February 4, 2009

+ ada masa +

Pagi itu Kamil bangun awal. Selepas solat subuh dia ke dapur, menyediakan sarapan pagi. Sara yang baru selesai mandi kehairanan melihat tingkah suaminya. Walaupun begitu dia hanya mendiamkan diri sambil menikmati nasi goreng bersendirian. Kamil seperti tergesa-gesa keluar rumah namun masih sempat mengucup dahi isteri kesayangannya itu. Memang Sara sahaja satu-satunya isteri Kamil buat masa ini.

Sebelum keluar rumah Sara terlihat sekeping nota yang ditinggalkan oleh Kamil. "Patutlah senyap tadi, rupanya tak sempat nak bercakap." Sara berbisik sendiri. Nota itu diambil dan dimasukkan ke dalam beg tangannya. Tidak sempat untuk Sara membaca nota kecil itu, dia pun mengejar masa untuk ke pejabat. "Ada masa lagi," alasannya untuk mengabaikan nota itu. Tiba sahaja di pejabat, Sara mulai sibuk dengan tugas seharian. Ada mesyuarat yang perlu dihadiri dan dokumen untuk disemak. Nota Kamil terdiam sepi tanpa sempat dibaca Sara.
Ada masa
ada masa...kredit to shafaaliaa.blogspot.com

Masa terasa cepat berlalu hari itu. Sara bergegas pulang tanpa menghiraukan kerja yang tertangguh. Memang begitu rutin harian Sara. Niatnya hanya satu, untuk sediakan makan malam untuk suami tercinta. Hari ini Sara sudah berkira-kira untuk masak sup tulang kegemaran suaminya. Sempat Sara berkunjung ke Tesko berhampiran untuk membeli bahan yang diperlukan. Setelah penat memasak Sara menyediakan makanan di atas meja makan.

Sementara menunggu kepulangan Kamil, Sara menonton berita. "Sudah lewat setengah jam, mana si Kamil tak pulang-pulang", Sara yang agak penat hari ini mula berang. Selalunya Kamil pukul 8 tepat sudah ada di pintu rumah, merengek kelaparan. Sudah biasa juga Sara marah, tapi akan hilang melihat kerakusan Kamil meratah masakannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 9. Kamil masih belum pulang. Hati Sara dilanda resah. Sudah 2 kali dia cuba menelefon Kamil namun tiada jawapan. Terngiang di benaknya satu persatu laporan berita mengenai kemalangan ngeri hari ini. Hatinya sudah berprasangka buruk. Tiba-tiba Sara teringat nota kecil peninggalan Kamil pagi tadi. "Ya Allah, mungkin itu kata-kata terkakhir Kamil", jerit hati kecil Sara.

Jantungnya mula berdegup kencang, air mata ditahannya dengan tabah. Sara takut kehilangan Kamil. Perlahan-lahan nota itu dibukanya. Tangannya yang terketar-ketar menahan sebak yang teramat. Nota itu ditatap dan dibaca dengan sepenuh hati.

"Sayang, Abang tidak pulang malam ini jangan masak tau. Abang tidur rumah Wanie". Ringkas dan padat.

Sara tersenyum kelat. Dia terlupa dia baru seminggu dimadukan.

"Tak mengapalah, ada masa lagi untuk mebiasakan diri", perlahan Sara menuju ke kamar untuk tidur keseorangan.

**********************************************************************************

Sudah lama Matrus memerhatikan Sasya. Gadis kecil molek berkulit hitam manis itu menjadi pujaan hatinya semenjak gadis itu mula bekerja di sini.

Bukan tidak pernah Matrus cuba untuk mendekati gadis itu tetapi dia malu untuk memulakan bicara. Seringkali mereka bertembung ketika menuju ke kantin dan seringkali jugalah Matrus hanya memberikan senyuman kepada gadis itu. Mujurlah dibalas, jika tidak tentu dia menyangka tiada harapan untuknya lagi. Entah mengapa Matrus kelu dan kaku bila berhampiran dengan gadis itu. Memikirkan masih ada banyak masa untuk berkenalan dengan lebih rapat, Matrus mula merancang-rancang bagaimana untuk menegur Syasya.

Akhirnya keyakinan Matrus tiba jua. Apabila dia terlihat Sasya cuba memerhatikannya, Matrus berjalan dengan penuh yakin ke arah Sasya. Salam diberi, topik bertukar topik mereka berbual. Matrus yang biasanya malu, kini petah berbicara. Sebelum beredar untuk menyambung tugasan Sasya memberikan pesanan "Abang Mat, petang nanti Sya nak jumpa abang sebelum pulang". Hati Matrus mula dihiasi bunga-bunga cinta.

Tidak sabar Matrus menanti detik jam 5. Waktu terasa seakan-akan terhenti ketika itu. Tepat jam 5 Matrus memerhatikan pintu, Syasya sudah berdiri di situ sambil memanggil namanya. Perlahan-lahan gadis itu dihampiri dengan senyuman paling menawan pernah dipamerkannya.

"Abang, Sya nak bagi kad jemputan. Nanti jangan lupa datang tau. Sya kahwin minggu depan".

Kilat sabung-menyabung di luar menandakan ketibaan hujan yang lebat. Begitulah juga hati Matrus. Mujurlah reaksi wajahnya tidak berubah. Dengan senyuman yang masih dikekalkan kad itu diambil Matrus.

"Insyaallah abang datang", ada nada kecewa dalam pertuturannya.

"Jangan lupa tau" Sasya mengingatkan Matrus sekali lagi sebelum pulang.

Matrus masih berdiri di situ, kaku dan kosong.

Hatinya berbisik "Minggu depan, ada masa lagi untuk cari hadiah".

**********************************************************************************

Tulisan kali ini diilhamkan dari lagu Ada Masa dendangan Infinatez. Dalam 3 hari ini sudah beribu kali aku dengar berulang-ulang. Sempat juga aku 'mensumbangkan' lagu ini untuk seseorang. Harap dia masih tersengih mendengarkan 'sumbangan' aku itu.

Jangan risau, tiada lagi renungan aku yang bisa membuat kau tak selesa.

Infinatez - Ada Masa

Verse 1:
Ada masa yang akan ku fikirkan
Kiranya kau pergi dariku
Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu

Tak sanggup untuk ku bayangkan
Andainya takdir jauhkan kau dariku
Satu yang ku mahu hanyalah kamu

Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Verse 2:
Betapa sungguh ku inginkan
Belaian senantiasa kau berikanku
Merasa kehangatannya cintamu
Sakitnya tiap kali kau titiskan
Air jernih dari matamu
Bebanannya ku tak mampu

Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Bridge:
Andainya
Kau tahu perasaanku padamu
Takkan kau siakan air matamu
Walaupun diriku jauh
Takkan pernah kau tiada
Di hatiku

Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu

Lirik/lagu: Alvin MY

6 comments:

  1. amboi..
    siap gne name syasya lg..
    huhuhu
    cte yg sadis ~_~

    ReplyDelete
  2. watak2 adalah rekaan semata2....tiada kena mengena dengan yang masih hidup, baru hidup ataupun baru nak belajar hidup.....

    ReplyDelete
  3. En Capo, ini cerita rekaan atau cerita benar cuma ditukar nama watak? Please jawab.. Aku panasaran bangat neh! Huhuhu.

    ReplyDelete
  4. sara : kasihan..
    kamil : kawin 2 pandai.. nak bagtau tido umah wanie pn smpai guna note.. takut cakap r takut bang..
    matrus : sengal..
    syasya : psikologi hebat..

    +ada masa+ : great song.. nice voice.. remind me of somebody..

    ReplyDelete
  5. ^Sya*ZiLa^>>kenapa bisa penasaran...ada kena dengan kamu ya...ini cerita rekaan oleh sy seorg penulis jalanan...hehehe

    azyan alias>>i know that sumbody....he use to sing with me on the same stage....btw, kamil bukan takut bini....dia cuma suka menulis...hehehe...

    ReplyDelete