January 8, 2009

+ cinta yang suci +

"Abang, bangunlah bang", suara manja Milah kedengaran lagi di telinga Salleh. Suara yang lunak itu bukan sahaja ibarat mimpi ngeri baginya, malah mampu melumatkan gegendang telinga sekiranya dibiarkan berterusan. Sudah 1 jam Milah merayu-rayu sambil menggerakkan badannya. "Ah, persetan saja dia ini. Nanti pukul 1 tahu lah aku bangun sendiri" Salleh memberontak dalam jiwa. Kalau bangun awal ada saja permintaan Milah nanti. Hantar ke sana lah, ke sini lah, nak beli itulah , beli inilah. Naik rimas Salleh melayan kerenah si Milah. Sudah 7 tahun mereka bersama, faham benar Salleh akan perangai Milah itu.

Mungkin memang itulah dasar lelaki. Sebelum kahwin dirayu-rayu, ditatang-tatang, sanggup berkorban apa sahaja. Apa sahaja yang diinginkan tentu akan dapat. Bukan setakat bangun pagi, sembahyang subuh yang paling liat itu pun sanggup ditunggu azannya. Setahun dalam perkahwinan, mungkin segalanya masih indah. Tetapi selalunya apabila mencecah 7 tahun segalanya berubah. Nada kata tak semesra dulu, tingkah laku sering sahaja menyakitkan, semua permintaan pun tak perlu ditanya sudah tahu jawapannya sendiri. Itulah lelaki, patutlah ramai wanita menjadi bujang tua. Tak kurang juga memilih rakan sejantina sebagai teman.
True love anyone?
True love anyone?

"Abang, bangunlah bang", suara manja Milah kedengaran lagi. "Tolonglah, hantar adik pergi sekolah. Hari ni kan adik masuk darjah 1". Milah masih berharap abangnya akan bangun. Teguh sekali semangat Milah, tidak luntur. "Yelah, yelah. Abang hantar sampai luar sahaja tau. Jangan minta apa-apa nanti", dengan separuh rela Salleh bangun dengan longlai. Ternyata Salleh, 34 tahun, masih suci dan bujang sayang lagi akan adiknya walaupun sudah 7 tahun bersama.

4 comments:

  1. nice engku...dalam diam aku mencintaimu...hehehe

    ReplyDelete
  2. tq, ada msg yg cuba disampaikan iaitu...sayangi adik anda walaupun anda masih suci...hehehe

    ReplyDelete