January 30, 2009

+ aku yang menonton dakwat hati +

Malam ini aku telah menonton filem Inkheart. Agak menarik cuma terlalu perlahan di permulaannya dan hampir membuatkan gadis di sebelahku kelelapan. 1 yang aku pelajari malam ini. Boleh tempah tiket awal-awal. Tidak perlu lagi kecewa jika dapat tempat kurang menarik atau kehabisan tiket.

Ada 2 nama menarik minat aku dalam filem ini, Dustfinger dan Silvertongue. Aku yang sentiasa impikan mempunyai keupayaan istimewa kurang tertarik dengan keupayaan Silvertongue ini. Tiada faedah untukku menghidupkan karakter-karakter di dalam buku cerita.

Ketika menunggu waktu tayangan, aku menerima 1 panggilan. Suara yang amat aku rindui. Perbualan yang singkat itu mampu mengubah emosiku. Kekeruhan wajahku itu dapat dikesan walaupun hanya terjelma seketika.

Aku tidak berharap mempunyai keupayaan seperti Silvertongue, tapi mampukah aku menghidupkan karakterku dalam ceritaku sendiri??

6 comments:

  1. wahhh.. menonton inkheart.. underworld pun best cik lan.. tp.. sape yg call tu?? hehe.. adakah itu dia??

    ReplyDelete
  2. movie 2 bez..
    erm..
    spe yg abg lan rdu 2??
    huhuhu..
    kongsi2..

    ReplyDelete