July 3, 2013

Kami dan Zumba


Hi,
 
zumba fitness
kredit www.orientalsportsacademy.com
Nak cerita sikit pasal kami dan Zumba. Mulanya saya terjumpa iklan dalam GroupOn mengenai set DVD Zumba berharga RM300 lebih kot lepas diskaun. Mula-mula rasa nak beli je lepas baca kat wiki Zumba ni adalah senaman berbentuk tarian yang berbeza dengan aerobik mahupun aeroback. Antara tarian yang ada ialah salsa, tango, merengue, reggaeton, hip-hop dan lain-lain. Selain tu ada juga tarian eksotik seperti bellydance dan Bollywood. Yang belum ada joget lambak je, sebab mungkin pengasasnya, Beto Perez tak pernah dijemput pergi kenduri yang anjurkan joget lambak.

zumba dance
ni iklan zumba yang lain dalam GroupOn...
Nanti saya ceritakan macam mana saya boleh dapat DVD Zumba ni ye. Masa tu saya masih dalam proses untuk mengecat peti ais lama kami. Punya la semangat kan, badan kaler pink lagi sebab habuk cat dah berzumba. Sejak itu, hampir setiap hari saya, Wildcutecat dan Arissa akan berzumba setiap petang dan pagi ketika weekend. Walaupun hasilnya tak berapa nampak di cermin dan timbangan tapi aktivitinya sungguh menyeronokkan. Peluh jangan cerita la, memang banjir lantai depan tv rumah kami tu. Kebanyakkannya ialah peluh saya sebab Wildcutecat dan Arissa tak macam air terjun sangat lajunya.
Zumba Exhilarate Body Shaping System - 4 DVD Set Plus Bonus
Macam ni la rupa DVD set tu. Cuma tak dapat dumbell sebab....
Dalam set ini ada 6 DVD yang mengandungi 5 aktiviti yang berbeza. Info dari laman web Zumba...
  • Step by Step - A Basic Guide to Break Down the Steps
  • Activate - A 45-Minute, Easy-to-Follow Class to Get You Started
  • Ripped: Zumba® Toning - The Body-Sculpting Workout Featuring Exclusive Maraca-Like Zumba® Toning Sticks and Mix - A Rhythmic Journey Around the World
  • Exhilarate™ - The Original Full-Length Fitness-Party Experience
  • Rush - A 20-minute workout to amp you up
Manakala DVD ke 6 ialah konsert Zumba yang mengandungi aktiviti yang sama dengan Exhilarate.
 
Zumba Exhilarate CD Chart
Zumba Exhilarate CD Chart

Setakat ini kami dah explore 5 DVD. Mula-mula terus kami buat Exhilarate sebab tak tahu nak mula dari mana. Lepas tu rasa susah sebab tak tau step. Nasib baik ada Step by Step yang mengajar basic camne nak ke kiri kanan, terlentang, baring, cangkung, menonggeng dan sebagainya. Manakala Activate adalah versi Zumba yang agak perlahan tapi masih mampu membuatkan saya berpeluh dan Rush, walaupun hanya 20 minit tapi saya berani jamin kompom putus nafas sebab aktivitinya dibuat dengan pantas. Apapun Exhilarate adalah kegemaran kami dan kalau nak tambah seronok kami akan buka konsert Zumba di mana semua penonton akan berzumba sekali dengan instructor. Rasa macam flash mob pun ada. Huhu

Dalam seminggu dua ni aktiviti ini terpaksa dihentikan sementara untuk memberikan laluan kepada movie2 musim panas di pawagam sekarang. Wildcutecat pun dah beli kasut Zumba beliau dan aktiviti boleh diteruskan macam biasa. Saya juga mahu kasut Zumba. Kalau tak saya kena pakai stokin je sebab takut kematu kaki kalau berzumba atas tiles rumah.
zumba shoes - Z-Kickz
saya mahu ini..
Harap boleh diteruskan aktiviti ini sebab nak dengar Arissa cakap "single, single, double" lagi. Huhuhu. Bagi yang masih belum tahu ataupun berminat saya kongsikan beberapa video dari YouTube ni.

1. Zumba® Fitness FAQ by Tanya Beardsley and Gina Grant


2. Zumba Fitness Concert. kena klik sebab uploader tak bagi embed.

Sekian, selamat melentikkan badan!!!

June 11, 2013

DIY - Paint Job for an Old Refrigerator

Do-It-Yourself - Mengecat Peti Ais Lama

Hai,

Kali ni saya nak sharekan aktiviti saya dan Wildcutecat pada weekend lepas. Sepatutnya kerja boleh siap dalam 1 hari, tapi disebabkan bahan mentah tak cukup so kenalah sambung hari kedua.

Jadi apa yang diperlukan untuk mengecat peti ais lama?

Bahan-bahan
1. Peti ais lama of coz
2. Kertas pasir (yang tak berapa kasar)
3. Cat
     i. Warna XXXX (dirahsiakan, 2 botol)
     ii. Hitam (3 botol)
     iii. Silver untuk undercoat (1)
     iv. Clear (1)
4. Suratkhabar lama
5. Sellotape

Langkah-langkah:

1. Mula-mula, kena kemaskan dulu sekitar dan atas peti ais. Lap dengan kain basah untuk menghilangkan kekotoran.
DIY - Repaint Old Refrigerator - clean
this is no no no...
2. Gunakan kertas pasir untuk menghilangkan karat dan melicinkan permukaan.

DIY - Repaint Old Refrigerator - hilangkan karat
nampak karat? kat bahagian bawah kiri.,.dikumpul selama belasan tahun

3. Setelah selesai, lap dengan kain basah dan biarkan kering.

4. Balut bahagian yang belum mahu dicat dengan menggunakan suratkhabar lama dan sellotape.

DIY - Repaint Old Refrigerator - balut dengan suratkhabar lama
balut pintu...
5. Spray. Dalam kes saya, saya spray hitam di bahagian tepi dan warna XXXX untuk pintu. Biarkan kering

DIY - Repaint Old Refrigerator - cat tepi
cat bahagian tepi..

DIY - Repaint Old Refrigerator - cat atas
cat bahagian atas...
6. Dah selesai cat bahagian tepi dan atas, buka suratkhabar lama dan balut bahagian yang telah dicat.

7. Spray undercoat kat bahagian pintu. Biarkan kering.
DIY - Repaint Old Refrigerator - undercoat
undercoat silver...
8. Spray warna XXXX di atas undercoat tadi. Biarkan kering.

9. Untuk finishing, tutup bahagian pintu untuk mengecat bahagian plastik di bahagian atas, bawah dan tengah peti ais. Biarkan kering. 

Tips! Untuk hasil yang lebih cantik pastikan peti ais dalam keadaan terlentang macam ni. baru senang nak spray secara sekata.

DIY - Repaint Old Refrigerator - finishing
bunga-bunga warna XXXX sudah kelihatan...
10. Spray clear untuk memastikan cat nampak lebih cantik dan tahan lama. Biarkan kering

11. Dan persembahkan hasilnya....

DIY - Repaint Old Refrigerator - siap
pink mata hitamku...

Satu-satunya peti ais berwarna pink hitam di dunia. Idea muncul apabila ternampak peti ais warna oren hitam di pasaraya Aeon Big, Rahang. Sebelum tu memang nak cat peti ais berusia 15 tahun tu, cuma tak tahu nak cat warna apa je. Nasib baik saya memang ada pengalaman mengecat motor oren hitam saya dulu. Beza dengan mengecat motor, parts peti ais ni tak boleh dibaraikan. Jadi tahap kesukarannya agak tinggi dari mengecat motor.

Mari kita tengok perbandingan sebelum dan selepas.
DIY - Repaint Old Refrigerator - before and after
sebelum dan selepas.
Nampak magnet yang bersusun tu? Ia adalah hasil tangan Wildcutecat yang bernas untuk menutup kecacatan yang tidak disengajakan.
DIY - Repaint Old Refrigerator - defect
kecacatan...
Punca ialah apabila saya mengecat bahagian tengah peti ais, saya spray berulang kali menyebabkan kertas suratkhabar menjadi terlalu basah dan melekat pada bahagian pintu yang telah dicat.

Tips! Pastikan anda tidak spray terlalu banyak hingga menyebabkan kertas suratkhabar terlalu basah. Jika perlu, pastikan bahagian tersebut dilekatkat dengan plastik ataupun sellotape.

Selain itu cat juga nampak tak berapa sekata. Mungkin disebabkan permukaan yang tak berapa rata, permukaan tidak digosok dengan betul menggunakan kertas pasir dan terdapat kekotoran yang tidak dibersihkan. Tapi kalau dari jauh nampak perfect je, dekat-dekat baru nampak spoil sikit.

Masa ini juga adalah masa yang paling sesuai untuk membuat 5S di dalam peti ais anda. Ini adalah gambar selepas dikemaskan. Kalau nak gambar sebelum saya akan post 6 bulan lagi. Huhuhu...

DIY - Repaint Old Refrigerator - 5S
dah kemas barulah snap...huhu
Dan saya jamin perasaan pelik dan hairan akan muncul apabila mengumpul barangan yang dah expired dan tak berguna lagi.
DIY - Repaint Old Refrigerator - garbage
2 plastik barangan yang tidak boleh digunakan lagi...
Sebelum beredar, saya nak sharekan sekeping gambar lagi dari pelbagai sudut dimensi.

kiri, kanan dan tengah

Siyes, tak puas memandang. Jadi sekarang saya sedia menerima tempahan dengan kadar bayaran untuk peti ais kecil (RM290), peti ais medium (RM350), peti ais besar (RM450), mesin basuh (RM300) dan laptop (RM150). Tiada jaminan untuk kualiti dan tiada tempoh warranty. Huhuhu...

Kalau ada sesiapa yang telah atau baru merancang untuk mengecat peralatan lama anda bolehlah berkongsi di ruangan komen untuk bertukar-tukar pengalaman dan ilmu. Sekian!!

May 29, 2013

Membeli Tidur Yang Berkualiti

Hai,

Kebelakangan ini, bila bangun tidur selalu rasa sakit-sakit di leher. Maklumlah budak baru nak membesar memang tidur lasak. Orang tua-tua dulu selalu salahkan bantal, kena jemur dan sebagainya. Tapi tak cukup berkesan untuk saya.

Tahun lepas ada juga saya kena 'salah bantal' ni. Sampai tak boleh pusing kepala bila memandu. Bukan setakat sakit tengkuk, campur pulak dengan pening kepala tahap jalan pejam mata punya. Selepas 2x sesi urutan badan baru saya kembali normal.

Baru-baru ini kena lagi dalam bulan lepas. Cadangan Wildcutecat untuk membeli bantal yang mahal menyebabkan saya terbeli bantal yang berharga RM50. Itulah bantal paling mahal saya pernah beli. Lebih kurang la sebab saya lupa harga sebenarnya. Beli pun kat Giant Senawang jek.

studio one comfort medic memory pillow
studio one comfort medic memory pillow..

3 hari pertama guna bantal ni memang best, sebab boleh parking kepala betul-betul kat lobang tengah tu. Tapi masuk hari ke4 dah kurang best, satu sebab bantal ni walaupun mahal tapi nipis je dan cepat melepet. Kena letak bantal lain kat bawah dia baru selesa. Tapi masalahnya kalau buat macam tu tak dapat la saya tidur mengereng. Lagi satu sebab dah ada dua lapis jadi bantal ini selalu beralih ke tempat lain selain dari kepala saya. Sungguh tak mencapai objektif.
Dunlopillo
sleep better kalau duit ado...
Kemudian kami jalan-jalan di Jusco Seremban 2, ternampak pulak promosi tilam Dunlopillo dan aksesori. Promoter pulak tanya pasal masalah saya dan mencadangkan kepada saya untuk mencuba bantal Orthorest Memory Foam Pillow. Mula-mula saya cuba sambil berdiri tapi promoter tu suruh saya baring atas tilam harga RM7000 tu (takkan tidur berdiri pulak kan). Wow! Rasa macam tidur kat tepi air terjun sambil berbuai-buai. Memang best. 

orthorest
member of Sime Darby group rupanya...
orthorest memory foam pillow
Rupa bantal dia macam ni la.

Kami terus beli 2 set sebab Wildcutecat percaya testimoni saya tadi. Sekarang dah hampir 2 minggu kami menggunakan bantal ini. Bagi Wildcutecat, dia tak rasa perubahan sebab dia memang takde masalah tidur. Tapi saya rasa memang best dan tak sia-sia invest untuk beli. Bantal dia agak tebal, memang memory foam yang akan kembali ke bentuk asal selepas digunakan dan boleh digunakan dalam pelbagai posisi. Sesuai untuk saya yang selalu kehilangan bantal ketika tidur.

Selain tu, saya juga rasa segar bila bangun tidur, kurang pening kepala dan senang bangun pagi. Siapa kata bantal mahal susah nak bangun? Itulah sebab kualiti tidur itu lebih penting dari kuantiti. Target lepas ni nak beli tilam pulak sebab tilam tu pun guna memory foam juga.

Sekarang ialah masa untuk mengalami 5 peringkat tidur sampaikan saya tak sedar sampai ke pagi. Walaupun Wildcutecat selalu cakap saya selalu bangun marahkan Arissa yang melalak tengah malam, tapi itu bukan aku (Kerispatih) atau versi englishnya it wasn't me (Shaggy). Hoho
  
Oleh itu bagi anda-anda yang mengalami masalah macam saya bolehlah mula mencari bantal ini. Memang tak menyesal walaupun ia akan menjadi bantal yang paling mahal pernah anda beli.

Sekian.
----------------------------- 
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah. 
*Sila tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

May 16, 2013

Kelebihan Bermain Candy Crush Saga + Cheat Extra Life

Hai, 
Candy Crush Saga
Candy Crush Saga. klik untuk muat turun di smartphone anda.
Pernah dengar pasal game Candy Crush Saga? Dah pernah main? Kalau belum, saya sarankan supaya anda jangan cuba-cuba main game ini sebab ianya ber'hantu'.
 
Berhantu sebab kalau dah start main memang tak boleh berhenti punya. Ketagih dengan gula-gula tapi yang tak mendatangkan diabetes.

Sekarang ni, seisi rumah saya merupakan pemain tegar Candy Crush ni. Termasuklah si Arissa yang suka mengacau setiap kali nak main kat iPad dia. Mulanya main masa Arissa warded lama hari tu dan berterusan sehingga hari ini. Sekarang dah level 169 rasa macam nak pencen main dah. Puncanya IQ saya dah serabut memikirkan macam mana nak lepas setiap level, akhirnya berjaya lepas gak dengan tidak sengaja.

Bagi yang dah mula main, sebenarnya ada faedah untuk anda. Boleh rujuk gambar di bawah ye:-

8 life lessons taught by Candy Crush Saga
8 life lessons taught by Candy Crush Saga

Siapa kata main game ni tak berfaedah, tengok banyak je tu. Sekarang selaku pemain tegar saya nak berkongsi cara-cara untuk bermain dengan lebih lama. Memandangkan game Candy Crush ini hanya ada 5 nyawa dalam 1 masa. Bila dah habis nyawa, kena tunggu 1/2 jam untuk refill, melainkan kalau anda sanggup invest dengan membeli charm ataupun bonus. 

Tak perlu semua itu, saya akan kongsi cara percuma untuk mendapatkan extra life (saya akan tulis dalam English, so sorry in advance).

How to get free extra life in Candy Crush?

1. Play with more than 1 device.
Instead of playing in 1 platform try to play it with your other devices. I've played it on my PC, iPad and an android phone so at a time I've got 15 chances to crack a level with (5 life per device). If you have another device (use your wife's if she not playing), try to play on them too.

2. Watch advertisement ( you don't have to though)
For this trick to work you have to play it on your PC (via facebook) and after you used up all your lives. Just follow these easy steps. 
        
Candy Crush Saga cheat extra life 1
i. You failed a level
Candy Crush Saga cheat extra life 2
ii. Click Try again and this screen will pop up.

Candy Crush Saga cheat extra life 3
iii. Close it, and Video ad message will be prompt. Click New Life and let the video advertisement to finish. You will a new life in no time.
Sometimes other message will be pop up. Try to play a level and message (ii) will appear. Try it until you get the message (iii) or you can try to refresh your browser. It may hassle a litle bit but it worth your time I promise (or you have to wait for half an hour before you can play again).

3. Get help and advices
If you stuck at one level for long time I suggest you to read advices or watch videos from blog Candy Crush Saga All Help. You maybe can't follow all the steps but at least you can take some of their ideas to beat a level.

That's all for now. Bye!!
 

----------------------------- 
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah. 
*Sila tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

May 14, 2013

Koleksi Gambar Wad Kanak-kanak KPJ Seremban


Hai,

Sambungan dari gambar Arissa masuk wad aritu. Wad kanak-kanak KPJ Seremban ni memang cantik, tak tahu la KPJ lain macam mana. Harap hospital kerajaan boleh upgrade design mereka ye. Menteri Kesihatan yang baru nanti minta tolong usulkan.

Tengok gambar je la ye. 

wad kanak-kanak kpj seremban 1
laluan ke  bilik...macam dalam kapal angkasa pun ada

wad kanak-kanak kpj seremban 2
pintu pun ala-ala star trek

wad kanak-kanak kpj seremban 3
deco dalam bilik...saya mauuuu

wad kanak-kanak kpj seremban 4
nak tunjukkan gambar tempat letak barang-barang...so abaikan koleksi kami ye

wad kanak-kanak kpj seremban 5
ada tv, peti ais, troli macam kat hotel dan bilik air yang sangat selesa

wad kanak-kanak kpj seremban 6
ini tempat tidur saya..of course la kemas kan..
Walaupun bilik single wad kanak-kanak KPJ ni sangat cantik dan selesa tapi lebih selesa di rumah sendiri.
----------------------------- 
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah. 
*Sila tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

May 7, 2013

Simple Giveaway By Nina dan Hani

Aktiviti time cuti lagi...hoho

Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani & Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Like page INI dan like INI jugak!
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

Mega GiveAway By Adam Faiz

Aktiviti time cuti...hoho


Syarat penyertaan :-
1. Follow blog penganjur
2. Buat entri yang bertajuk "Mega GiveAway By Adam Faiz"
3. Copy,banner kat atas tu,dan backlinkan ke entri ini
4. Tinggalkan Link penyertaan korang kat kotak komen  di  entri ini SAHAJA
4. Wajib FOLLOW ,LIKE,KLIK sponsor.

OK En. penganjur, all's done!! kecuali tak dapat follow twitter @syafiqashahrul jek..

May 6, 2013

PRU 13 - Keputusan Penuh Parlimen dan DUN

Hai,

Maklumat terakhir dari laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pada jam 4.00 pagi. Insyallah takde perubahan dah. 

Keputusannya Barisan Nasional menang dengan majoriti mudah 133 berbalas 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat. Di samping itu Barisan Nasional juga merampas kembali negeri Kedah, menang tipis di Terengganu dan Perak, mengekalkan majoriti 2/3 di Johor, Melaka, Pahang, Perlis, Sabah dan Sarawak serta menang dengan simple majority di Negeri Sembilan. 

Manakala Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dengan kemenangan secara landslide.

Keputusan penuh adalah seperti berikut:

Keputusan PRU 13 - Parlimen
Keputusan Parlimen mengikut negeri. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas

Keputusan PRU 13 - DUN
Keputusan DUN setiap negeri. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas.
* Sumber dari laman web SPR

Kepada pemenang saya ucapkan selamat berkhidmat kepada rakyat dan kepada yang kalah cuba lagi pada pilihanraya yang akan datang. Kepada para penyokong selamat bekerja dan bercuti esok (hari ini). Saya cuti dua hari :-p

Sekian.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah. 
*Sila tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

May 4, 2013

PRU 13 - Harapan Saya Setiap Kali Pilihanraya

Hai,
Tak sampai 2 jam sebelum kita sama-sama sampai ke tarikh 5 Mei 2013, iaitu tarikh PRU 13. Saya percaya ramai pengundi biasa seperti saya telah bersiap sedia pulang untuk mengundi. Oleh kerana Arissa demam lagi disebabkan keracunan makanan, rancangan awal saya untuk bermalam di rumah Atuk terpaksa dibatalkan. Maka perjalanan mengundi saya esok agak jauh kerana saya mengundi di Palong 12, di mana saya pernah tinggal dan bersekolah manakala Wildcutecat pula di kampungnya Pelangai, Kuala Pilah.

Sebagai pemerhati politik sejak berusia 12 tahun saya mempunyai dua harapan untuk pilihanraya kali ini (harapan setiap pilihanraya sebenarnya) iaitu....

1. Budaya politik yang lebih matang
Selepas 56 tahun merdeka dan 13 kali pilihanraya diadakan sepatutnya rakyat dan parti politik di Malaysia telah lama mengubah perspektif untuk menawar dan membuat pilihan. Sudah sampai masanya parti politik yang bertanding lebih menumpukan kepada pertandingan dan perbandingan dasar dan manifesto siapa yang lebih baik di samping menawarkan calon yang lebih berketerampilan dan tidak mempunyai rekod buruk. Rakyat juga sepatutnya lebih bijak menilai siapa yang lebih mampu memberikan tawaran yang lebih baik. Budaya politik lucah, serangan peribadi dan pembunuhan karakter yang biasa diamalkan di negara ini sepatutnya sudah lama pupus bersama dengan penjajahan British dulu.

Saya menyokong sepenuhnya idea perdebatan diadakan di antara calon yang bertanding di pentas terbuka. Dengan adanya sesi debat dan bahas, rakyat mampu menilai calon mana yang lebih berwibawa untuk mewakili masyarakat setempat di samping mempunyai asas penilaian dasar parti mana yang lebih baik.

Disamping itu, amalan demokrasi yang baik juga membolehkan para penyokong parti tertentu supaya berfikir dan bertindak lebih baik dari sekarang. Saya harap tiada yang bercerai, buang saudara atau putus sahabat kerana berbeza aliran politik. Saya juga tidak mahu berlaku serangan atau provokasi berlaku di mana-mana ceramah politik yang diadakan. Jika debat dan bahas antara pemimpin yang berbeza pandangan dijadikan budaya, saya yakin amalan ini akan seterusnya disuburkan hingga ke peringkat bawahan dan seterusnya menghapuskan pemikiran politik sempit yang diamalkan sebelum ini. Politik yang lebih luas membenarkan anda semua berfikir secara neutral dan boleh memuji dan mengkritik mana-mana parti atau pemimpin sekalipun tanpa ragu.

barisan nasional
Barisan Nasional. Kredit malaysia-chronicle.com
ATAU
pakatan rakyat
Pakatan Rakyat. Kredit kualalumpurpost.net
2. Media yang lebih adil dan telus
Tidak kira parti mana yang akan menang nanti, saya harap pihak media boleh berlaku adil dalam menyiarkan berita. Sepatutnya media-media mainstream seperti radio, tv dan suratkhabar menjadi agen penyebar maklumat yang berkesan, tepat dan benar terutamanya kepada pakcik dan makcik di kampung yang jauh dari mengenal Internet.

Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai indeks kebebasan media dan mendapati ranking Malaysia telah jatuh dan jauh lebih buruk dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Singapura dan Brunei. Media seperti juga agensi kerajaan sepatutnya bebas dan berkecuali dari menyokong mana-mana parti. Logiknya iklan yang berulang-ulang walau dalam bentuk apapun boleh mengundang rasa muak penonton atau pembaca seperti iklan penaja sesuatu rancangan tv. Spoiler alert, mereka yang muak ini adalah golongan silent majority dan telahpun beralih kepada media alternatif yang lebih dipercayai kredibilitinya.

Sebenarnya banyak lagi harapan saya, tapi dua ini lebih dari mencukupi sekiranya anda sama setuju dan berfikiran logik seperti saya. Saya percaya dengan adanya dua elemen ini budaya politik yang lebih matang dapat menjadi realiti dan seterusnya menyuburkan lagi demokrasi di negara kita. Apapun pilihan anda esok, saya yakin anda pilih apa yang ada percaya untuk masa depan yang lebih baik untuk anda dan keluarga. Bagi saya saya hanya akan pilih.....

I CHOOSE MALAYSIA!!!

Untuk anda semua yang bakal mengundi esok, saya tujukan lagu ini untuk anda semua. A lame like hell propaganda with a beautiful lyrics that can make your heart cry.

Sekian, dan selamat mengundi

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah. 
*Sila tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

April 24, 2013

PRU 13 - Neelofa Tak Balik Kampung Sebab....

Hehe...snapshot je dari Blog RajahMas

Menurut Neelofa lagi, punca sebenar dia tidak balik mengundi adalah kerana dia tidak tahu tarikh sebenar pilihanraya akan diadakan. Katanya, kawan2 pelakon dari negara lain semua boleh mengatur jadual penggambaran kerana tarikh pilihanraya telahpun diketahui 2 atau 3 tahun lebih awal.


Yoyo je ko kan. Tau dah ko tak balik sebab tiket bas dah habis :-p...

p/s: Jom balik undi dan tunaikan tanggungjawab kita...

April 23, 2013

Koleksi Gambar Arissa di KPJ

Entry bergambar je kali ni. Malas nak update. Maklumlah demam pilihanraya, sampai 2 bulan tak update. Huhu...

Arissa telah dimastautinkan ke hospital KPJ Seremban dari  26 Mac hinggalah 6 Mac kerana demam panas. Pegawai pengiring yang dilantik sudah tentulah ialah saya dan Wildcutecat. Punca demam ialah jangkitan kuman dalam paru-paru, tiroid dan air kencing.

Selepas demam selama 4 hari, kami merujuk Arissa ke KPJ. Mulanya tak mahu masukkan Arissa ke wad. Kalau boleh bagi ubat kat rumah je, lagi baik. Tapi nampak macam teruk, esoknya kami terus mintak MC untuk hantar Arissa masuk wad.

Malangnya, bilik penuh. Lagipun kami memang request untuk dapatkan bilik single. Tapi dapat call dari KPJ malam tu yang baru dikosongkan ialah bilik double. Dalam jam 10 malam selamat kami check in kat KPJ.

Masuk je wad kanak-kanak terus kagum. Maklumlah kali pertama masuk wad kanak-kanak KPJ ni. Masa Arissa masuk wad dulu, kami dapat wad bersalin sebab wad kanak-kanak penuh. Patut pun penuh, sebab.....pasal tu nanti saya buat entry lain pulak ye...

Mari layan gambar Arissa di KPJ...............

Arissa@KPJ 1

Hari kedua, drip terpaksa dipasang di kaki sebab dah cuba cucuk kat dua2 tangan ubat tak jalan. Emosi tak stabil lagi, suhu badan sampai 40 ÂșC.


Arissa@KPJ 2
Cubaan Wildcutecat untuk menenangkan Arissa. Tapi....
Arissa@KPJ 3
Arissa kejap cembeng...
Arissa@KPJ 4
Kejap OK...

Arissa@KPJ 5
Kejap melalak.....
Terus zoom ke hari Arissa discharged. Seperti diduga saya ponteng sembahyang Jumaat untuk ke KPJ. Wildcutecat pula nak hantar Wan Pilah Arissa pulang setelah 2 hari bermalam dalam wad bersama kami. Jadi tinggallah saya meneman Arissa bermain bola.

Lepas letih main bola, kami sama2 terlelap sampailah Arissa terjaga. Kali ni saya keluarkan kamera saya dan mintak Arissa pose.

Arissa@KPJ 6
kudis di hidung sebab kena picit dengan nurse di atas kerjasama baik Arissa makan ubat..

Arissa@KPJ 7
pose paling ala2 model..spontan je tanpa disuruh

Arissa@KPJ 8
permainan kegemaran Arissa...

Arissa@KPJ 9
permainan kedua kegemaran Arissa...bagasi honey telah disiapkan untuk pulang

Arissa@KPJ 10
kami bertiga...ternyata saya memang Lan Bokeh...

Arissa@KPJ 11
makanan last Arissa...tapi ayah dia yang makan...huhu

Arissa@KPJ 12
main sekali lagi sebelum balik...kat rumah takde...

Arissa@KPJ 13
ingatkan dah selamat...tapi...

Arissa@KPJ 14
cubaan gagal...kelihatan mak Arissa berlari untuk bertukar posisi sambil membawa sesuatu..

Arissa@KPJ 15
oh remote tv rupanya...

Arissa@KPJ 16
Arissa dengan kekuatan 3 orang kanak2 lelaki..perlukan 3 orang untuk suntikan, 2 orang untuk bagi makan ubat...
Sorry, gambar senget-benget...Template blogspot ni tak membenarkan orang lurus pembaris macam saya untuk melurus pembariskan gambar dalam blog ni...Saya letakkan gambar mula dengan hujung je, kalau nak tengok gambar tengah2, tunggu Wildcutecat update blog dia...huhuhu...

Wasalam.