang manusia yang berdisplin (tidak pernah datang lewat ke pejabat) aku tetap merasakan akan menghadapi kebosanan yang terlampau disini. 

Untuk makluman, tempat penginapan aku berhampiran dengan laut. Kuala Kemaman dengan lebih spesifik. Dapatlah aku menikmati bayu darat dan bayu laut selama 2 minggu ini. 

Hari sentiasa mendung di sini
Hujan tidak jemu menjamah bumi
Hanya ada dirimu di hati
Hadir dirimu tidakku cari
Hilang dirimu tiada ganti.

Sekian laporan kaji cuaca dari Kuala Kemaman. Mazidul Akmar Sidek, 360.

+ aku yang ke kursus (verse 1 / signifi-canto)+

Mulai 16hb Mac ini aku akan menghadiri kursus selama 2 minggu di Kemaman. Ini adalah kali pertama aku ke Terengganu minus sekali aku sesat ketika ingin pergi ke Cherating. 

"Yelah, yelah kira kali kedua la. Tak dengki tak leh ke???"

Terujanya aku, malam tadi dah siap packing barang. Nampak sangat kemaruk nak pergi. Bukan pergi kursus, tetapi pergi Terengganu.

Cik Yan, kenapa kursus kat KL????? Marilah join the clubbing g Ganu!!!!

Kalau ada sesiapa merindui diri ini, khabarkanlah pada angin. Moga apabila sampai padaku, aku juga dapat merinduimu. Lagi senang kalau miss call kan???

+ mr. A, murid sekolah menengah yang stylo +

Sebelum tukar sekolah Mr. A selalu teringin nak ikut gaya budak-budak macho sekolah lamanya. Ada kasut Cardin, seluar ketat di punggung besar di bawah (tempah tau) dan kaca mata hitam. Bersusah payah dia kumpul duit. Tapi bila dah ada semua itu, terasa macam tak best pula. Di usia seawal 15 tahun, dia sudah sedar kepentingan bergaya mengikut keselesaan sendiri.


Di sekolah baru dia guna beg hitam dan silang di dada. Beg yang dihadiahkan sahabat ponteng sekolahnya itu begitu dihargai. Tidak disangka, ramai yang meniru gaya itu. Mr. A bukan pelajar yang tipikal. Di kala semua pelajar couple sesama Melayu, hanya gadis Jepun dan Cina yang berada di kepala otaknya. Kecik-kecik dah pandai multiracial. Jadi cubaan akhbar arus tempatan untuk menggunakan isu perkauman sekarang sekadar dipandang remeh. Bosan dengan keadaan itu Mr. A menukar beg sekolahnya semasa naik Form 4.

 

Tiada lagi beg sekolah menggunakan bahu, hanya pegang di tangan. Baru puas hati dia, tiada sesiapa sudi tiru. Memang agak melampau bergaya sedemikian. Sekarang walaupun sudah berkerjaya dia tidak pernah menggunakan briefcase. Briefcase itu hanyalah untuk perhiasan sahaja kerana Mr. A tidak pernah membawa sebarang buku kecuali jika ada kerja rumah. Itupun dia tidak buat di rumah, tetapi di sekolah keesokkan paginya. Buku-buku lain ditinggalkan di dalam almari kelas bersama set catur, daun pakau dan pelbagai alatan riadah yang boleh dimainkan ketika cikgu mengajar di depan.

 

Seluar Mr. A pun lain dari yang lain. Walaupun sampai sekarang dia masih tidak tahu apa jenis kain yang dia pakai. Dari jauh sudah boleh kenal seluarnya kerana warna yang agak pudar berbanding warna seluar sekolah yang normal. Di bahagian dalam seluarnya juga berwarna lain. Selalu Mr. A akan melipatkan seluarnya ke bawah paras lutut (jaga aurat) untuk menunjuk/menunjuk-nunjuk contra warna seluarnya. Oh lupa, seluarnya ada button khas untuk dia melipat seluar dengan lebih bergaya.

 

Banyak lagi gaya Mr. A di sekolah yang berbeza dengan pelajar lain. Bekas pensil boleh-ubah-gambar yang dibuat daripada bekas video tape, tali leher mudah laras untuk simpanan rokok, baju sekolah jenama canggih yang tidak kusam-kusam walaupun setelah 3 tahun pemakaian dan banyak lagi.

 

Harus membetulkan tajuk di atas. Mr. A bukan pelajar sekolah yang stylo. Tetapi dia mendahului zaman.

March 10, 2009

+ tagged suka suki dari bbsyasya +


tagged & template by bbsyasya

Directions:

Once you've been tagged, you have to write a post with sixteen random things, habits or goals about you. 
At the end, choose ten people to be tagged, listing their names and why you chose them.


1.suka hitam
2.suka online..surfing
3.suka study sebelum shopping
4.suka bola - main bola, tengok bola, main game bola & fantasy manager
5.suka ping pong
6.suka gadget
7.suka lagu, nyanyi
8.suka berlakon, teater dan movie
9.suka komik, manga n anime
10.suka menari
11.suka quotes, sun tzu
12.suka mendengar luahan perasaan
13.suka gadis...hahaha...
14.mau berenti jadi pemberontak
15.mau tukar sportrim kompressor
16.mau buka nursery sumday

adeh..penat!--ini juga tiru bbsyasya...hahaha...

10 people to be tagged..


1.alia
2.engku nysa
3.cik yan 1
4.edy
5.fazleenku yg comel
6.ghimau
7.kak zaidah
8.bos hanizah
9.ruff3
10.simpan untuk masa depan

March 9, 2009

+ aku yang tension +

Da*n, i lost my save game. What a loser...huhu...

Tribute to:-
  1. Julian Viafara
  2. Ben Foster
  3. Sergio Asenjo
  4. Bernard Mendy
  5. Jan Kromkamp
  6. Daniel Opare
  7. Joe Mattock
  8. Sam Rickets
  9. Tomas Huchbman
  10. Dmitro Chrigrisky (Tak ingat ejaan)
  11. Curties Davies*
  12. Geovanni
  13. Adam Llajic
  14. Stelios Giannopolous
  15. Luca Tremonalda
  16. Plamen Alexandrov
  17. Meor Bozaglo
  18. Paul Scharner
  19. Marek Hamsik*
  20. Nicklas Bendtner
  21. Marquinhos
  22. London Donovan
  23. Daniel Aquino
  24. Nathan Delfouneso*
  25. Andres Jimenez
  26. Henry Saivet*
  27. Vaclav Kadlec
  28. Haris Vuckic
  29. All my youngsters.
Thank you guys. You've been terrific all this years while playing under my regime. I even in the brink of tasting my 1st European experience.  Sadly, this is a goodbye to all of you. I'll never forget, i'll be buying some of you next time with Olympique Lyon.

*New players, never played competetive football under me but cost me USD100million. Big spender huh?

March 6, 2009

+ kami layan bot stim +

Malam tadi, keluargaku pergi menjemput Anis yang baru sampai dari Perak. Kemudian mereka berempat telah pergi menikmati makan malam di Johny's tanpa mengajakku bersama. Cis, sampai hati mereka meninggalkan pemberontak ini.

Bonnie & Clyde, partner in crime.....

Budget comel la tu.....

Kijam, kijam.....

Deja Vu, sama tak habis.....Teringat kepada seseorang.....Terima kasih ajarin aku ya....


Nota Kaki : Mereka semua baru pertama kali makan di Johny's. Kan dah kantoi, lain kali bawa aku ye.....

March 5, 2009

+ perihal dua bukit dan satu batang +

Aku mungkin suka dua bukit itu, kau mungkin suka batang.

Wajarkah bukit dan batang dibiarkan dijajahi dan dijelajahi oleh sesiapa sahaja?

Tentu kita mahu hanya yang layak sahaja untuk dibenarkan meneroka zon-zon ini. Bukan semua, tapi oleh yang tertentu dan terpilih.

Bertindaklah dengan bijak dalam membuat pemilihan supaya tidak menyesal kemudian hari.

gambar hiasan sahaja...kredit to suarapru13.blogspot.com
* ini bukan entry lucah.

March 2, 2009

+ aku yang jumpa pot rosin fka radiostar ex innuendo +

27hb nan lalu, aku telah menghadiri Malam Amal Akustika bertempat di UKM KL. Antara artis yang hadir pada malam itu ialah Bunkface, News@11, Influx dan my faveret Rosin f.k.a Radiostar. Ternyata harga tiket sebanyak RM10 yang dibeli tersangat berbaloi kerana aku berasa sangat terhibur malam itu. Tambahan pula aku dapat bercampur-gaul dengan adik-adik UKM yang berpenampilan menarik malam itu. Terima kasih diucapkan kepada gadis-gadis yang sudi berpakaian seksi untuk tatapan mataku.

Persembahan dimulakan oleh Bunkface yang menyampaikan 3 lagu termasuk hit mereka 'Situasi'. Anak-anak yatim kemudian mencuri tumpuan dengan gelagat mereka ketika menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta. Persembahan diteruskan oleh News@11, persembahan piano oleh pelajar UKM dan Influx. Ternyata kumpulan indie yang terdiri dari pelajar IPT berbakat dan boleh pergi jauh lagi dalam bidang muzik. Akhir sekali persembahan yang paling aku tunggu-tunggu malam itu. Walaupun dengan menggunakan khidmat drummer bidan terjun kerana drummer asal terlibat dalam kemalangan, ternyata persembahan mereka jauh dari mengecewakan. Rosin menyampaikan 4 lagu termasuk lagu kegemaranku bertajuk 'Pada Senyummu' dan 'Gula Gila'.

Persembahan yang terbaik malam itu dijuarai oleh Rosin. Pot bijak bermain dengan emosi penonton membuatkan penonton tak henti-henti tersenyum dengan gelagatnya. Cuma Pot agak kecewa kerana anak-anak yatim yang diraikan telah pulang awal, dan dia tidak dapat menyanyikan lagu yang ditujukan khas untuk mereka.

Tamat sahaja persembahan aku terus naik ke pentas bersama Apad untuk sesi bergambar bersama Pot. Aku sempat berbual dengan Pot yang tidak sombong dan rajin menjawab soalan kami. Untuk pengetahuan semua, Rosin akan menerbitkan album kedua mereka tidak lama lagi. Selain itu Rosin juga akan menjadi urusetia aktiviti Layar Tanchap bersama dengan kumpulan penggiat yang lain. Kami juga sempat bertanyakan mengenai perubahan nama Radiostar kepada Rosin. Rupanya Rosin ialah huruf Ro dan huruf Sin dalam tulisan Jawi dan mewakili Radiostar.

Bunkface.....
Persembahan anak-anak yatim.....Boleh pulak korang gaduh atas pentas ye.....
Influx.....
Rosin.....
Aku dan Pot....Stylo helmet bro.....
**********************************************************************************
Pada Senyummu - Rosin fka Radiostar

Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat, tenungi mataku
Terungkap beribu lagu hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Pada senyummu
Pada tawamu kasih
Ada kebahagiaanku, warna hidup ini
Andai wajahmu takku sua kembali
Khabarkan oh angin
Hidupku tiada bererti

Berikan resahmu, kan kubawa nun jauh
Dapat kau lihat pemandangan itu
Tersimpan seribu satu
Rahsia tiada lagi
Berputar-putar berguling riang ketawa bernyanyi merdu sungguh..

Pada senyummu...
Lirik : Pot Amir
Lagu : Pot Amir/Pacai/Aji
Published by Innate Publishing for Pot Amir,
Principal Connection (M) Sdn Bhd for Pacai and Aji. From SATU EP and "Buli Balik" OST

+ aku yang dilanda varicella-zoster virus (vzv) +

Tidak ku sangka di usia remajaku mencecah 28-an aku telah diserang Chicken Pox a.k.a Cacar Air a.k.a Sumpahan Ayam. Orang kata kalau dah tua-tua kena lagi parah berbanding dengan kanak-kanak. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya penyakit yang ku tunggu sekian lama ini akhirnya menyerang tanpa belas kasihan. Aku fobia sangat kalau diserang ketika ingin melangsungkan perkahwinan nanti. Aku tidak rela menjadi teruna lagi.

Mujurlah aku dibenarkan kerja hari ini, kalau tidak mungkin aku sudah mati kebosanan di rumah. Aku sertakan gambar kenanganku ketika sakit itu untuk tatapan kalian semua. Wajahku terpaksa disolek sedemikian rupa untuk mengelakkan diketahui peminat.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbang tips-tips menangani 'pesakit' ini. Kerjasama anda semua amatlah dihargai. Kepada sesiapa yang belum diserang lagi, gunakanlah mask daun semambu dan tepung beras untuk menangani masalah kegatalan terlampau. Insyallah parut juga mudah sembuh. Jangan lupa minum air kelapa banyak-banyak untuk mengeluarkan semua penyakit ini dan juga untuk menyejukkan badan dan lebihkan minum air suam. Jangan makan makanan berminyak, telur, ayam kampung, kicap, makanan laut dan juga makanan yang gatal. Untuk rawatan selepas sembuh, anda boleh menggunakan bedak sejuk dan sebaik-baiknya menggunakan krim yang mengandungi Vitamin E (dicadangkan guna Choco Butter) untuk menghilangkan parut. Yang paling penting jangan kena hujan ataupun rebas. Takut nanti bentan pula.

Orang tua-tua cakap penyakit ini penyakit orang baik. Ada sesiapa tahu apa maksudnya?? 

Untuk maklumat tambahan sila layari ChickenPox@Wikipedia