January 31, 2009

+ aku yang ditag buat kali pertama +



Tagged ini ku terima dr BB Syasya


* Jawab pertanyaan di bawah dengan gambar dr Google

1/ The Age of My Next Birthday
Sweet 29...ahaks....
2/ A Place(or places) I'd Like To Travel
Mekah.....jangan jeles lak
Hokkaido.....
3/ A Favourite Place
in front of my pc....very sacred place.....jangan la cuba nak suh beli ikan masin ke....huhu.....
4/ A Favourite Food
Ayam lemonade...gadis-gadis tolong jangan risau...tak tahu masak ni pun takpe...aku leh makan kat hotel....haha
5/ Favourite Things
Sekali lagi.....


6/ A Favourite Color
I Hate Black!!!
7/ Where I Was Born
Milky Way....There's a planet called earth...
8/ A City I've Lived In
Gambar hanya hiasan semata-mata.....
9/ A Nickname I Have
'A' je?? aku letak 3 ek....Along...sebutan ialan Alun.....

Lan...untuk rakan, gadis-gadis dan Kak Ati...


Kyo....dah lama takde org panggil....diorang semua dah dewasa....
10/ College Major
Computer Science...gambar yang sama...Maklumlah, anti sosial...

11/ Hobby
Manga, Anime, Komik, Main game, Mengadap PC (Tak ulang gambar lagi ye).....



12/ Bad Habit
Selain 4 di atas...tambah 1 di bawah...bila la nak berhenti ni....

13/ Name of My Love
Family (kopi dari syasya)Friends(kopi dari syasya)
Somebody....still.....

14/ Wishlist
Happy Life (kopi dari syasya)

poster Debra Messing...hahahaCompressor yang sebenar...bukan cobaan...

15/ Tag 7 People
Tak tahu la nak tag sape...aku tag  je diorang ni...kalau diorng tak jawab jangan marah ek

1--> Usher
2--> Brad Pitt
3--> Aqasha
4-->David Beckham
5--> Stephen Chow
6--> Cik Yan 1
7--> Engku Nysa (kau wajib jawab, bukan ada kerja pun kat pejabat tu)



January 30, 2009

+ aku yang menonton dakwat hati +

Malam ini aku telah menonton filem Inkheart. Agak menarik cuma terlalu perlahan di permulaannya dan hampir membuatkan gadis di sebelahku kelelapan. 1 yang aku pelajari malam ini. Boleh tempah tiket awal-awal. Tidak perlu lagi kecewa jika dapat tempat kurang menarik atau kehabisan tiket.

Ada 2 nama menarik minat aku dalam filem ini, Dustfinger dan Silvertongue. Aku yang sentiasa impikan mempunyai keupayaan istimewa kurang tertarik dengan keupayaan Silvertongue ini. Tiada faedah untukku menghidupkan karakter-karakter di dalam buku cerita.

Ketika menunggu waktu tayangan, aku menerima 1 panggilan. Suara yang amat aku rindui. Perbualan yang singkat itu mampu mengubah emosiku. Kekeruhan wajahku itu dapat dikesan walaupun hanya terjelma seketika.

Aku tidak berharap mempunyai keupayaan seperti Silvertongue, tapi mampukah aku menghidupkan karakterku dalam ceritaku sendiri??

January 23, 2009

+ aku yang membara +

Marah benar aku hari ini melihatkan kekurang-ajaran seorang pemandu yang tidak berhemah. Aku rasa tidak perlulah aku menulis lebih panjang lagi kerana mukaku yang agak manis ini sedang berpura-pura bekerja dengan tekun.



Kereta 'besar' sedang menjulurkan dirinya sendiri. Bukan sahaja menyusahkan pemandu lain, pemilik kompressor hitam di sebelahnya telah mengalami kemarahan terlampau seawal subuh melihat keadaan ini.



Nota kaki aku yang diletakkan di cermin hadapan walaupun aku lebih rela meletakkan kaki ke mukanya.

Moral: Kalau anda pemilik kenderaan 'besar' seperti ini, tidak perlulah mengambil ruang yang terlalu banyak. Lainlah kalau anda memiliki kenderaan kecil seperti Rexton, Airtrek mahupun Storm. Sekian Wassalamu.

+ aku yang baling bola boling +

Rabu, tanggal 21 Januari 2009 menyaksikan hari aktiviti sosial sedunia aku. Selepas berkaraoke di waktu petang, MiG telah mengajakku menyertai aktiviti boling bersama keluarganya. Aku yang baru pulang membeli-belah bersama nenekku lantas menukar pakaian yang lebih bersopan kerana telah dimaklumkan akan kehadiran adik dan adik ipar MiG.

Sesampainya aku di Jusco, aku dapati mereka sedang bermain pool sementara menanti gelanggang yang ditempah. Aku dengan tidak membuang masa terus menunjukkan bakat yang dilatih sejak darjah 6 dengan meletupkan 4 biji bola pool dengan berturut-turut. Ternyata latihan intensif di Pusat Permainan Ah Sai selama 5 tahun membuahkan hasil kerana mampu untuk membuat gadis-gadis kekaguman.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali kelima aku bermain boling dan hanya kali ketiga bermain dari awal ke akhir. Aku yang menggunakan nama Brad Pitt bermula dengan langkah sumbang apabila gagal untuk mendapatkan sebarang spare mahupun strike. Kebangkitan aku di saat akhir meresahkan pencabar lain yang memandah rendah aku sebelum itu. Berikut adalah keputusan rasmi yang dikeluarkan sejurus selepas permainan tamat.

  1. Adik ipar MiG 2
  2. Biras MiG
  3. MiG
  4. Aku

Kegagalan ini akan menjadi dorongan dan iktibar buat aku dalam menghadapi sebarang kejohanan samada di dalam ataupun di luar negeri. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!


Kontijen MiG puas selepas menyapu bersih semua pingat dipertandingkan:

Dari kiri; Adik ipar MiG 1, Biras MiG, Adik Ipar MiG 2, MiG Jr, MiG, Orang Rumah MiG, Adik MiG.

January 21, 2009

+ aku yang kira OK +

Petang tadi, selepas tamat waktu bekerja aku telah mengikuti satu aktiviti sosial bulanan pejabat aku iaitu Karaoke di Seremban Parade. Walaupun agak kurang mendapat sambutan kerana ramai yang mempunyai masalah tersendiri, suasana tetap meriah seperti biasa. Aku, Nani dan Faizal tetap ghairah men'sumbangkan suara masing-masing tanpa kelibat Ghimau dan Sayur.

Kami hanya sempat melalak selama 1 jam kerana komitmen rumahtangga masing-masing. Berikut adalah antara lagu-lagu yang telah aku sumbangkan hari ini.
  1. Bila Resah - Annuar Zain (lagu wajib untuk menaikkan semangat)
  2. Chantek - Altimet feat Adeeb (lagu baru, sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar bercakap)
  3. Nobody Knows - Tony Rich Project (luahan perasaan)
  4. Di Persimpangan Dilema - Nora (ditujukan, bukan tuju-tuju untuk seseorang)
Alhamdulillah semua lagu berjaya di'sumbangkan dengan baik. Kalau Annuar Zain ada ketika itu, tersipu-sipu dia melihat anak tekak yang aku kutip selepas selesai aku menyanyikan lagunya. Ada kemungkinan aktiviti ini akan diulang semula kerana aku belum mendapat kepuasan yang sewajarnya. Nantikan kemunculannya.....

January 19, 2009

+ aku yang menonton maut +

Malam sabtu yang lalu aku telah pergi menonton filem "Maut' bersama Cik Yan 2 dan Aziz Karim. Keseluruhannya aku berpuas hati walaupun aku lebih rela menunggu tayangan filem ini ketika Thaipusam. 

Apa yang ingin aku kongsi hari ini bukanlah ulasan filem ini tapi kejadian seram yang berlaku kepada aku  sejurus selepas aku pulang ke rumah. 

Aku sampai lebih kurang jam 2 pagi. Pak Ngah (bukan nama sebenar), sedang tidur di ruang tamu.  Aku pun menukar seragam tidur aku dan menghidupkan komputer. Sedang aku asyik menyusun strategi pasukan aku, aku terdengar suara Pak Ngah aku meracau. Aku senyap seketika, cuba memahami apa yang dituturkan. Tiba-tiba suara Pak Ngah bertukar menjadi garau, sambil memanggil "Along, Along tolong. Aku bertambah senyap.

Dalam tempoh 10 minit itu aku dengar ada 3 jenis suara memanggil-manggil aku. Aku kaku keseraman. Nasib baik tiada gadis berhampiran. Jika tidak sudah tentu aku pura-pura berani. Perlahan-perlahan aku tarik headphone dan memasang lagu-lagu black metal kegemaranku. Terlupa pula aku ayat-ayat Quran yang tidak berapa banyak aku hafal itu. Sungguh aku memang lalai. Itupun mujur aku sudah sembahyang Isyak sebelum keluar rumah tadi. Kalau tidak malam itu aku tidur dengan penuh kekesalan kerana takut ke bilik air.

Keesokan harinya barulah aku tahu cerita sebenar. Pak Ngah aku menceritakan pengalaman melihat pintu rumahku yang terbuka luas padahal sudahku kunci ketika masuk. Katanya, dia terlihat bayang putih masuk dah menekan tubuhnya. Dia yang tidak berdaya melawan cuba memanggil aku dengan suara yang agak romantik. Patutlah ada angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut tubuh kecilku yang seram ketika itu. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku tidak mahu mengeruhkan suasana yang seram itu. Teringat aku pada bulu-bulu yang tegak malam itu. Bukan setakat bulu roma, bulu dada aku pun ikut tegak sekali. Sungguh ngeri bila melihat bulu dada sendiri ketegakan, memang tak senonoh rupanya.

Akhirnya barulah aku teringat kebiasaan yang biasa aku buat jika pulang lewat malam. Aku terlupa meninggalkan apa yang mengikut aku malam itu. Selain itu aku juga terlupa membasuh kaki sebelum masuk ke rumah. Moralnya, kepada gadis-gadis, janganlah selalu pulang lewat. Keluar hanya dengan orang yang dikenali dan sentiasa pastikan pepper spray (sila rujuk tatacara penggantian stok) dan personal alarm (sila rujuk cara-cara menggantikan bateri) anda berfungsi dengan baik. Selalunya makhluk kasar lebih merbahaya dari makhluk halus.


January 14, 2009

+ aku yang kenal cik yan +

Aku ada kenal 2 gadis. Nama mereka Cik Yan. Cik Yan 1 aku kenal di Gugel Tok. Cik Yan 2 aku kenal di WaiEm. 

Aku kenal Cik Yan 1 dulu. Tujuan asal adalah untuk siasatan berhemah. Kawan seperjalanannya, seorang rakanku, Adi seorang perahsia yang terlampau. Siasatan berhemah berjaya.

Kemudian aku kenal Cik Yan 2. Tujuan untuk mengeratkan perpaduan sesama ummah. Cik Yan 2 berkenalan dengan rakanku,  Aziz Karim. Mengeratkan perpaduan ummah berjaya.

Tapi, adakah mereka berjaya? Sama-samalah kita doakan mereka berjaya.


January 13, 2009

+ aku yang rempat +

"Saya hanya mahu menjalani hidup seperti kanak-kanak lain di dunia, gembira dan pergi ke sekolah", wawancara bersama warga Palestin berusia 9 tahun.

"Oi, tak sekolah kah? Bolo punya olang", makiku pada mat rempat yang cilok kompressor aku petang tadi di tengah kesibukan sebuah pekan metropolitan. 

Kau nampak apa bezanya?


January 11, 2009

+ lulu mahu shopping +

Lokman mundar-mandir. Dari minggu lepas dia nampak resah. Apa yang dibuat serba tak kena. Air suam diteguk terasa masam. Begitu juga mee segera yang jadi makanan rasminya sejak seminggu lalu.

Esok hari kiamat, kata Lokman. Tinggi betul ilmu Lokman padahal sembahyang pun dah 14 tahun dia tak buat. Esok Lokman dah janji nak shoping dengan Lulu. Esok baru 19 haribulan. Gaji lambat lagi. Tak sanggup Lokman makan mee segera lagi sementara menanti gajinya masuk. Kalau tak diturutkan kehendak Lulu, muncungnya semacam perut Lokman yang buncit mee segera. Sayang sangat Lokman kepada Lulu, walaupun Lulu tak pernah pun sayang Lokman sebenarnya. Lokman sekadar dianggap teksi, mesin ATM dan juga kad kredit bergerak Lulu.

Hari ini genap seminggu Lokman berkira-kira. Aset keseluruhan tak henti-henti dicongak. Dalam saku ada Rm20. Ada lagi baki di bank sebanyak Rm300. Masih tak cukup. Lokman teringat duit simpanan kahwinnya sebanyak Rm5000. Tak sampai hati Lokman nak keluarkan hasil titik peluh arwah ibunya itu. Lokman tau benar jadual dan perkiraan shoping Lulu.

Pagi-pagi lagi mahu jemput. Jangan lewat. Nanti Lulu pergi dengan lelaki lain. Sampai-sampai bawa Lulu makan Prosperity. Dah seminggu juga Lulu canang dia mengidam. "Mengidam apa, aku belum buntingkan kau lagi", nakal juga Lokman rupanya. Walaupun memiliki wajah yang agak skema. "Maskara I dah abis la Lokman. Kat sini tak ada stok Maybelline", manja suara Lulu sambil melentokkan kepalanya ke bahu Lokman. Lokman memang lelaki yang mudah cair, selain kurang iman dan pengetahuan. Inilah ciri-ciri lelaki idaman Lulu selama ini.
shopping
Saya lah Lulu..huhu
Perut dah kenyang, Lulu akan mendahului perjalanan seperti serigala. Lokman hanya membontoti sahaja, cucuk angin rapat-rapat. Habis satu kedai, masuk kedai lain. Beg plastik yang dipegang Lokman makin bertambah. Kasut sahaja ada 5 beg. Baru tadi Lulu masuk ke kedai pakaian tidur. 2 pasang dibayar Lokman. Bajunya macam kelambu, boleh nampak semua di dalam pun cecah Rm500. "Lulu mahu berlatih untukku mungkin", Lokman menyedapkan hatinya yang sudah tawar.

Hampir seratus kedai dimasuki Lokman dan Lulu hari itu. Lega hati Lokman, tapi tak lama. "Maaaan, mari kita ke Plaza XYZ. Sana lagi banyak pilihan baju tau", ngeri sekali ajakan itu. "Sini tak banyak pilihan pun, dah dekat seribu kau belanja. Aku pijak juga tengkuk engkau nanti", Lokman tiba-tiba jadi berani melawan Lulu. Tapi dalam hati sahajalah. "Ok sayang, apa sahaja untukmu".

Tangan Lokman ditarik lembut. Indahnya hidup kalau begini hari-hari. Hilang marah Lokman, timbul bahagia. Eh, marah lagi. Lulu dah tarik kerusi di Starbuck. Laju juga dia jalan. Baru tadi tangannya dipegang. "Cis, nyonya rupanya yang pegang aku", marah Lokman. Mungkin kerana nyonya itu tak secantik Lulu. 2 ice blended, kertas merah bertukar tangan. Sambil main-main buih mulut Lulu tak henti menyedut asap Marlboro Light yang dibeli menggunakan duit Lokman. Lokman hanya menganga, dia bekas perokok. Mahu simpan duit untuk kahwin katanya.

Tengah malam baru Lokman sampai rumah selepas hantar Lulu pulang. Badannya letih-letih. Tak ada sesiapa mahu urut Lokman. Lokman sunyi hidupnya. Rumahnya hanya ada peti tv yang usang.

Allahuakbar Allahuakbar. Bunyi azan berkumandang. Lokman terjaga dari mimpinya. Masih dalam kerisauan kerana esok belum ditempuhi lagi. Lokman buka tv mahu tonton berita. Hari ini cerita serangan Israel lagi.

Tiba-tiba Lokman sebak.

Israel bermaharajalela. Ramai tidak berdosa dibunuh. Anak-anak comel hanya tinggal kepala. Ramai isteri jadi janda dan suami jadi duda.

Larangan serangan Phosporus yang diharamkan ke atas penduduk awam tidak dihiraukan.

Lokman sebak. Siapa sangka Allah Maha Pengasih mahu kurniakan Nur pada Lokman hari itu.

Lokman menangis. Terasa dirinya hina tidak berdaya selamatkan sesiapa. Dalam hati Lokman sudah buat ketetapan. Selamatkan dirinya sendiri.

Lokman mahu berubah.Lokman mahu jihad.

Lokman mahu boikot barang-barang Yahudi. Pedulikan apa Lulu mahu. Lulu juga diboikot Lokman.

Hari ini menjadi sejarah. Lokman sembahyang bersejadahkan kain pelekat usang. Nasib baik Lokman masih ingat niat mandi wajib. Lokman berdoa kepada Allah. "Selamatkanlah saudara-saudaraku di Palestin, datangkanlah bala kepada Israel, dan temukanlah aku dengan jodohku", pendek tapi padat doa Lokman.

Hari ini juga menjadi sejarah. Lokman telah menyelamatkan seorang dirinya, duitnya yang sekangkang kera dan mungkin bejuta nyawa tidak berdosa.

January 8, 2009

+ hanya tinggal pusara +

Sudah setahun Ali dan Hasni menunggu kelahiran anak mereka yang sulung. Bermula dari sumpahan akad dan janji, hinggalah menerima perkhabaran gembira dari doktor. Segala persiapan telahpun dirancang mereka untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak itu.

Isnin lalu, longlai kedua kaki Ali. Hasni yang pucat sedang terbaring di katil hospital. "Apa salah aku?", beribu kali soalan ini menyinggah ke benak Ali. Seminggu yang lalu, kandungan Hasni masih sihat. Teringat Ali betapa gembiranya Hasni berkata "Bang, kuat nampaknya anak kita menendang. Kuat jalan seperti ayahnya kan". Tak henti-henti Ali menyalahkan dirinya walaupun tidak tahu apa punca, selaju hujan di mata Hasni. Hari itu, doktor mengesahkan bayi mereka mati dalam kandungan. Ya, kandungan yang diusung Hasni sejak 7 bulan yang lalu.

Ali tahu, sedih hatinya tak dapat dibandingkan dengan isteri tercinta. Segagah mungkin Ali menahan sebak. Tangan Hasni diusap perlahan-lahan. Airmata Hasni disapu dengan penuh rasa sayang. "Sabarlah sayang, ada hikmahnya ujian tuhan ini", itulah antara perkataan yang masih wujud dalam kamus bahasa Ali hari itu. Yang lain hilang kemana, seperti hilangnya harapan Ali bergelar bapa mithali.

Mahu juga Ali menyalahkan pihak hospital kerana tidak peka masalah kandungan. Kelewatan tindakan diambil juga menyemarakkan rasa tidak puas hati Ali. Perlahan-lahan sedih ditanggung Ali bertukar menjadi marah. "Kau semua tunggu, akan ku saman seluruh hospital ini. Macam mana kamu semua bekerja? Langsung tidak mencerminkan budaya perkhidmatan cemerlang kakitangan awam", bentak hati Ali lagi. Buat masa ini biarlah semua selesai dahulu. Trauma di hati Hasni lebih utama untuk difikirkan. "Anak boleh bikin lagi, yang penting kau berdua selamat", Ali mengaku kebenaran kata-kata bapa mertuanya itu. Syukur Ali kepada Allah s.w.t kerana Hasni masih di sisinya.
Sekadar gambar hiasan. Kredit amrufm.
Hari ini, berduyun sanak saudara menziarahi Ali dan Hasni. Tidak ketinggalan rakan sekerja yang hadir menyatakan sokongan mereka. Kandungan Hasni selamat dikeluarkan secara semulajadi walaupun hopsital enggan melakukan pembedahan. Hari ini, hari pengkebumian bayi yang tidak berdosa itu. Ketika semua melangkah pergi meninggalkan kawasan pusara. Tinggal 2 tubuh masih terpaku di situ. Ali dan Hasni,  berpegangan tangan, menatap sayu nisan anak mereka.

Al-fatihah,

Ali : Virgo sejati. Teliti, tekun dan sabar. Sentiasa berusaha memajukan diri. Selalu melengkapkan kekurangan rakan sekerja, Sang Aquarius sejati.

Hasni : Tidak pernah kurang senyuman. Sentiasa ceria dan mendamaikan.

Li & Has, bersabarlah ujian tuhan ini. Kamu berdua memang bakal ibu bapa yang cemerlang.
* Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Ada yang hidup tersentuh kerananya.

+ cinta yang suci +

"Abang, bangunlah bang", suara manja Milah kedengaran lagi di telinga Salleh. Suara yang lunak itu bukan sahaja ibarat mimpi ngeri baginya, malah mampu melumatkan gegendang telinga sekiranya dibiarkan berterusan. Sudah 1 jam Milah merayu-rayu sambil menggerakkan badannya. "Ah, persetan saja dia ini. Nanti pukul 1 tahu lah aku bangun sendiri" Salleh memberontak dalam jiwa. Kalau bangun awal ada saja permintaan Milah nanti. Hantar ke sana lah, ke sini lah, nak beli itulah , beli inilah. Naik rimas Salleh melayan kerenah si Milah. Sudah 7 tahun mereka bersama, faham benar Salleh akan perangai Milah itu.

Mungkin memang itulah dasar lelaki. Sebelum kahwin dirayu-rayu, ditatang-tatang, sanggup berkorban apa sahaja. Apa sahaja yang diinginkan tentu akan dapat. Bukan setakat bangun pagi, sembahyang subuh yang paling liat itu pun sanggup ditunggu azannya. Setahun dalam perkahwinan, mungkin segalanya masih indah. Tetapi selalunya apabila mencecah 7 tahun segalanya berubah. Nada kata tak semesra dulu, tingkah laku sering sahaja menyakitkan, semua permintaan pun tak perlu ditanya sudah tahu jawapannya sendiri. Itulah lelaki, patutlah ramai wanita menjadi bujang tua. Tak kurang juga memilih rakan sejantina sebagai teman.
True love anyone?
True love anyone?

"Abang, bangunlah bang", suara manja Milah kedengaran lagi. "Tolonglah, hantar adik pergi sekolah. Hari ni kan adik masuk darjah 1". Milah masih berharap abangnya akan bangun. Teguh sekali semangat Milah, tidak luntur. "Yelah, yelah. Abang hantar sampai luar sahaja tau. Jangan minta apa-apa nanti", dengan separuh rela Salleh bangun dengan longlai. Ternyata Salleh, 34 tahun, masih suci dan bujang sayang lagi akan adiknya walaupun sudah 7 tahun bersama.

January 7, 2009

+ 7 Days Into 2009 #2 - 10 Muharram +

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura (10 muharram, bersamaan rabu, 7 january 2008) 

 1. Melapangkan masa/belanja anak isteri - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.  

2. Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkan dia dalam kubur nanti. 
  
3. Menahan marah- di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
  
4. Menunjukkan orang sesat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya, 
  
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut sapuannya. 
  
6. Bersedekah - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini. 
  
7. Memelihara kehormatan diri - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
  
8. Mandi sunat - tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. 
  lafaz niat: "sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah taala" 
  
9. Bercelak - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
  
10. Membaca qulhuwAllah hingga akhir seribu kali. - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmat di akhirat nanti. 
  
11. Sembahyang sunat empat rakaat. - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
lafaz niat : "sahaja aku sembahyang sunat hari asyura empat rakaat kerana Allah taala" 
pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca qulhuwAllah sebelas kali. 
  
12. Membaca "hasbiyAllahu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru" - tidak mati pada tahun ini. 
  
13. Menjamu orang berbuka puasa - diberi pahala seperti memberi sekelian orang islam berbuka puasa. 
  
14. Puasa niat - diberi pahala seribu kali haji,seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 
lafaz niat : "sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah taala"

Aku cuma sekadar ingin berkongsi sahaja....aku memang tak buat sebab aku sendiri tak peka Hari Asyura ni.....tapi sebagai umat Islam, elok lah kalo kita sentiasa melakukan kebaikan2 di atas walaupun bukan pada Hari Asyura.....Janganlah hanya mengejar fadilat2 dan pahala sahaja sehingga keliru konsep kita sebagai hamba pada Nya.....

+ 7 days into 2009 +

Hari ini genap la 7 hari kita melangkah ke tahun 2009....Aku nak mengambil kesempatan untuk review balik azam2 dungun aku yang telah terpahat di dalam memori usang aku ini....

Kalo ada yang tanya kenapa nak tunggu 7 hari?? Nape tak buat macam SKT tu??? Bulan 6 baru nak review...Ataupun macam kajian separuh penggal yang kita selalu dengar tapi tak faham apa benda alah nye tu...Adakah kerana mukaku yang mirip Beckham??? Suka citer Se7en dan Seven Samurai??? Ataupun kerana suka beli Eclipse kat 7e??? Ataupun sebab aku tak suka 7up mahupun Seven Seas??? Tak payah la fikir banyak2, sukati aku la nak buat bila2 yang aku suka....hahaha

Aku review terus la ek...kang aku melalut lak susah korang....Azam aku yang pertama ialah...jeng jeng jeng.....ye salah jawapan anda....jawapannye ialah, nak katakan tidak pada merokok....hahaha...Korang jangan la tuduh aku pro KJ lak....bukan, tujuan aku adalah untuk menjaga kesihatan diri ini untuk orang2 yang tersayang...I treasure my life as I treasure my love one....arguebly the most underrated quotes in my life...di samping itu aku juga ingin menabung untuk masa hadapan anak2 aku...yela, tak lama lagi anak aku yang sulung dah nak masuk U, yang 2nd tu amik PMR lak tahun ni, yang bongsu baru masuk darjah 1...giler banyak duit kena pakai kan...elok lah kalo aku start menyimpan dari skrg...so, sebelum anak2 masuk 3 orang  baik aku cari duit untuk mak (atau mak2) diorang tu dulu...hehehe....Azam ini nampak nye agak sukar dicapai terutama sekali ketika jiwa dilanda keresahan...mungkin bila laut kurang bergelora nanti aku berjaya mencapainya....sekarang ni dalam proses mengurangkan kuantiti bukan kualiti dalam sehari....Insyallah, doakan aku berjaya....

Azam aku yang kedua aku skip kan sebab aku dah tercakap dalam perenggan di atas...Terus masuk azam ke3 iaitu aku nak mendalami beberapa ilmu kebatinan yang dah lama aku idam2 kan selama ini...kalo boleh biarlah ilmu yang bermanfaat untuk aku dan masyarakat setempat di dunia dan di akhirat....hehehe....Nanti2 aku share ilmu2 itu untuk korang skali ek....tak kan la aku sorang2 je nak masuk syurga....korang mesti nak gak kan??? kan??? kan??? tapi tak nak mati, pelik tul la....maksud aku tak nak ingat mati...Jangan lah apabila keranda dibawa, baru bercucuran air mata....kata2 Alam Perwira ni memang syahdu...sinonim dengan sembahyang lah anda sebelum anda disembahyangkan....

Ada 1 azam yang telah aku dropkan seawal minit pertama.....hehehe...bukan apa, maklum lah bila kurang merokok ni selera makan pun bertambah....asek lapar je aku.....bertambah gebu la pipi aku ni...korang jgn suka2 lak nak cubit2....aku reserve kan untuk gadis2 je....korang jgn harap la nak sintuh....hahaha....tapi aku akan cuba mengekalkan bentuk tubuh usher aku ini dengan bersenam sekerap mungkin...apa ingat orang orang ensem tak payah senam ke???

Itu je la azam aku untuk tahun ni....takder la ambitious sangat kan.....biasa2 je....ala, korang takyah la kutuk2 azam aku ni...azam korang macam best sangat je....hehehe

January 5, 2009

+ tak leh tido lagi la pulok +

Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi...nak pukul2 pe lagi lak, dah aku takleh nak tido....aku menidurkan diri tadi pukul 12.05 minit...lepas setel bersihkan mekap, gosok gigi, cuci muka, letak night cream dan pakai kino (2/5 dari penyataan tersebut adalah benar) aku pun bersedia memulakan pelayaran....Jam 1.20 aku bangun, aku tarik One Piece volume 51, aku baca dengan tekun buat kali ke 3 sampai abis....dah ngantuk sket....aku tutup lampu, sampai la ni....Aduhai, apa la nak jadi lagi ngan aku ni.....Nak kata aku teringat kat dia....tu dah semestinya.....tapi perlu ke aku teringat2 sampai takleh tido??? apa kejadah nya kan??? Esok nak keje lak tu.....Kul 11 ada meeting lagi...Mungkin ke sebab aku tak lepas main Condition Zero tadi??? Baru main normal beb, takkan dah nak pening kepala...Ermmm, takkan la sebab team Hull aku tadi baru lepas menang 5-0 lawan Portsmouth....tak sia2 aku ngadap dari malam new year aritu...hehehe...Cis, fikir punya fikir baru aku tau...Rupanya aku lum pulih sepenuhnya dari penyakit aku ni....Penat je fikir dari tadi....

Teringat kat 1 lagu P. Ramlee....

Pukul tiga pagi tidurlah intan
Besok bangun lagi senda gurauan
Bangun pagi-pagi hai renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan
Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang... bujang
Bukan mata keranjang... sembahyang

Untuk pengetahuan ict korang, lagu ini telah dinyanyikan semula oleh Matchbox 20 dalam versi English bertajuk 3A.M.....hehehe

Apa aku nak buat ni ek???? Kena update blog ke???

January 1, 2009

+ benvenuto 2009 +

Salam semua...

Tak sangka tul aku akhirnya menyahut seruan kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang blog ini....Harap2 blog aku ni takkan jadi seperti diari pink aku masa tahun 2001, hanya 7 hari je yg larat tulis....Lagi 300 lebih tu aku simpan dlm memori terindah aku je...huhu..Tupun dah kira rekod kebangsaan dalam hidup aku...

Adapun tujuan blog ini dilancarkan oleh aku sendiri bukan lah mempunyai tujuan yg spesifik...Aku mungkin akan menulis mengenai pelbagai aspek kehidupan yang aku pandang dari kaca mata aku sendiri...kalo aku pakai contact lens nanti aku tukar ayat tu k...

Oleh kerana hari ni tahun baru 2009, serentak dengan pelancaran blog ini aku juga ingin melancarkan beberapa keazaman yang telah terpahat di hati ini untuk aku capai pada tahun ini...Harap2 tercapai la hendaknya, dengan izin Allah swt...Amin...

Cuma ada sedikit kesedihan melanda diri ini...Tak sangka malam tadi aku telah membuat seorang gadis menangis...Bukan, bukan kerana aku telah apa2 kan dia...belum lagi...Juga bukan kerana aku melakukan gangguan mental seperti yang biasa aku lakukan kepada gadis2 bawah umur yang lain...Mungkin ada yang aku ucapkan membuat hatinya tersentuh...Kepada gadis itu, aku ingin meminta maaf yang teramat sangat...Aku cuma ingin berehat beberapa hari kerana jantung aku dah tak larat nak menahan degupan yang terlampau pantas...aku takut diserang strok apabila aku marah lagi....huhuhu....

Eh, mak aku dah siap masak cekodok pisang....calo dulu cha...ARRIVEDERCI 2008, BENVENUTO 2009...

Happy new year 2009
Happy new year 2009. Taken from jiwang.org