January 19, 2009

+ aku yang menonton maut +

Malam sabtu yang lalu aku telah pergi menonton filem "Maut' bersama Cik Yan 2 dan Aziz Karim. Keseluruhannya aku berpuas hati walaupun aku lebih rela menunggu tayangan filem ini ketika Thaipusam. 

Apa yang ingin aku kongsi hari ini bukanlah ulasan filem ini tapi kejadian seram yang berlaku kepada aku  sejurus selepas aku pulang ke rumah. 

Aku sampai lebih kurang jam 2 pagi. Pak Ngah (bukan nama sebenar), sedang tidur di ruang tamu.  Aku pun menukar seragam tidur aku dan menghidupkan komputer. Sedang aku asyik menyusun strategi pasukan aku, aku terdengar suara Pak Ngah aku meracau. Aku senyap seketika, cuba memahami apa yang dituturkan. Tiba-tiba suara Pak Ngah bertukar menjadi garau, sambil memanggil "Along, Along tolong. Aku bertambah senyap.

Dalam tempoh 10 minit itu aku dengar ada 3 jenis suara memanggil-manggil aku. Aku kaku keseraman. Nasib baik tiada gadis berhampiran. Jika tidak sudah tentu aku pura-pura berani. Perlahan-perlahan aku tarik headphone dan memasang lagu-lagu black metal kegemaranku. Terlupa pula aku ayat-ayat Quran yang tidak berapa banyak aku hafal itu. Sungguh aku memang lalai. Itupun mujur aku sudah sembahyang Isyak sebelum keluar rumah tadi. Kalau tidak malam itu aku tidur dengan penuh kekesalan kerana takut ke bilik air.

Keesokan harinya barulah aku tahu cerita sebenar. Pak Ngah aku menceritakan pengalaman melihat pintu rumahku yang terbuka luas padahal sudahku kunci ketika masuk. Katanya, dia terlihat bayang putih masuk dah menekan tubuhnya. Dia yang tidak berdaya melawan cuba memanggil aku dengan suara yang agak romantik. Patutlah ada angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut tubuh kecilku yang seram ketika itu. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku tidak mahu mengeruhkan suasana yang seram itu. Teringat aku pada bulu-bulu yang tegak malam itu. Bukan setakat bulu roma, bulu dada aku pun ikut tegak sekali. Sungguh ngeri bila melihat bulu dada sendiri ketegakan, memang tak senonoh rupanya.

Akhirnya barulah aku teringat kebiasaan yang biasa aku buat jika pulang lewat malam. Aku terlupa meninggalkan apa yang mengikut aku malam itu. Selain itu aku juga terlupa membasuh kaki sebelum masuk ke rumah. Moralnya, kepada gadis-gadis, janganlah selalu pulang lewat. Keluar hanya dengan orang yang dikenali dan sentiasa pastikan pepper spray (sila rujuk tatacara penggantian stok) dan personal alarm (sila rujuk cara-cara menggantikan bateri) anda berfungsi dengan baik. Selalunya makhluk kasar lebih merbahaya dari makhluk halus.


5 comments:

  1. Aha.. Keluar hanya dengan orang yang dikenali yeah? Lokman pun saya kenal gak.. Tapi Lokman tak nak kawan Lulu lagi. Personal Alarm kena tukar bateri dah recharge tiap hari yerk :-p

    ReplyDelete
  2. takpe, sy sudi ganti lokman membontoti lulu shoping...dah tukar ye, nice...utk perlindungan kata kasim baba...hehehe

    ReplyDelete
  3. wee~
    ade plak owg mengikut pulang ye?
    alhamdulillah sy tidak mengalami keadaan begitu
    huu ~

    ReplyDelete
  4. ish bukan org...kalo org xder la buat entry seram nih...hehe

    ReplyDelete
  5. owh..silap plak..
    bkn owg tp "benda"..hehheh

    ReplyDelete